baca blog akak gua ada cerita pasal puasa.kenangan puasa kat kepala batas.gua pon jadi terkenang.bila berbuka makan masakan mavelous mak gua.berebut tempat duduk bila nak berbuka.tamak nak makan lebih especially bila mak gua buat murtabak.itu belum lagi kenangan bapak gua marah-marah bila waktu bebuka sebab gaduh.
memang macam tu la bila femly punya ramai anak.macam-macam perangai.tambah-tambah masa anak-anak bila nak membesar.tadi bila teringat puasa di kepala batas,gua ada buat matematik sikit.gua congak,dalam semua adik beradik,gua la paling kurang berbuka di kepala batas.gua jugak la yang paling kurang makan masakan mak gua.ok,gua nak buat matematik tu balik.semua perkiraan bermula setelah masuk sekolah menengah.
kakak no 1 : sek men (k.batas).universiti (kl).kerja (k.batas)
abang no 1 : sek men (n.sembilan & k.batas).universiti (kl).kerja (k.batas)
abang no 2 : sek men (penang).universiti (us).kerja (kl & k.batas)
kakak no 2 : sek men (k.batas & perlis).universiti (uk).kerja (kedah)
kakak no 3 : sek men (k.batas).universiti (melaka).kerja (kl)
gua : sek men (penang).universiti (kl).kerja (kl & kedah)
adik no 1 : sek men (k.batas).universiti (kedah)
adik no 2 : sek men (k.batas).universiti (kl)
sedih dow.terasa macam kurang kasih sayang pulak.dari umur 13 tahun tak pernah lekat kat rumah.patut la kalo makan mak gua masak,gua pulun banyak.tahun ni pulak masuk kali ke tiga gua puasa kat kedah.berbuka makan nasi bungkus lagi.haiisshh,penat dah la gua asek makan nasi bungkus param je bila berbuka puasa.dah la kadang-kadang param ni jual lauk macam-macam rasa ada.terpikir la jugak,bila lagi la gua nak berbuka ada orang masak kan.kihkihkih....
"selamat berpose kepada semua.pose la dengan iklas.jangan la tergolong dalam golongan yang balut rokok daun di siang hari" (gua bukan nak fitnah,tapi tahun lepas kat kedah ramai gile yang balut rokok siang-siang hari)
No comments:
Post a Comment