Wednesday, August 18, 2010

malaysia circa 90 an - bola sepak

entri bersiri ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan gua mengenai kehidupan semasa dekad 90.dimana kehidupan malaysia yang paling happening berlaku.

best gila layan bola sepak malaysia zaman 1990-2000.ya,gua dulu penyokong setia penang the black panther.dengan motto haria-penang-haria,rancak scene bola sepak malaysia masa tu.


gua masih ingat,dulu kalau ada home game hari sabtu untuk penang dekat stadium bandaraya,kat pulau sekali sekala gua akan pegi.pegi pulak dengan abang gua,selamba kami naik motor honda c70.masa tu gua dalam darjah empat atau lima.sebelum pegi mak gua siap kasi nasihat.duduk belakang motor jangan tidur.cuba bayangkan dari kepala batas ke pulau naik motor c70.jauh bukan main.tapi gua paling suka bila
lepak dalam stadium.zaman tu,stadium memang penuh.paling gua suka bila keluar chant "refree kayu".tapi paling gua kesal,setiap kali sebelum game mula player akan lempar jersi dan bola untuk penonton.sekali pon gua tak pernah dapat.itu kalo pegi stadium.

kalo tak pegi,gua dengar live dekat radio.gila mencabar dengar kat radio.sambil dengar sambil imagine scene atas padang.nasib baik bukan hasbullah awang yang jadi pengulas.kalo tak,tak terimagine gua game tu macam mana.paling berdebor bila pukul 10,tune pegi radio nasional kot time tu.kol10 ada siaran lapo
ran liga perdana.siaran tu akan call di setiap stadium untuk tanya keputusan dan ulasan ringkas.berdebor dengar setiap game,nak tau kedudukan liga.

pengetahuan gua tentang pemain pulak buleh tahan.player penang semua dalam kepala gua.tambah-tambah player import.bola sepak malaysia zaman 90 an memang rancak dengan player import.pemain import bukan jenis-jenis kutip.siap ada international caps.untuk penang paling feymes sudah tentu merzagua abderrazak.dia yang kasi penang trofi liga perdana untuk penang.siapa lagi? nama-nama macam john hunter,scott oleranshaw,alistair edward,ervin boban,jan janostak,olubumi adigun dan yang paling mahal tony cottee.semua jadi idola kanak-kanak termasuk gua bila main bola petang-petang.gua setiap petang nak jadi merzagua.


skuad mantap penang
dari kiri berdiri : Yong Woon Seang, Fabio Dasilva, Chee Wan Hoe, Abdul Rahim Hassan, Zaidi Mat Ail, Ahmad Sobri Ismail
duduk depan dari kiri : Ballamoudou Conde, Merzagua Abderrazak, Moey Kok Hong, Fauzi Soh, Ng Kok Heng.


memang meriah.setiap pasukan pulak ada lagu masing-masing.lagu yang masih melekat sampai hari ini mana lagi kalau bukan hijau kuning lagu kedah.zaman tu jugak malaysia tak perlu slogan 1malaysia atau jersi ada cop 1malaysia.setiap team memang dah satu malaysia.player penang macam ooi hoe guan,moey kok hong semua bangsa ada.


tapi sekarang? bola sepak malaysia dah tak segah macam dulu.stadium pon kosong.orang pon tak ambik pot dah.gua hari ni sorang player penang pon tak kenal.dekat mana silap pon tak tau.circa 90 an,bola sepak malaysia lagi bermasalah.kes rasuah,atur game,bakar bendera dan macam-macam lagi.tapi buleh bounce balik.sekarang bola sepak malaysia dah campur politik.semua lebih kejar pangkat,tapi kepala otak kosong takda idea.

kesian.kesian kepada budak-budak sekarang.dah takde lagi local hero dalam bola sepak.pengalaman bola sepak malaysia sekitar 1990 hingga 2000 memang seronok.walaupon team negara tak mantap,tapi sekurang-kurangnya scene liga malaysia bagi sumthing to cheer untuk kita ketika itu.harap-harap nanti kemeriahan tu muncul kembali.

1 comment: