Friday, August 20, 2010

1992-belajar puasa cara mak gua

1992.gua dah naik darjah satu.masuk bulan ramadhan,mak gua suroh belajar pose.gua turut je.hari-hari pertama pose,gua pose je macam orang lain.masa tu member-member semua tak pose.pegi sekolah gua bukan main jadi hero.

tapi bila datang hari jumaat badan gua jadi lain.hari jumaat punya penat lain macam sikit.balik sekolah jam 12.gua kena mengayuh balik rumah.jam 1 pulak kena kayuh pegi mesjid.balik mesjid,jam 2.30 gua kena mengayuh balik pegi sekolah agama.masa tu,bapak gua keje dengan gomen lagi.kat rumah pulak takde sape yang buleh nak menghantar.gua terpaksa berkayuh.sekolah,mesjid,sekolah agama semua jauh.cuaca pulak panas terik serupa kat gurun.nak tuang sekolah agama,takut bapak gua libas dengan tali pinggang.bapak gua masa tu,garang bukan main.nak tak nak gua kena pegi jugak.

minggu pertama gua pose,hari jumaat gua pose separuh hari je.balik mesjid,badan gua lembik.lidah terjelir keluar.penat gile.tak tahan gua terus mintak kat mak gua nak minum.mak gua bagi.sekali dengan makan nasik sebeleum pegi sekolah agama.tapi masuk minggu kedua mak gua dah berubah.dia isi air satu cawan,letak dalam peti ais tingkat atas.sebelum pegi mesjid dia dah sound awal-awal,nak minum boleh.tapi satu cawan tu je yang boleh.pergghh,nak kata kejam,itu mak gua.gua taat sambil plan elok-elok.tak buleh nak gelojoh-gelojoh habiskan terus.gua minum separuh sebelum pegi mesjid,separuh lagi balik dari mesjid.

masuk minggu ketiga,mak gua buat tukar syarat lagi.kali ni buleh minum seteguk je.sekali lagi gua plan baik-baik.gua pilih balik mesjid untuk minum.ayat mak gua masa tu "kalo minum seteguk takpe,tak batal pose".masuk minggu last mak gua kata tak buleh minum.kena tahan.magiknya gua dapat tahan sampai waktu berbuke.

naik darjah dua,gua dah pose penoh.jadi macam tu lah mak gua mengajar gua pose.walaupon takde janji ganjaran duit raya,gua berjaya untuk belajar pose ikut cara mak...sampai hari ini..

No comments:

Post a Comment