Sunday, February 28, 2010

ooh..aah..cantona

balik penang hari khamis hari tu, gua tengok atas meja ada bungkusan courier.mak sound, "tu ha, ada orang hantar ape ntah untuk ko".berdebor gua sambil teringat, last kali gua dapat benda berdaftar ialah surat saman parking motor depan balai polis kokdiang masa gua beli juadah berbuka bulan pose dulu.
skali tengok nama pengirim, dari makwe sweet.hilang debor, gua koyak plastik tu.makwe sweet hantar buku yang gua tertunggu tunggu..



nak cerita lebih, gua baru start baca. korang boleh baca review buku ni kat sini.
kat sini boleh baca interview dengan penulis buku Philippe Auclair.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

malam tadi gua layan game man 'lousy neighbour' city lawan 'you can fuck anybody' chelsea. sebelum game wayne bridge tak salam dengan john terry sebab kes 'kongkek bini member'.
tapi yang gua heran, kenapa penyokong chelsea boo wayne bridge setiap kali dia dapat bola. padahal dia mangsa kes 'bini kena kongkek' tu.
"bangang jugak penyokong chelsea ni" mencarut gua sepanjang game sambil puas hati chelsea kalah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

cukup dua tahun lepas kaki Eduardo patah dua, semalam kaki Aaron Ramsey patah pulak.



dua tahun lagi sape pulak? kena bomoh arsenal ni hahaha...





Thursday, February 25, 2010

maulud nabi

“ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .”
( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )


maulidur rasul bukan setakat berarak keliling pekan sambil selawat, bawak sepanduk dan bagi anugerah je.setakat bising bising protes nak bagi boleh berarak, tapi hidup tak ikut sunnah tak guna jugak.

nak cerita panjang pon,bukan ustaz.gua nak balik penang.dengar cerita kampung gua selamber je nak buat berarak..mesti ada makan pree..

Tuesday, February 23, 2010

chap goh mei

petang semalam tengah sedap sedap layan mangga cicah garam belacan gua bukak cerita dengan makcik makcik opis
"malam tadi gaya saya nak letak kepala tidoq,cina nerai rumah saya maen mercun.pung pang pung pang.sampai tengah malam.rumah kak ti depa tak dak maen ke?" gua tanya balas.

"ada jugak, tahun ni depa maen lagi dahsyat dari tahun lepas" balas kak ti.

tetibe kak ina pulak cerita "haaa, memang kat taman kak ina depa maen la sampai pukoi brapa pon tak tau la.depa dok sronok sambut chap go moi"

"huh?" semua dalam opis tercengang

"na oii, kalo chap go moi...mana ada bunyi mercun..bunyi sedap ada la.hahahaha" balas pak leh sampai satu opis gelak.

gua yang masih bujang cuba buat buat tak paham.

Monday, February 22, 2010

Bung Mokhtar

"hang Pas ke UMNO?" saja gua tanya buat modal sembang.

"saya ataih batas, UMNO mai saya sapu.Pas mai pon, saya sapu.janji dapat benda pree.hahahaha" jawab sorang pekerja.

"ni semua salah orang politik" kata gua dalam hati sambil siul-siul lagu radiohead

No Suprises (Radiohead)

A heart that's full up like a landfill
A job that slowly kills you
Bruises that won't heal

You look so tired and unhappy
Bring down the government
They don't, they don't speak for us
I'll take a quiet life
A handshake of carbon monoxide

No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
Silent, silent

This is my final fit, my final bellyache with

No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises please

Such a pretty house, such a pretty garden

No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises please (let me out of here)

Sunday, February 21, 2010

cik gaga


hai..nama saya cik gaga

bila mula keje kat kokdiang aku beli kereta.slamber aku taruk nama cik gaga.terpaksa bagi nama awek sebab susah nak jumpe nama jantan yang ada bunyi 'ga'. saje nak bagi matching dengan nama model kereta.kalo ade paling dekat pon nama ghazali.tapi tak berapa nak sedap bunyi dia.tak sweet bila awek dengar.
awal-awal lepas beli, aku jaga cik gaga macam brader2 kereta wira bodykit lancer kat taman dato' haron.setiap minggu aku mesti basuh cik gaga kat kangar.tak cukup lagi, balik rumah bagi shining pulak seround.tapi, memandangkan kilang aku buat habuk banyak,kilat macam mana pon kereta tak akan jadi bersih.pagi awal minggu masuk kilang kereta kilat, tapi bila time balik berhabuk satu body kereta.mula-mula aku bley tahan, tapi lama-lama aku dah tak amek port.lantak lah, biar sampai betol-betol kotor baru aku basuh.baru economic orang kata.




tapi bila buat macam tu aku jadi laen macam bila pegi shopping complex.aku tengok awek-awek macam tak berapa gemar nak pandang aku bila dalam kereta.jeling-jeling pon mesti dalam hati diorang kutuk-kutuk aku tak smart, kete kotor lagi teruk geli nak tumpang kereta.
tapi semalam bila aku pegi Tesco, awek-awek dah laen bila aku lalu tepi diorang.diorang mula intai-intai tengok driver kat dalam, ada yang malu-malu sambil senyum."ni mesti penangan pelaris yang gua letak kat belakang kereta" dalam hati aku sambil drive slow-slow cari parking.


"kereta brader ni kotor,mesti kereta ni dia buat lenjan-lenjan bawak gi site.kat rumah mesti koman-koman ada caldina.kontraktor besar ni" dalam hati awek-awek yang pandang aku

Saturday, February 20, 2010

bila pencen...

bila wikend kat kokdiang, petang2 aku selalu merempit pusing kawasan padi..merempit sini, tak macam kat bangsar atau federal..sini jalan besar, kereta tak banyak..nak bawak laju pon bukan ada awek2 tengah tunggu bas macam kat LRT universiti nak jeling2..kat sini, bawak motor stedi2..gaya macam bawak cucu ronda petang2 orang kata..merempit2 sambil layan angin, pemandangan,tengok orang mengail kasi tenang otak...tengah merempit selalu jugak terpikir, pesara2 kerajaan, orang2 tua kat KL tu patut datang duduk kat area2 macam kat kokdiang ni..bukan ape, duduk sini lebih tenang nak habiskan sisa2 hidup..hari2 buleh tengok sawah, petang2 boleh mengail ikan, jalan2 tepi tali air bagi keluar peluh..yela, dari tengok budak2 yang pakaian dah tak rupe orang kat KL tu, baik datang duduk kat kokdiang tenang2..


aktiviti feymes kat kokdiang


petang2 di kokdiang

Harap2 la nanti bila dah pencen aku tak duduk KL..kadang2 bersyukur dapat duduk kat area macam kokdiang ni..no hectic life,no rat race,clean air, breathtaking scenery..so peaceful..

"He Who has, made for you the earth like a carpet spread out has enabled you to go about therein by roads (and channels) and has sent down water from the sky." With it have We produced diverse pairs of plants each separate from the others." 20:53

Thursday, February 18, 2010

bonus

tengah lepak2 dalam opis aku jumpe paper metro semalam..tajuk depan mcm biase..hari-hari tajuk pasal bunuh2-rogol2..bukan jiwa aku nak baca cerita mcm tu..selak part bisnes,ada cerita senarai orang kaya malaysia..macam biasa, tokey kompeni aku ranking no 7..ikut survey dorang, kekayaan 40 orang terkaya malaysia meningkat 50% (tapi dalam internet kata 63%)..abes baca, cepat2 aku cari komputer nak isi borang penilaian prestasi..mintak tapau bonus 3-4bulan..

Wednesday, February 17, 2010

white pele

benda yang aku tak berapa nak suka dgn kerja ialah meeting..arini aku buat rekod..attend 2 meeting dkt 2 tempat..dah rupe wakil rakyat meeting merata-rat..kol9 aku kluar opis, kol7 ptg baru balik..macam celaka btol, dah la meeting banyak cakap...semua orang dok pung-pang-pung-pang, aku tersengguk2 tido..


aku ngantok sebab layan bola pagi tadi..malas nak cerita panjang pasal game..aku nak cari kamus italy,nak baca paper..



"milan creates, rooney destroy"


I saw my mate the other day,
He said to me he saw the white Pele,
So I asked, who is he?
He goes by the name of Wayne Rooney,
Wayne Rooney, Wayne Rooney,
He goes by the name of Wayne Rooney.











Thursday, February 11, 2010

superhero


"There is an unknown power hidden inside the human body. If you train as hard as you can, the power revealed will be unlimited!"



dulu masa kecik, aku tak berapa nak suka ultraman..rasa tertipu bila tengok.. "macam mana tadi besar orang normal, tapi tetibe jadi sama besar raksasa?"..tapi bila pegi sekolah semua pakat crite, aku kena layan jugak..




tapi lagi tak boleh nak dilayan power rangers..orang putih mana nak boleh buat macam jepun..rangers hijau/putih tu memang tak bley blah..kadang-kadang emo tak tentu pasal..





yang aku layan maskman..ayat first kat atas tu, tagline maskman masa start..aku suka tengok robot diorang..tambah yang gerudi tu..nampak real woo..



tapi paling aku suka cybercop..time kat tv masa darjah 4..dia punye robot jangan komplen, smart giler...aku suka yang kaler hitam..macho abes...dia ada radar kat bahu...time tu kat skolah sapa tak layan cybercop, memang kodi..elok maen masak2 je..tengok gambar pon dah jadi teruja..




aku pernah dapat hadiah dari cikgu pendidikan seni sebab aku dapat A lukis cybercop hitam..



Wednesday, February 10, 2010

qoutes of the day

"Being busy does not always mean real work. The object of all work is production or accomplishment and to either of these ends there must be forethought, system, planning, intelligence, and honest purpose, as well as perspiration. Seeming to do is not doing."
Thomas A. Edison



8:45 : punch card masuk

9:00 : borak2 dengan technician

9:30 : pusing kilang, tengok2 daily report, borak2 dgn pekerja..

10:30: masuk opis, check emel, baca berita bola dulu

11:00 : lunch (makan kena awal,kalo tak takde lauk)

12:00 : round kilang balik

1:00 : masuk opis, layan fesbuk (company bagi bukak waktu rehat je)

2:15 : pegi surau (kadang2 aku tibai tido kalo man utd game pagi)

2:45 : pusing kilang lagi, lepak control room

4:00 : masuk opis, buat keje opis

5:00 : layan fesbuk

6:00 : punch card balik


kalo ikut2 la,betol jugak kata-kata thomas edison tu..

Tuesday, February 9, 2010

batal air sembahyang

tadi lepas makan kat kedai mak long, aku selak2 paper arini..dalam paper ada tunjuk sorang artis ni kawen..aku syak artis AF..aku tertarik kat satu gambar dia tengah pegang kepala wife dia..caption gambar tu tulis upacara batal air sembahyang..kata batal air sembahyang..tapi pegang kepala yang ada tudung..


balik opis, aku google upacara batal air sembahyang..aku mmg tak brape into sgt tentang adat2 ni..rupe2 nya upacara batal air sembahyang tu adalah upacara sarung cincin selepas akad nikah..tapi sebab masa sarung cincin kena pegang tangan wife, automatik terbatal la air sembahyang..nak senang punya pasal, orang tua2 bagi la nama upacara batal air sembahyang..



tetibe aku ade terpikir..kalo aku kawen nanti, aku nak buat stail laen..abes nikah, aku datang rapat kat wife, aku senyum2..lepas tu kentut sepam yang kluar bunyik..bagi semua dengar jadi saksi..pastu, selambe aku nk ucap, "alhamdullilah,upacara selesai.."..ada sape2 brani buat dak?

Monday, February 8, 2010

gua kelam

dalam bas tiba2 ustazah jerit.."Lepas padang besar kita pi gua kelam"..kami yang tengah sedap makan keropok, balas "kat gua kelam ada apa ustazah?".."kita pi berkelah, kat gua kelam ada sungai"..tibe2 semua budak ubah tajuk borak..budak2 mula bukak cerita mandi sungai..aku pulak, sepanjang 10tahun hidup tak pernah mandi sungai dan berenang..


sampai padang besar, kami bincang.."weh, nk mandi sungai kena beli seluar pendek" kata pojie sebagai ketua budak lelaki..aku seluk poket, duit mak bagi dah tinggal sikit..aku sound pojie.."duit aku tak cukup nak beli seluar".."takpa, nanti aku pinjam kat sapa2"..


Sampai gua kelam, semua budak dah tak sabar bila tengok air sungai keluar dari gua..semua nyanyi2 buat bising..ustazah plak potong stim "hangpa semua nak pi mana? jom kita pi masuk gua dulu"..budak2 semua dah jadi bengang..dalam kepala semua dah terbayang gaya terjun sungai..ada yang pasang niat nak buat stail lompat suria baja hitam..jalan2 dalam gua, semua kutuk2 ustazah dalam hati.."nak tengok apa dalam gua? kelam tak nampak apa pon" aku sound dari barisan belakang..


elok keluar gua,semua dah terkinja2 campak baju tukar seluar..dah memang tak nampak rupa lawatan sekolah rendah agama dah..sorang2 melompat masuk air..aku kena tunggu turn tuala..gile apa nak salin belakang pokok, dahla time tu tak reti lagi nak pakai spender..awek nampak kang malu la..first time nak mandi sungai ni..dia punya feeling seronok bukan maen..abes pakai seluar baru beli kat padang besar, aku pegi dekat platform tepi sungai..sejuk air dia aku rasa dengan kaki..aku pon langkah masuk sungai.."BLLURRPPP"..perghh, aku tak dapat rasa tanah..kepala aku pulak tak timbul..aku tak rasa apa2..


"uhuukk, uuhhukk" aku batuk..air sungai melompat keluar dari mulut aku.."tu dia la, hang nak buat hero sangat..padan muka" marah ustazah..terpinga2 aku dengar.."hang tu dia la, yang hang pi terjun kat tempat orang besar buat apa?"..aku lemas rupanya..patut rasa macam ada orang tarik tadi..aku syak ada hantu air tarik aku..


mula hari tu sampai hari ni aku fobia dengan air dalam..sebab tu budak2 ajak naek banana boat kat langkawi aku takut hahaha..

Sunday, February 7, 2010

L.U.H.G

The Flowers of Manchester

One cold and bitter Thursday in Munich, Germany,
Seven great football stalwarts conceded victory,
Seven men will never play again who met destruction there,
The flowers of English football, the flowers of Manchester

Matt Busby's boys were flying, returning from Belgrade,
This great United family, all masters of their trade,
The pilot of the aircraft and the skipper Captain Thain,
Three times they tried to take her up and twice turned back again.

The third time down the runaway disaster followed close,
There was ice upon the wings and the aircraft never rose,
It ran upon the marshy ground, it broke, it overturned.
And seven of the team were killed when the battered aircraft burned.

Roger Byrne and TommyTaylor who were capped for England's side.
And Ireland's Billy Whelan and England's Geoff Bent died,
Mark Jones and Eddie Colman, and David Pegg also,
Before the blazing wreckage went ploughing through the snow.

The trainer, coach and secretary, and a member of the crew,
Also eight sporting journalists who with United flew,
and one of them was Big Swifty, we never will forget,
the greatest English 'keeper who ever graced a net.

They said that Duncan Edwards had an injury to his brain,
They said that Jackie Blanchflower would never play again,
Matt Busby he was lying there, the father of the team
Six months or more did pass before he saw another game

Oh, England's finest football team its record truly great,
its proud successes mocked by a cruel turn of fate.
Seven men will never play again, who met destruction there,
the flowers of English football, the flowers of Manchester

Pada hari ulangtahun Munich '58, dan hari dimana semua penyokong memprotes orang amerika celaka, keajaiban di dalam bola sepak terjadi.tak pernah aku tengok game macam tu..menang tu dah memang suspek awal2..tapi ape cerita own goal sampai 3bijik?? Tau la lawan team champion.. Nampak sangat nak kasi menang..haiishh..



"Football, bloody hell!" kata Pak Alex satu masa dulu..

Saturday, February 6, 2010

Alan Shearer


Semalam dalam dailymail ada mamat ni newcastle baru beli, bila bagi jersey no9, dia taknak pakai.."I'd like to be given it rather than take it." katanya..teringat balik aku, dulu kecik2 zaman RTM tunjuk Liga Inggeris, aku memang minat alan shearer..zaman tu dia maen untuk blackburn..petang2 maen bola, aku nak jadi shearer aje..memang gempak la shearer time tu..kalo berita sukan, asek2 kluar tunjuk dia score..

tapi tahun 1996, shearer pindah pegi newcastle..tapi ape punye celaka, masa game pertama, charity sheild..lawan team yang aku baru tau nama diaorang..shearer aku tengok main menggelabah, dah rupe khalid jamlus maen untuk kelantan..abes game, selambe team aku baru kenal tu titik newcastle 4-0..

mula hari tu, sumpah aku tak minat shearer dengan team newcastle dia..aku dah mula suke team aku baru kenal tu..team tu nama manchester united..

aku still ingat nicky butt score tanduk terbang(flying header) dalam game tu..


Thursday, February 4, 2010

1 Malaysia



Dulu masa zaman pak lah jadi Perdana Menteri ayat2 orang politik..



"ya, program begini sangat menepati ciri2 islam hadhari" kata seorang YB..



Bila Najib jadi PM plak..ayat jadi lain..



"Program kacau bubur ini sangat memupuk semangat 1Malaysia" kata YB seorang tadi..



Dah jadi trend sekarang, buat ape2 pon kena ada 1Malaysia..tengok poster kat area2 kokdiang ni tak silap wikend ni ada program 1Malaysia..

tapi aku ingat takde lagi orang buat bini 1Malaysia..Bini pertama melayu, no 2 cina, no 3 india, no 4 peribumi..agak2 kalo aku buat, ada tak mana2 kementerian nak support?

Wednesday, February 3, 2010

mai pakat kucai mai..

tahun pertama keje kat kedah..



situasi 1 : majlis kacau bubur assyura..



makcik2 opis : "zaid, mai sini tolong kucai mai..ganti pak wahab hg"

aku : "apsal bubur assyura buboh kucai?" (dalam hati, sambil terpinga2)

pak wahab : "nah ambik ni ganti saya sat.nak kena kopi dulu"(sambil hulur pengacau)



situasi 2 : mesyuarat masalah kilang



technician kanan : "kita kena panjat Elevator14 ni..tgk cover head dia,kot2 bocor"

technician : "saya dah tak dak riang nak panjat tengah hari ni"

aku : "aik, panjat elevator pon nak kena riang2 hepi2 ke?" (dalam hati)



tobat sampai hari ni aku masih tak berapa paham perkataan kat kedah ni..sampai hari ni aku tak dapat2 lagi maksud riang tu..dajey btoi..

Bola Melayu


Wikend aritu selambe aku pegi stadium kangar, perlis..tgk bola perlis lawan selangor..kadang-kadang aku layan jugak bola melayu ni bila ade game yg konon2 sedap..game mmg standard malaysia..aku tgk striker selangor tu takde la gempak sangat macam selalu aku tgk kat berita sukan rtm..balik dari stadium, dalam kete aku mula terpikir benda aku baca kt paper ttg bola malaysia..gila ape la bola malaysia ni, nak hantar team muda tu pegi maen kat luar negara..mengarut betol, buat perabih duit je..
cuba la duit tu FAM bagi dekat negeri-negeri..buat liga untuk sekolah-sekolah..contoh macam kokdiang ni..sekolah kokdiang lawan sekolah chagloon, minggu depan plak lawan sekolah jitra..buat home-away punya stail maen..buat sepanjang tahun, tak ler macam skrg buat pertandingan setakat sebulan..lepas tu budak2 maen petang2 je..setahun dua liga semua dah rancak, baru la makin banyak player..dari team2 sekolah ni baru la bleh buat player2 steadi mcm kt eropah tu..korang jgn terkejut, nanti kat kokdiang ni kluar player mcm rooney ke, pele ke..amacam mantap tak otak aku? aku ingat nak call presiden FAM kasi idea..sape ade nombor presiden?

Tuesday, February 2, 2010

Kerja



“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.” (QS 67: 15)

Masuk tahun ni, dh 2tahun aku kerja dgn company ni kat kedah ni..company aku ni company besar kat malaysia ni..tauke company ni pon jutawan bumiputera yg terkenal..disebabkan aku dok dalam sektor tempatan aku kena kerja kat tempat bernama kokdiang ni..pelik btol nama nye..bosan btol aku dok sini..mula2 macam gampang jugak r nk adapt,skrg dh ok sket..gila apa, sblm ni aku dok kl kat 6thn, tetibe kn keje kt cni..cni jgn katakan mcd, 7-e pon takde.. tapi keje kat sini ada jgk yg best..aku cni dh mcm bos..pegi keje, slambe kol830 baru nk gerak..punch card hari2 merah..cni ade yg pggl aku bos..tapi awek sorang pon xde..yg ade makcik2 je..makan, punye murah..kalo kl mana dpt nasik 3lauk + air = rm3.80..keje aku plak bermusim..start je musim, baru sebok..kalo tak musim, lepak2 keje..ah, nanti la aku cerite pasal keje aku.. tapi tempat kerja aku memang stailo sebab ada silo..korang tak tau silo tu ape, pegi google sendiri..

first post

ai..ai..
memandangkan semakin hari semakin memboringkan hidup di kawasan terpencil ini..aku akan cuba menghiburkan hati dgn memblog..
so, first step start here..