musim bola kali ni gua agak tak serius.ada beberapa game man utd yang gua tertinggal dan tak tengok.tak tau kenapa.mungkin gua terlalu sibuk dengan cari makan dan cari duit.tapi sebab lama tak tulis pasal bola,hari ini gua nak tulis pasal bola.
semalam gua tengok bola,satu game bola melayu satu game man utd.bola melayu game final antara negeri sembilan dan kelantan.macam biasa,orang malaysia bila masuk semi baru nak layan tengok bola.masa peringkat kumpulan haram kot nak tengok.live kat dua channel astro pon takde rasa nak tengok.takde standard setangah orang kata bila layan bola malaysia.tapi memang betul pon.game man utd plak lawan spurs.
gua bukan nak cerita pasal kedua-dua game,tapi nak bercerita tentang budaya menonton bola sepak omputih dengan orang malaysia.sebenarnya kedua-dua game malam tadi mempunyai persamaan.dalam game piala malaysia,negeri sembilan dapat penalti.keputusan pengadil memang tepat,tapi biasa la mana ada orang nak puas hati.game man utd pulak,gol kontroversi terjadi bila keeper spurs yang silap sangka,dan main tak ikut wisel dan cakap ref.goal kick diingatnya freekick.
penonton kelantan dengan spurs memang panas dan tak puas hati.kita buleh tengok kat tv,trek balapan kat stadium bukit jalil dah jadi macam tempat pelupusan sampah.penuh dengan plastic,botol air dan macam-macam lagi.tapi bila tengok kat old trafford sekeping plastik pon takde.kenapa omputih buleh tengok bola macam gitu? tapi dekat malaysia tak buleh.omputih mungkin melepaskan kemarahan dengan mencarut dan chant atau boo dekat ref atau pasukan lawan.tapi dekat malaysia pon sama.maki hamun memang banyak.
atas pengalaman gua sendiri pon,gua pernah tengok bila orang tingkat atas kat bukit jalil baling barang atau mercun,kadang-kadang tak sampai ke trek tapi jatuh ke penyokong tingkat bawah.bahaya sebenarnya.tambah yang baling mercun.bola sepak malaysia ni taklah segah mana,stadium pon penuh bila ada final je.tapi kenapa persatuan bola tak buleh nak tackle benda-benda macam ni? setiap tahun jadi.yang berpangkat dalam persatuan pon datang stadium.tak kan tak rasa apa-apa bila tengok?
bagi gua,huduh benar perangai cam gitu.game takda la best mana sangat.tapi janganlah tambah lagi keburukan imej bola sepak negara.kata 'bola sepak kita,wajah kita".takkan wajah kita wajah sampah?
Sunday, October 31, 2010
Thursday, October 28, 2010
apa yang gua dapat di internet (2)
tengah gua godek-godek internet cari tentang benda-benda kursus gua terjumpa ni...
Wednesday, October 27, 2010
hasil kursus
gua baru balik dari kursus.kursus yang sangat bagus.pengajar memang top class.sorang daripada pengajar ialah bekas director satu glc yang besar.very big and feymes glc.semua benda yang diajar memang sangat berguna.ilmu nak jadi bos terutamanya.
tentang pengajar ni,dia memang seorang yang berpengalaman.bukan setakat bekas director sebuah glc,tetapi dia jugak ada kompeni saham sendiri.mengikut ceritanya,kompeni dia la yang paling kecik dalam scene saham malaysia.gua tak tau la betul atau dak sebab modal dia pon puluh-puluh juta.
satu malam gua dapat lepak satu table dengan dia masa dinner.disebabkan pengetahuan tentang ekonomi dan kewangan dalam malaysia semua ada dalam kepala dia,gua banyak borak tentang malaysia.macam-macam cerita keluar.tentang menara warisan yang tak sepatutnya dibuat,felda bangkrap ke tak,cerita pasal macam mana orang kaya-kaya malaysia buleh kaya dan macam-macam lagi.
pum-pang-pum-pang kitaorang borak sampai ke satu cerita yang gua tak berapa nak terkejut.cerita tentang macam mana politician di malaysia yang selalu mendapat duit ketika sesuatu projek.setengah tu semasa stage berbincang dah dapat berbilion.gua tak tipu.dia bercerita atas pengalaman didalam kompeni glc tu sendiri.
dan bila gua dengar tu rasa takut.kalo macam ni perangai politician,why we choose them in first place? kita yang ada memegang hak untuk angkat diorang.kita memang tak tau tentang perangai diorang.tapi,bila dengar macam tu terpikir gua tentang scene belakang politician kita.kenapa tak ada orang stopkan scene ini? yang superior diorang takkan tak tau.
ini nak pilihanraya dua tempat ni.kita buleh tengok banyak projek yang akan ada.muncul tiba-tiba.berapa banyak politicians yang akan tebal poket.
Saturday, October 23, 2010
otak tengah fokus berkursus
gua tengah kursus kat penang.seronok nak mampos.
kursus panjang lima hari..
dekat hotel tepi pantai..
langsung tak stress..
bilik kursus tepi pantai dan pool..
abes satu sesi,lepak tepi pool..
nampak omputeh berjemur..
nampak bikini..
bapak best kursus cam gini...
Thursday, October 21, 2010
UMNOYING
gua tau la tengah perhimpunan agung sekarang,tapi ape hal semua tv nak tunjuk pasal UMNO? berita utama semua tv,sampai separuh masa tunjuk pasal perhimpunan agung..wtf? ingat semua orang support UMNO ke.tolong la.penat la gua tengok.
gua bukan ahli pembangkang.tapi gua tak suka la tengok.tambah-tambah bila tunjuk yang berucap menjerit-jerit konon bersemangat melayu.ultra melayu konon.tapi bila dengar ucapan,takde isi.macam kangkung.luar nampak tuff,nampak keras.tapi kat dalam kosong takda apa.
tapi apa yang gua pelik,lu bising-bising konon nak angkat melayu,bahasa melayu,apa segala melayu.tapi dekat UMNO tu sendiri dah fail.kenapa masih guna singkatan UMNO? singkatan UMNO tu dari bahasa inggeris.United Malays National Organisation.tapi kalo ikut bahasa melayu nya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatan dia (PKMB).kenapa tak tukar? kata nak angkat sangat martabat melayu.bahasa melayu.
memang nampak remeh.tapi dari nama dah tunjuk imej kita.kata "bahasa jiwa bangsa".jiwa kita ni orang puteh ke?
lagi satu tolong la.berita TV jangan la tunjuk klip perwakilan yang berucap menjerit-jerit nampak semangat.tipu jela tu.bila ramai,memang la nak tunjuk hero.ntah-ntah nak pancing undi,tak pon nak kipas bagi buleh pencalonan.
"bila kawan ramai keliling kita,
cakap besar tunjuk belang,
tapi bila sorang-sorang,
pengecut pemalu macam
semua orang"~butterfingers
Tuesday, October 19, 2010
politik politik jugak brader
gua copy dari tukar tiub.
DI HARAPKAN DIA SELAMAT SEHAT
Perkasa chief Ibrahim Ali in ICU - mkini
David Yee: Our heartfelt prayers to his family. Karma or no karma, we should not strike a person when he is down. With all his wrongdoings, we may not easily forgive him, but he is still a human being. Do not join him in belittling others during their despair or else we are no better than him.
terjemahan:
Doa kita kepada dia dan keluarganya.Karma atau tidak karma,
kita jangan sesekali memijak orang yang telah terjatuh.
Dengan segala kesilapan yang dilakukannya,
kita mungkin susah untuk memaafkan,
tapi dia juga seoarang insan.
Janganlah kita jadi macam dia memperlekeh orang lain
ketika orang itu bersedih atau dalam kesusahan.
Kalau tidak kita pun tidak jauh berbeza dari dia.
NOTA:
TT, tim TT dan semua pembaca TT mendoakan
Ibrahim Ali akan selamat menjalani pembedahan.
lu orang tengok la.walaupon tukar tiub selalu membahan Ibrahim Ali ni.tapi bila dia sakit tukar tiub tetap doa kasi sihat.
politk-politik jugak,tapi kita ni tetap manusia..ingat tu semua..

bajet rosmah
dari hujung minggu lepas gua sibuk urus kehidupan.tambah pulak dengan kerja yang ntah apa-apa.hari ni pon sepatutnya gua kena kerja luar.tapi gua malas,nak duduk opis isi borang bonus.ya,sekarang scene isi borang penilaian bonus dekat opis gua ni.dateline dah nak dekat,gua baru nak start isi.
bercakap mengenai bonus ni,gua kesian dengan orang keje gomen.dalam bajet 2011 yang baru najib surahkan hari itu,orang gomen tak dapat bonus.cuma dapat RM500.kesian.tak kala orang-orang yang kerja swasta seronok setiap tahun dapat bonus.ada kompeni yang buleh bagi sampai 6-7-8 bulan bonus.gomen tak dapat.alasan yang diberi,kerajaan terpaksa belanja 3.1billion untuk bagi bonus.
pandangan gua,bajet yang baru disurahkan tu mengarut.kenapa kerajaan nak buat bangunan tinggi 100 tingkat? nak isi apa? lagi yang mengarut berjuta-juta pulak di bagi kepada program permata rosmah.nak lagi mengarut pelepasan cukai barang-barang keperluan macam spender,perfume dan benda mengarut lain.
bongok la.bajet apa tu.sepatutnya bajet buat la kemudahan untuk rakyat.upgrade sistem transport ke.jalan-jalan kampung di elok kan ke.baru la betul.ini tak,buat benda mengarut-mrngarut.dan yang buat gua rasa menyampah pulak,bila paper dan tv semua puji-puji bajet itu bagus.bajet rakyat konon.wtf? tak buleh ke menilai sendiri.bajet tu macam bajet bik mama je.tak percaya? pegi la sembang kat kedai kopi kat kampung.tanya la pasal bajet.semua orang kata bajet tu untuk bini najib.
tolong la,orang kampung pon dah cerdik sekarang.tak payah la nak gula-gula kan dengan benda-benda bodoh.sedar la,rakyat dah celik..

Wednesday, October 13, 2010
malaysia circa 90 an - komik
entri bersiri ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan gua mengenai kehidupan semasa dekad 90.dimana kehidupan malaysia yang paling happening berlaku.
tahun 90 an memang femly gua gila dengan komik.selain dari gila-gila kakak dan abang gua ada jugak membeli komik lain macam kampung boy lat,din teksi dan banyak lagi yang gua tak ingat.masa zaman tu gua tak membeli,sebab mana nak dapat duit.keseronokan membaca komik juga membuat keluarga makin rapat,gua masih ingat macam mana kami sekeluarga termasuk mak gua peminat tegar komik tiga dara pingitan berebut menunggu turn baca komik.sungguh seronok bila diingat balik.
tapi komik yang paling meninggalkan kesan kepada gua ialah karya ujang.ujang bermula dari gila-gila.dimana karya beliau seperti aku budak minang dan aca mula dilukis dalam gila-gila.cerita aku budak minang gua baca sangat teliti.dari zaman didera oleh mak dia,kisah cinta dengan anor dan jugak macam mana dia hanyut bila ke kuala lumpur.berulang kali gua baca,sampai hari ini pon gua masih baca komik aku budak minang.aku budak minang juga telah membuatkan gua terpikat dengan negeri sembilan.dari penceritaan dia,latar belakang komik buat gua berkenan dengan negeri sembilan.sebab tu makwe sweet orang rembau.gila,dari kecik gua dah berkenan dengan orang negeri sembilan.sebab komik je pon.
selepas gila-gila,keluar pulak komik ujang.ya,komik yang telah mencipta fenomena kepada masyarakat malaysia.siri lawak antarabangsa,mat despatch,budak hostel dan banyak lagi.sehinggakan ada baju blues untuk aku yang asalnya dari komik.gua jugak tak tinggal bila pendidikan seni tingkatan dua kena cop baju,gua buat kartun budak hostel sebijik macam ubi.gua tekap sehari semalam.
lewat 90 an,keluar pulak apo?.kalo tak silap ujang keluar dari moy dia buat apo?.apo? ni buleh tahan kelakar jugak.paling kelakar kartun lambok.gua tak tau kenapa,tengok kartun dia lukis pon gua nak tergelak.
tapi sekarang scene komik dah tak rancak.pengaruh manga dari jepun dah masuk.komik sekarang pon dah takde scene noreh getah macam tiga dara pingitan.dah takde.macam kreko apa semua tu banyak cerita mengarut dan merepek je.jadi zaman maju sekarang budak-budak dah banyak sangat hiburan.kalau dulu budak-budak berebut ke kedai buku cari komik sekarang tidak lagi.
tapi bagi gua komik tahun 90 an telah mencorakkan hidup gua ni.sebelum tu layan lambok sepam.
tahun 90 an scene komik humor sangat rancak.zaman 90 an dimana belum ada internet,belum ada astro atau pon psp,remaja mencari jalan lain untuk berhibur.bagi gua dan femly komik gila-gila adalah hiburan tambahan selain peti televisyen.dengan tagline 'majalah humor nasional',sememangnya komik begini telah banyak berjasa kepada kita.masih gua ingat,macam mana saban bulan kitorang ternanti-nanti hasil karya pelukis seperti cabai dengan tiga dara pingitan serta ujang dengan aku budak minang tak pon aza dengan komik strip tanpa dialog.sehingga hari ini kesan dari komik itu masih terasa terutama kepada gua.
tahun 90 an memang femly gua gila dengan komik.selain dari gila-gila kakak dan abang gua ada jugak membeli komik lain macam kampung boy lat,din teksi dan banyak lagi yang gua tak ingat.masa zaman tu gua tak membeli,sebab mana nak dapat duit.keseronokan membaca komik juga membuat keluarga makin rapat,gua masih ingat macam mana kami sekeluarga termasuk mak gua peminat tegar komik tiga dara pingitan berebut menunggu turn baca komik.sungguh seronok bila diingat balik.
tapi komik yang paling meninggalkan kesan kepada gua ialah karya ujang.ujang bermula dari gila-gila.dimana karya beliau seperti aku budak minang dan aca mula dilukis dalam gila-gila.cerita aku budak minang gua baca sangat teliti.dari zaman didera oleh mak dia,kisah cinta dengan anor dan jugak macam mana dia hanyut bila ke kuala lumpur.berulang kali gua baca,sampai hari ini pon gua masih baca komik aku budak minang.aku budak minang juga telah membuatkan gua terpikat dengan negeri sembilan.dari penceritaan dia,latar belakang komik buat gua berkenan dengan negeri sembilan.sebab tu makwe sweet orang rembau.gila,dari kecik gua dah berkenan dengan orang negeri sembilan.sebab komik je pon.
selepas gila-gila,keluar pulak komik ujang.ya,komik yang telah mencipta fenomena kepada masyarakat malaysia.siri lawak antarabangsa,mat despatch,budak hostel dan banyak lagi.sehinggakan ada baju blues untuk aku yang asalnya dari komik.gua jugak tak tinggal bila pendidikan seni tingkatan dua kena cop baju,gua buat kartun budak hostel sebijik macam ubi.gua tekap sehari semalam.
lewat 90 an,keluar pulak apo?.kalo tak silap ujang keluar dari moy dia buat apo?.apo? ni buleh tahan kelakar jugak.paling kelakar kartun lambok.gua tak tau kenapa,tengok kartun dia lukis pon gua nak tergelak.
tapi sekarang scene komik dah tak rancak.pengaruh manga dari jepun dah masuk.komik sekarang pon dah takde scene noreh getah macam tiga dara pingitan.dah takde.macam kreko apa semua tu banyak cerita mengarut dan merepek je.jadi zaman maju sekarang budak-budak dah banyak sangat hiburan.kalau dulu budak-budak berebut ke kedai buku cari komik sekarang tidak lagi.
tapi bagi gua komik tahun 90 an telah mencorakkan hidup gua ni.sebelum tu layan lambok sepam.
Sunday, October 10, 2010
penyelewengan bahasa
mak gua tengah layan majlis kawen dr mustapar kat tv.ok,bukan mak sorang yang layan, gua pon sekali terlayan.ah,bukan sengaja.bapak gua balik dari mesjid bawak bihun goreng tapau letak depan tv,gua pon terpaksa la makan sambil tengok tv.makin lama tengok gua makin pelik dan banyak berpikir.pelik dengan istilah bahasa melayu.
istilah raja sehari untuk pengantin.sepanjang majlis gua meneliti dan mencari dekat mana istilah raja ni diapply dalam majlis.gua tengok,pengantin haram tak jadi raja pon.jadi macam hamba ada la.yela,jalan kena tunjuk arah.semua benda perlu tunggu arahan.nak duduk kena tunggu,nak makan kena tunggu.nak posing pon kena suruh.kalo raja patut,dia yang arrange.suruh buat itu buat ini.ikut suka hati kepala dia la nak buat macam mana.tapi ini tidak.raja apa cam gitu,ye dok?
kena tukar istilah ni.tukar jadi hamba berhias ke.orang suruhan sehari ke.baru kena...
Saturday, October 9, 2010
wikend yang pundek
niat murni gua hari ini nak tengok wayang.standard,aktiviti bila balik kepala batas.yela,dok kokdiang ada wayang paling dekat pon di jitra.tapi dia punya wayang bapak hampeh.tengah sedap layan cerita buleh dengar cerita panggung sebelah.
berbalik kepada cerita gua nak tengok wayang hari ini.port gua selalu dua aje,kalo tak gsc sunway carnival gua akan ke tgv jusco bandar perda.hari ini gua pilih ke jusco sebab buleh beli benda makan macam-macam.target gua nak tengok cerita eat.pray.love atau wall street atau the american.
tapi sampai wayang gua punya kecewa tahap dewa.gua rasa nak carut kuat-kuat kat kaunter.satu cerita pon tak ada.yang ada cuma kartun 3 cerita,2 cerita melayu,cerita tamil dan cerita cina.
sekarang ni gua patut komplen dekat sape? bantut mood wikend gua..dahla gua cuti esok..dem la tgv..
Friday, October 8, 2010
aktiviti pagi di kepala batas
setiap kali balik kepala batas.lepas subuh gua mesti pekena jogging kat kompleks sukan.
selagi tak abes 10 round trek yang bersamaan 4 km(trek lumba lari) selagi tu gua tak balik.
tapi masalah eh,bila balik rumah..
mak gua dah redi nasi lemak 2 bungkus tak pon roti canai 2 keping.sekali dengan kueh mueh..
abes,macam mana gua nak tuff ni?
tak berkenan mak mentua nanti kalo tak tuff..hahaha
Wednesday, October 6, 2010
2000-scene PMR budak sekolah agama
sekarang ni tengah scene PMR.gua baru tau.itu pon sebab lalu depan sek men dekat-dekat dengan kilang gua tadi nampak budak-budak tengah periksa.bersempena dengan PMR ni gua nak mengaku satu benda.
dari lepas PMR tahun 2000 gua rasa bersalah.
ok gua nak ngaku dah ni...
PMR paper sejarah gua meniru..
betol gua tak tipu..gua tiru naseem-si-budak-debat..iye,tak tipu.
gua benak sejarah.tak pernah nak usaha belajar.bukan apa,malas la.jadi sebelum paper mula gua sound naseem.macam ni ayat dia.
"naseem,hang dah konpom dapat 9A.lepas ni mesti hang nak tukar sekolah pi KISAS.tapi sebelum hang tukaq sekolah,tolong-tolong la kami yang tak berapa nak cerdik ni"pujuk rayu gua sambil ada budak-budak yang nak menempek nak tiru sama.sebagai budak skema,meminta apa-apa yang nakal dari naseem macam nak mintak bukak kedai karaoke dekat parking mesjid.budak debat.alasan yang dia bagi berjela.silap-silap segala ayat alquran di bawak keluar.
naseem tak kata apa-apa.mungkin masa tu dia tengah meditasi otak supaya tak gelabah bila jawab exam.tak macam gua yang gelabah nak cari port meniru.
bila pengawas sound "anda buleh jawab sekarang".gua lepak-lepak lagi.jeling-jeling tengok orang sebelah.naseem sebelah kanan gua.tapi bila gua jeling naseem punya table."wow".bukan setakat OMR tu dia bukak letak tepi.siap atas kertas soalan pon dia hitamkan jawapan besar cap jari..lepas tu,gua dah tak pandang mana dah..
naseem abes jawabt,gua pon abes..
keluar result..naseem dapat A,gua pon dapat A..kihkihkih..
alaa,sejarah je pon..takde kesan pon...

Tuesday, October 5, 2010
sibok
hari ini gua sibok macam barack obama.orang tu nak jumpa,orang ni nak jumpa...sibok betol hari ini..seriyes shit..
Sunday, October 3, 2010
tak layan memang tak true
semalam.setengah jam gua buang masa godek-godek kedai dvd kat pacific aloq star.cari cerita-cerita lama.terjumpe sekeping dvd movie feveret.dulu masa blaja gua ada download,tapi ada dalam laptop lama yang gua dah jual masa jadi kutu menggangur dulu.movie ni memang sedap.lima enam kali gua buleh repeat tengok movie ni.takde hal.
"tak true kalo layan bola tapi tak layan movie ni"
"tak true kalo layan bola tapi tak layan movie ni"
ni la movie yang gua dok gebang.cerita memang penuh dengan carut.buleh kata setiap line dialog ada mencarut.soundtrack memang sedap tak patut ada stone roses "i wanna be adored" dan terence jay "one blood'.lagu terence jay gua dengar buleh bakar semangat.gua rasa lagu tu patut jadi lagu tema 1malaysia.baru kena dengan jiwa orang muda.ini tidak.buat lagu semua nak stail pak ngah.tak sedap.skema.
"There was peace in the twilight
And for a moment among
It was a world without danger
A world without war
And I will take all your suffering
It will do any good
Cause we are one flesh, one breath, one life, one blood " ~ terence jay (one blood)

Subscribe to:
Posts (Atom)