tahun 90 an scene komik humor sangat rancak.zaman 90 an dimana belum ada internet,belum ada astro atau pon psp,remaja mencari jalan lain untuk berhibur.bagi gua dan femly komik gila-gila adalah hiburan tambahan selain peti televisyen.dengan tagline 'majalah humor nasional',sememangnya komik begini telah banyak berjasa kepada kita.masih gua ingat,macam mana saban bulan kitorang ternanti-nanti hasil karya pelukis seperti cabai dengan tiga dara pingitan serta ujang dengan aku budak minang tak pon aza dengan komik strip tanpa dialog.sehingga hari ini kesan dari komik itu masih terasa terutama kepada gua.
tahun 90 an memang femly gua gila dengan komik.selain dari gila-gila kakak dan abang gua ada jugak membeli komik lain macam kampung boy lat,din teksi dan banyak lagi yang gua tak ingat.masa zaman tu gua tak membeli,sebab mana nak dapat duit.keseronokan membaca komik juga membuat keluarga makin rapat,gua masih ingat macam mana kami sekeluarga termasuk mak gua peminat tegar komik tiga dara pingitan berebut menunggu turn baca komik.sungguh seronok bila diingat balik.
tapi komik yang paling meninggalkan kesan kepada gua ialah karya ujang.ujang bermula dari gila-gila.dimana karya beliau seperti aku budak minang dan aca mula dilukis dalam gila-gila.cerita aku budak minang gua baca sangat teliti.dari zaman didera oleh mak dia,kisah cinta dengan anor dan jugak macam mana dia hanyut bila ke kuala lumpur.berulang kali gua baca,sampai hari ini pon gua masih baca komik aku budak minang.aku budak minang juga telah membuatkan gua terpikat dengan negeri sembilan.dari penceritaan dia,latar belakang komik buat gua berkenan dengan negeri sembilan.sebab tu makwe sweet orang rembau.gila,dari kecik gua dah berkenan dengan orang negeri sembilan.sebab komik je pon.
selepas gila-gila,keluar pulak komik ujang.ya,komik yang telah mencipta fenomena kepada masyarakat malaysia.siri lawak antarabangsa,mat despatch,budak hostel dan banyak lagi.sehinggakan ada baju blues untuk aku yang asalnya dari komik.gua jugak tak tinggal bila pendidikan seni tingkatan dua kena cop baju,gua buat kartun budak hostel sebijik macam ubi.gua tekap sehari semalam.
lewat 90 an,keluar pulak apo?.kalo tak silap ujang keluar dari moy dia buat apo?.apo? ni buleh tahan kelakar jugak.paling kelakar kartun lambok.gua tak tau kenapa,tengok kartun dia lukis pon gua nak tergelak.
tapi sekarang scene komik dah tak rancak.pengaruh manga dari jepun dah masuk.komik sekarang pon dah takde scene noreh getah macam tiga dara pingitan.dah takde.macam kreko apa semua tu banyak cerita mengarut dan merepek je.jadi zaman maju sekarang budak-budak dah banyak sangat hiburan.kalau dulu budak-budak berebut ke kedai buku cari komik sekarang tidak lagi.
tapi bagi gua komik tahun 90 an telah mencorakkan hidup gua ni.sebelum tu layan lambok sepam.
No comments:
Post a Comment