tentang pengajar ni,dia memang seorang yang berpengalaman.bukan setakat bekas director sebuah glc,tetapi dia jugak ada kompeni saham sendiri.mengikut ceritanya,kompeni dia la yang paling kecik dalam scene saham malaysia.gua tak tau la betul atau dak sebab modal dia pon puluh-puluh juta.
satu malam gua dapat lepak satu table dengan dia masa dinner.disebabkan pengetahuan tentang ekonomi dan kewangan dalam malaysia semua ada dalam kepala dia,gua banyak borak tentang malaysia.macam-macam cerita keluar.tentang menara warisan yang tak sepatutnya dibuat,felda bangkrap ke tak,cerita pasal macam mana orang kaya-kaya malaysia buleh kaya dan macam-macam lagi.
pum-pang-pum-pang kitaorang borak sampai ke satu cerita yang gua tak berapa nak terkejut.cerita tentang macam mana politician di malaysia yang selalu mendapat duit ketika sesuatu projek.setengah tu semasa stage berbincang dah dapat berbilion.gua tak tipu.dia bercerita atas pengalaman didalam kompeni glc tu sendiri.
dan bila gua dengar tu rasa takut.kalo macam ni perangai politician,why we choose them in first place? kita yang ada memegang hak untuk angkat diorang.kita memang tak tau tentang perangai diorang.tapi,bila dengar macam tu terpikir gua tentang scene belakang politician kita.kenapa tak ada orang stopkan scene ini? yang superior diorang takkan tak tau.
ini nak pilihanraya dua tempat ni.kita buleh tengok banyak projek yang akan ada.muncul tiba-tiba.berapa banyak politicians yang akan tebal poket.
No comments:
Post a Comment