Wednesday, March 31, 2010

masalah surat khabar Malaysia



atas ni front page paper hari ini.korang tengok tajuk besar dia tulis "pendapatan RM49,000.00 setahun".kenaikan dari RM23,000 kepada RM49,000.tapi gua tak suka bila tajuk paper macam ni.sebabnya,bila orang kampung macam mak bapak gua baca diorang mungkin akan berkata "wow" dan berbagai-bagai lagi.tapi bagi sesetengah yang ada knowledge sikit macam gua,akan terasa terpedaya.kenapa gua rasa terpedaya?

ok,cuba korang tengok betol-betol RM49,000 itu ialah pendapatan tahunan pada 2020.ini bermakna lagi sepuluh tahun lagi untuk mencapai sasaran tu.tetapi adakah RM49,000 sekarang akan sama nilai nya pada 2020? jawapan nya tentu sekali tidak.cuba kita ambil kadar inflasi malaysia sekarang ialah lingkungan 3.9-4%.itu yang diberitahu,yang sebenar rakyat marhein macam kita ni takkan tahu.jadi,bila selak balik net present value (npv) table,dengan kadar inflasi 4% nilai RM1 adalah bersamaan RM0.68 pada tahun 2020 nanti.bila didarab RM49,000 dengan 0.68,automatik nilai tersebut akan menjadi RM33,102.kesimpulannya RM49,000 pada tahun 2020 adalah sama nilai dengan RM33,102 pada hari ini.

dan bila dibahagi dengan 12 bulan, pendapatan sekarang adalah RM1916.67 dan RM2758.55 pada tahun 2020.peningkatan pendapatan kepada penduduk malaysia hampir RM850 sebulan.kan lebih sedap dan jujur bila tajuk tu ditukar "peningkatan pendapatan RM850".

itula,kadang-kadang gua tak berapa nak setuju dengan surat khabar kat malaysia ni.ada surat khabar yang jenis jilat bontot,ada pulak yang tajuk nak sensasi macam paper Metro.gua kadang kadang nak tergelak bila baca tajuk depan paper metro.Paling gua bengang,paper yang penuh dengan iklan.iklan pulak satu page penuh dengan gambar Dr Rozmey.siap ada macam diari Dr Rozmey pulak.cuba selak part iklan kecik kecik tu.penuh dengan ubat-ubat kuat untuk laki dan pompuan.kenapa banyak sangat jual ubat-ubat macam gitu? bermasalah sangat ke orang-orang kat malaysia ni? adoyai, apela nak jadi dengan industri surat khabar malaysia ni?


p/s- net present value table tu kalo tak tau google la sendiri.gua punya panjang sangat..


Sunday, March 28, 2010

cuti hujung minggu yang sempurna

cuti hujung minggu lepas hidup gua tak keruan

1.gaji gua tak masuk-masuk,duit dalam poket cuma ada 50hinggit.
2.claim gua still tak dapat-dapat lagi.dua claim pulak tu.

kesimpulan nya gua kena duduk rumah kodiang cuti jumaat dan sabtu.nak keluar merayap-rayap pon tak boleh.sep minyak punya pasal.nak balik penang pulak,kang takde fund nak pegi tengok wayang.crite green zone kat wayang gua tak layan lagi.celaka punya bosan duduk rumah.nak pegi jog di pagi hari,kat kodiang ni tak ada budaya jogging dan berpeluh di pagi hari macam kat penang.yang ada cuma budaya budak-budak yang kaki masih pendek tapi dah pandai merempit ke hulu ke hilir.yang happening kat kodiang cuma pasar hari setiap pagi sabtu.pasar hari tu dipanggil 'nat' oleh orang-orang tempatan.gua tak pernah tanya,tapi gua saspek 'nat' tu perkataan pasar dalam bahasa siam.nasib baik semalam HBO ada tunjuk crite The Godfather 1 & 2.tak ada gua boring sangat.

Duduk bosan sepanjang hari dekat rumah buat gua terkenang tempat-tempat yang gua pernah duduk sepanjang hidup selain rumah kat penang.asrama gua masa sekolah memang tengah-tengah town,kat jalan air itam,penang.asrama gua dekat masjid negeri penang.jalan depan sikit boleh sampai stadium bandaraya.dekat stadium setiap pagi ada 'flea market', orang penang panggil rope walk.tempat gua tengok orang jual minyak lintah dan kuat tenaga batin,jugak tempat majalah import yang ada gambar sedap-sedap.setiap kali datang,gua dengan member-member layan stim dulu kat sana.kalo hari ahad gua mesti fly gi food court kat hospital,semata-mata nak beli nasi campur lauk telur dan hot dog takpon tokua.lunch hari ahad dekat dewan makan macam haram dia punya lauk.kuah ikan dah rasa macam air laut,kalo untung boleh rasa hanyir-hanyir ikan tu.bila dah jadi senior,malam-malam wikend ada aktiviti fly beramai-ramai.tempat paling heaven ketika itu ialah pusat snooker yang ada mesin lumba kuda dan cybercafe dekat depan kedai.kedai tu tak jauh dekat jalan burma,sebelum sampai stadium.kedai tu jugak tempat gua kenal mirc,emel dan 'cas'...walaupon gua 'cas' sama ketika tu,tapi syukur kepada tuhan lepas habis sekolah gua dah tak 'cas' lagi.

tapi tu semua zaman remaja baru nak naik orang kata.semua benda nak cuba.lagi orang tak bagi buat,itu jugak yang terasa nak buat.sekarang ni pon gua dah tak pegi tempat tempat macam gitu.dah tak kena dengan umur gua yang dah buleh jadi bapak budak.tapi,bosan duduk kodiang ni memang gua tak buleh nak handel! babita btol...

p/s-'cas' tu kata kerja untuk hisap rokok di asrama.standard la mana-mana asrama mesti pakai nama laen..

Thursday, March 25, 2010

what if ...?



gua hidup kat malaysia ni memang tak sokong mana mana parti politik.daftar jadi pengundi pon tidak.bukan apa,sebab takde parti-parti politik yang berdaftar di malaysia ni betul-betul mewakili rakyat.yang berfungsi sebagai mulut untuk masyarakat.tapi gua memang minat membaca tentang dunia politik malaysia.

sejak dua tiga tahun ni,gua tengok politik malaysia dah lain macam.masing masing sibuk kejar jawatan dan duit.tak kisah la parti pemerintah atau pembangkang.bukan setakat wakil rakyat, sekarang ni siap anak bini pon berkejar kejaran.tak percaya? korang baca jela surat khabar,blog atau sumber bacaan lain.dua tiga minggu kebelakangan ni,lagi banyak benda benda kotor tentang dunia politik malaysia.fitnah,duit,kontrak,perempuan gebu gebu semua dah jadi bahan mainan ahli politik.parlimen pulak,dah tak jadi tempat menceritakan masalah masalah rakyat.lagi teruk,rakyat sekarang dah tak cari wakil rakyat.semua cari karam singh walia pulak untuk cerita masalah setempat.

semakin hari,gua semakin risau dengan keadaan politik malaysia ni.zaman gua pon dah jadi macam ni.macam mana pulak bila nanti gua ada anak cucu? kalau macam ni la keadaannya,tak mustahil satu masa nanti rakyat akan pecah belah.in fact,kat kampung gua pon dah macam-macam cerita jadi.semua disebabkan fahaman serta taksub dengan parti-parti politik.sampaikan ada kes tentang nak kubur mayat pon ada unsur unsur politik.

gua malas nak cerita panjang.gua harap negara kita ni akan kembali ke landasan yang betul.bukan apa,buat la 1Malaysia ke,middle malaysia ke,yang penting tanah bumi yang kita hidup ni bukan untuk kita je.generasi depan pulak akan menyambung kehidupan kita.kalo buruk hidup kita sekarang,buruk jugak la jadi masa depan.micheal jackson pon ada pesan "heal the world,make it a better place".Peace..

Wednesday, March 24, 2010

azab asrama pt 2

Lepas gua kena pelempang, straight gua pegi duduk tepi katil.itu jam gua punya perasaan menyesal gile duduk asrama.tengah gua tunggu nak kena terajang or sepak, gua dengar budak lain yang kena ragging hujung dorm sebelah sana.

ada sorang mamat form 2 kena kenduri.tetiba gua dengar "woi mat,hang pi buat helikopter 20pusingan la ni!".gua yang curi-curi dengar cakap dalam hati "kejadah helikopter ni pulak".dalam samar-samar lampu jalan,gua tengok mamat form2 ni. mula-mula dia letak satu botol air atas lantai hujung dorm.lepas tu,dia datang dekat hujung dorm sebelah gua duduk pulak.

tangan kiri dia pegang telinga kanan.tangan kanan pulak bersilang tapi jari telunjuk atas lantai.dalam keadaan bongkok,mamat ni pusing 20kali.lepas pusing,dia kena pegi ambik botol tadi.mula-mula dia buat telanggar katil masa nak pegi ambik botol tu.kali kedua dia buat jalan silap direction,telanggar locker kat belakang.

tengah gua ralit tengok mamat form2 tu buat helikopter tetiba sorang brader ni panggil."mat,hang kena panggey pasai pa?"."saya tak tau bang,tadi pijan kejut suruh mai" jawab gua sopan."wei,budak tu tak dak apa,saja panggey nak suruh buat megi" jerit sorang brader."hg ambik tupperware tu,pi boh ayaq panaih" brader tu sound sambil hulur tupperware.
gua pon turun isi air panas sambil mulut terkumat-kamit mencarut."celaka,bodoh btol,setakat nak buat megi pon nak panggil junior ke?".sejak malam tu,gua berazam,nanti gua naik form sikit gua kena buat revenge.

Monday, March 22, 2010

ini ji sung park la!


"ini Ji Sung Park la!!!"

Setengah orang cakap,Ji Sung Park dibeli semata-mata commercial value yang dia boleh buat di asia.bila si mata sepet ni join Man Utd,jualan jersi akan melambung.untung akan berlipat ganda.

"Manchester United didn't sign me just to sell shirt in Asia" Park pon mengaku minggu lepas.

Musim ni, Liverpool,Ac Milan,dan Arsenal semua ada nama Park dalam scoresheet.

berbaloikan untuk player yang dibeli semata-mata untuk jual jersi di Asia?



Sunday, March 21, 2010

lagu

"cause when you're fifteen and somebody tells you they love you
You're gonna believe them
And when you're fifteen
Feeling like there nothing to figure out
Well count to ten, take it in
This is life before you know who you're gonna be
Fifteen"

ini lirik lagu Taylor Swift, tajuk fifteen.kalo korang selalu tune radio omputeh memang banyak kali on air lagu ni.awek-awek yang remaja baru nak naik memang suka lagu jenis macam ni.tapi cuba korang translate lagu ni pegi bahasa melayu.kemudian bagi dekat budak-budak AF nyanyi.mesti bunyi macam gampang kan?

p/s-malam tadi gua tertengok diari AF.Apa jadah tunjuk laki-laki nyanyi sambil nangis? cari modal la tu..

Thursday, March 18, 2010

ahli parlimen

Semalam sebelum tido, gua tengok TV rancangan Parlimen Hari Ini kat TV1.baru bukak 5 minit gua dah mencarut dalam hati.

"celaka,kenapa parlimen dah jadi serupa pentas ceramah politik pilihanraya?"
"tak nyesal gua tak daftar jadi pemilih"

straight gua pejam mata harap mimpi makwe sweet...

p/s-tengok utusan malaysia cerita puji ahli parlimen bayan baru.bukak yang suara keadilan, ahli parlimen bayan baru kena hentam.pelik kan surat khabar malaysia?

Wednesday, March 17, 2010

kelas agama

macam biasa, setiap hari selasa malam surau kat taman gua ade kelas ngaji tentang usuluddin.malam tadi masuk bab nabi nabi dan rasul.ada beberapa point yang ustaz tu bagitau yang gua baru tau.

1.jumlah sebenar nabi dan rasul tidak diketahui.yang disebut dalam Alquran cuma 25orang.
2.rasulullah saw,tidak boleh disamakan dan dibandingkan dengan manusia.ini kerana,dalam kalimah syahadah terdapat nama baginda.jadi maqam rasul jauh lebih tinggi dari sekalian makhluk.ustaz tu cakap,"maka celakalah mana-mana manusia yang membandingkan rasulullah dengan manusia lain".Sebagai contoh Micheal H. Hart ada tulis dalam buku dia.

dekat hujung kelas,ustaz ni pulak cerita macam mana nabi dilahirkan.rupa-rupanya masa Aminah melahirkan rasulullah, baginda dilahirkan secara berdiri.dan bila dahi rasul mencecah bumi, Muhammad terus mengucapkan "Alhamdullilah".

bila balik rumah gua ada terfikir,hebat jugak orang arab dulu.zaman tu gua rasa Isaac Newton tak hidup lagi.macam mana orang arab dulu dah boleh terfikir pasal aplikasi tarikan graviti? Bila datang pengaruh barat,hospital suruh baring ketika bersalin.gua rasa takde hospital yang buat bersalin berdiri sekarang ni.Gua fikir,dalam keadaan baring cuma nak menyenangkan kerja-kerja doktor nak menyambut baby.Design jamban, takde pon orang barat nak buat jamban stail baring.

Gua ingat kalo dapat jadi menteri kesihatan,gua nak ubah stail beranak.mesti geng ibu-ibu sokong gua.

Tuesday, March 16, 2010

azab asrama

malam tu budak budak form 1 dorm A-3-2 lepas prep teros naik dorm.tak pegi ambik air milo cair dengan biskut lemau kat DM macam malam malam biasa.malam tu kami rasa tak sedap hati nak tido.sebab malam semalam,ada budak dorm A-3-6 kena panggil pegi dorm senior kol2-3pagi.

tapi sebelum tido,pijan ada idea baek."takpa,kita tukaq katil.nanti depa tak boleh cari kita"kata pijan."cantek" semua angguk setuju.kami tukar-tukar tempat tido.malam tu,doa tido kami bukan maen panjang.sampai terlelap berdoa elak musibah.

tiba-tiba,gua rasa ada orang kejut."yet,yet bangun.senior panggey pi dorm depa"gua tengah mamai gua cam tu suara pijan."celaka betoi,aku baru nak tidoq tadi depa panggey.aku dah kena,depa suroh panggey hang pulak" cerita pijan,sambil jalan turun pegi dorm senior. time tu gua punye kecut perot jangan cerita.feel takut tu,rasa nak lari balik rumah je time tu jugak.dorm senior gelap pekat.nak intai tak nampak apa,yang gua dengar bum-bang-bum-bang orang tumbuk loker.

"hang masuk dulu jan"gua tolak dia.elok pijan masuk,gua folo belakang.elok gua langkah masuk,sorang senior rapat kat gua."hang masuk bagi salam dak?" brader tu tanya gua.gua tengah kecut takut dan tak berapa nak dengar jawab "haaa??" "Pppppaanngg" gua kena penampar.terkejut gua,teros segar macam muka kena simbah air panas."hang masuk bagi salam dak?" gua tak berani nak tipu jawab "dak bang" "Ppppaaannggg" sekali lagi gua kena penampar.

"dah pi masuk dok tepi katil tu" brader tu cakap sambil belah.
dalam hati gua carut-carut brader tu.celaka betol,tak bagi salam pon kena penampar.itula first time gua kena raging dengan senior.lepas ni banyak lagi gua nak cerita pasal kena raging
.

Sunday, March 14, 2010

walimatul urus

minggu ni cuti sekolah dah mula.musim cuti sekolah jugak adalah musim kenduri kawen.sebagai sebuah kompeni yang mengamalkan dasar csr (tak tau csr tu ape, google sendiri) yang tinggi,banyak jemputan kenduri pelanggan yang perlu kami pegi.hari ni saje tak silap ada 5-6 pelanggan yang buat kenduri.

paling magik kat kedah ni, kenduri kawen buleh dibuat setiap hari.hari kerja atau tidak, selamber diorang buat kenduri.bagi jenis bujang macam gua, minggu ni sangat sep tak patut.makan pree je setiap hari sepanjang minggu.nak lagi sep dan keji, kadang-kadang bila gua tak ade note seringgit,gua tak salam jenis selit duit dalam tangan.lantak le, setengah tu gua tak kenal pon tuan rumah kenduri hahaha.tadi masa punch card masuk kerja dah ada orang panggil kenduri.



menjemput kenduri sangat mudah disini




Thursday, March 11, 2010

who need ronaldo?



1. real madrid takde striker yang sanggup maen out of position semata-mata nak bagi mamat ni maen kat atas tunggu bola. (player macam rooney)

2.real madrid takde player yang sanggup track back position mamat ni yang tak suka nak kejar balik bila bola terlepas. (player macam ji sung park,darren fletcher)

nak beli mamat ni, kena ada pakej sekali.tak percaya? tengok jela game man utd pagi tadi.hahaha


team orang tua-tua ni maen ape gua pon tak tau..

game pagi tadi, gua malas nak sembang.milan maen malu-malu alah sangat.lawan wolves aritu lagi susah nak menang.


Wednesday, March 10, 2010

profit and lost (P&L)

(P&L) - other income = sales - cost of production


net cost of production = cost of production - processing fees - sales by product


cost of production = total processing and overhead cost + total purchase cost


total processing and overhead cost = overhead cost + processing cost


processing cost = operational cost + packaging cost + other operational cost


arini gua sehari suntuk pikir cara nak bagi kilang untung banyak.otak gua otak engineer, bukan otak business.pening gua.

dem btol..

Tuesday, March 9, 2010

brother love

masa drive nak pegi keje tadi gua terbukak radio Xfm.Channel ni gua tak brape nak suka,sebabnye bahasa diorang, cara cakap diorang lebih kepada budak-budak dressing mat shuffle dan dengar lagu budak budak keluar AF.

masa tune radio tu tengah segmen brader love.ada mamat sorang ni telefon brader love suruh setel kes awek dia tak call dan sms, dan diorang masing-masing duduk jauh.masa brader love setel problem diorang ni, mamat ni merengek-rengek kata sayang awek ni, rindu, risau..

perghhh,naik geli gua dengar.benda-benda macam ni pon nak setel kat national radio ke?

loser btol.

Monday, March 8, 2010

invictus



wikend aritu layan movie invictus.cerita yang sangat bagus,sangat memberi inspirasi.betul apa orang puteh cakap 'sports can unite people'.masa afrika selatan tengah tense dengan isu apartheid, rasis dan pecah belah. kesungguhan nelson mandela nak tengok afrika selatan menang world cup, secara tak langsung dapat selesaikan masalah terbesar negara tersebut.tengah meeting pon dia boleh lari tengok live game.gua paling suka satu ayat dari mandela "the day I am afraid to do is the day I am no longer fit to lead"..

tapi gua terperasan cerita ni ada yang tak berapa nak kena sikit..
1. masa team tengah jogging sebelum final, ada Hyundai Getz atas jalan.cerita ni tahun 1995, kereta tu tak keluar lagi.
2. gua tengok player rugby pakai boot Nike Tiempo yang tahun 2006 keatas. padahal scene tahun 1995.

macam mana pon, cerita ni memang sedap.bila cerita sedap gua memang fokus tengok.


Wednesday, March 3, 2010

hepi besday


hari ini gua baru tahu..
lagu "happy birthday" yang selalu kita nyanyi adalah sebuah lagu yang registered..
diregister bawah company Warner/Chappell

kepada makwe sweet,
gua tak boleh nak nyanyi.nanti kena bayar.hahaha



happy besday..renunglah hari tua kamu hahaha

angsa pon sensitip dengan kaler merah

"jom pi sekarang" gua tak ingat siapa yang mengajak.tapi matlamat cuma satu, nak pegi kutip bijik getah.lepas kutip boleh gosok atas tanah.geng geng champion cakap,kalo gosok sampai bijik jadi kaler merah, baru bijik getah tu kuat.memang senang nak jadi champion.

"okeh,sat aku pi amek beskat"jerit gua sambil lari pegi amek basikal sport kaler merah.basikal gua jenis kecik yang boleh letak roda kat tepi.tayar pulak jenis tayar getah mati.sampai kebun getah dalam kampung operasi mencari mula.tak sampai setengah jam,penoh satu plastik masing-masing.semua pakat tak sabar nak pegi gosok atas tanah.

"jom,jom weh..kita lalu short cut ikut rumah tok cik" semua berterabur pecut.disebabkan basikal gua kecik,gua paling belakang.sampai kat pagar tok cik,gua sorang2.steady je gua kayuh sambil melintas laman berumput rumah tok cik.tepi laman ada angsa angsa tengah menyudu tanah.tiba tiba,gua rasa lain macam bunyi angsa-angsa tu.

gua kalih tengok angsa tu,tiba tiba menderu diorang datang serang gua.gua try pecut,tapi tayar mati memang berat bila jalan atas rumput.basikal jadi jem dan tak boleh bergerak."ppapp,ppaapp"angsa angsa tu tibai paha gua.berterabur biji-biji getah,meraung gua menagis atas basikal.ada dekat 5minit gua meraung, baru ada orang nak tolong.dia punya sakit,kalah semut api gigit.

abes angsa kena halau,jiran tu teman hantar gua balik. sejak hari tu,gua dengan angsa memang tak berapa nak ngam.

Monday, March 1, 2010

worthless cup



bagi sesetengah kelab, carling cup bukan sebuah piala yang perlu dikejar.carling cup dipandang sepi.bila game hantar budak budak yang tak abes sekolah main.tapi tidak man utd, carling cup memberi jasa yang sangat besar.

carling cup memberi semangat kepada pemain pemain muda. tahun 2006, selepas terkeluar dari CL, tempat ketiga dalam liga (berbelas mata kena tinggal dengan chelsea)l.tetapi disebabkan final carling cup 2006, mena
ng 4-0 keatas wigan telah memberi 'taste of glory' kata orang puteh kepada pemain seperti rooney,ronaldo,evra dan yang lain.

"as soon as I have won something, I have wanted more. Winning is a great feeling but the desire to achieve extra is the thing that drives you on.” kata carrick.

itulah mindset bila berada dalam sebuah pasukan yang berjaya dan bersih dengan gejala seks rambang.



"gua bukan champion kongkek" kata rooney dalam hati

------------------------------------------------------------------------------------------------


bersahaja je dia ni buat muka tak bersalah

pompuan atas ni gua rasa peminat chelsea.bangang punye pompuan.putar alam.
menteri pulak, nak buat kesian.