Thursday, March 25, 2010

what if ...?



gua hidup kat malaysia ni memang tak sokong mana mana parti politik.daftar jadi pengundi pon tidak.bukan apa,sebab takde parti-parti politik yang berdaftar di malaysia ni betul-betul mewakili rakyat.yang berfungsi sebagai mulut untuk masyarakat.tapi gua memang minat membaca tentang dunia politik malaysia.

sejak dua tiga tahun ni,gua tengok politik malaysia dah lain macam.masing masing sibuk kejar jawatan dan duit.tak kisah la parti pemerintah atau pembangkang.bukan setakat wakil rakyat, sekarang ni siap anak bini pon berkejar kejaran.tak percaya? korang baca jela surat khabar,blog atau sumber bacaan lain.dua tiga minggu kebelakangan ni,lagi banyak benda benda kotor tentang dunia politik malaysia.fitnah,duit,kontrak,perempuan gebu gebu semua dah jadi bahan mainan ahli politik.parlimen pulak,dah tak jadi tempat menceritakan masalah masalah rakyat.lagi teruk,rakyat sekarang dah tak cari wakil rakyat.semua cari karam singh walia pulak untuk cerita masalah setempat.

semakin hari,gua semakin risau dengan keadaan politik malaysia ni.zaman gua pon dah jadi macam ni.macam mana pulak bila nanti gua ada anak cucu? kalau macam ni la keadaannya,tak mustahil satu masa nanti rakyat akan pecah belah.in fact,kat kampung gua pon dah macam-macam cerita jadi.semua disebabkan fahaman serta taksub dengan parti-parti politik.sampaikan ada kes tentang nak kubur mayat pon ada unsur unsur politik.

gua malas nak cerita panjang.gua harap negara kita ni akan kembali ke landasan yang betul.bukan apa,buat la 1Malaysia ke,middle malaysia ke,yang penting tanah bumi yang kita hidup ni bukan untuk kita je.generasi depan pulak akan menyambung kehidupan kita.kalo buruk hidup kita sekarang,buruk jugak la jadi masa depan.micheal jackson pon ada pesan "heal the world,make it a better place".Peace..

No comments:

Post a Comment