cuti hujung minggu lepas hidup gua tak keruan
1.gaji gua tak masuk-masuk,duit dalam poket cuma ada 50hinggit.
2.claim gua still tak dapat-dapat lagi.dua claim pulak tu.
kesimpulan nya gua kena duduk rumah kodiang cuti jumaat dan sabtu.nak keluar merayap-rayap pon tak boleh.sep minyak punya pasal.nak balik penang pulak,kang takde fund nak pegi tengok wayang.crite green zone kat wayang gua tak layan lagi.celaka punya bosan duduk rumah.nak pegi jog di pagi hari,kat kodiang ni tak ada budaya jogging dan berpeluh di pagi hari macam kat penang.yang ada cuma budaya budak-budak yang kaki masih pendek tapi dah pandai merempit ke hulu ke hilir.yang happening kat kodiang cuma pasar hari setiap pagi sabtu.pasar hari tu dipanggil 'nat' oleh orang-orang tempatan.gua tak pernah tanya,tapi gua saspek 'nat' tu perkataan pasar dalam bahasa siam.nasib baik semalam HBO ada tunjuk crite The Godfather 1 & 2.tak ada gua boring sangat.
Duduk bosan sepanjang hari dekat rumah buat gua terkenang tempat-tempat yang gua pernah duduk sepanjang hidup selain rumah kat penang.asrama gua masa sekolah memang tengah-tengah town,kat jalan air itam,penang.asrama gua dekat masjid negeri penang.jalan depan sikit boleh sampai stadium bandaraya.dekat stadium setiap pagi ada 'flea market', orang penang panggil rope walk.tempat gua tengok orang jual minyak lintah dan kuat tenaga batin,jugak tempat majalah import yang ada gambar sedap-sedap.setiap kali datang,gua dengan member-member layan stim dulu kat sana.kalo hari ahad gua mesti fly gi food court kat hospital,semata-mata nak beli nasi campur lauk telur dan hot dog takpon tokua.lunch hari ahad dekat dewan makan macam haram dia punya lauk.kuah ikan dah rasa macam air laut,kalo untung boleh rasa hanyir-hanyir ikan tu.bila dah jadi senior,malam-malam wikend ada aktiviti fly beramai-ramai.tempat paling heaven ketika itu ialah pusat snooker yang ada mesin lumba kuda dan cybercafe dekat depan kedai.kedai tu tak jauh dekat jalan burma,sebelum sampai stadium.kedai tu jugak tempat gua kenal mirc,emel dan 'cas'...walaupon gua 'cas' sama ketika tu,tapi syukur kepada tuhan lepas habis sekolah gua dah tak 'cas' lagi.
tapi tu semua zaman remaja baru nak naik orang kata.semua benda nak cuba.lagi orang tak bagi buat,itu jugak yang terasa nak buat.sekarang ni pon gua dah tak pegi tempat tempat macam gitu.dah tak kena dengan umur gua yang dah buleh jadi bapak budak.tapi,bosan duduk kodiang ni memang gua tak buleh nak handel! babita btol...
p/s-'cas' tu kata kerja untuk hisap rokok di asrama.standard la mana-mana asrama mesti pakai nama laen..
No comments:
Post a Comment