Lepas gua kena pelempang, straight gua pegi duduk tepi katil.itu jam gua punya perasaan menyesal gile duduk asrama.tengah gua tunggu nak kena terajang or sepak, gua dengar budak lain yang kena ragging hujung dorm sebelah sana.
ada sorang mamat form 2 kena kenduri.tetiba gua dengar "woi mat,hang pi buat helikopter 20pusingan la ni!".gua yang curi-curi dengar cakap dalam hati "kejadah helikopter ni pulak".dalam samar-samar lampu jalan,gua tengok mamat form2 ni. mula-mula dia letak satu botol air atas lantai hujung dorm.lepas tu,dia datang dekat hujung dorm sebelah gua duduk pulak.
tangan kiri dia pegang telinga kanan.tangan kanan pulak bersilang tapi jari telunjuk atas lantai.dalam keadaan bongkok,mamat ni pusing 20kali.lepas pusing,dia kena pegi ambik botol tadi.mula-mula dia buat telanggar katil masa nak pegi ambik botol tu.kali kedua dia buat jalan silap direction,telanggar locker kat belakang.
tengah gua ralit tengok mamat form2 tu buat helikopter tetiba sorang brader ni panggil."mat,hang kena panggey pasai pa?"."saya tak tau bang,tadi pijan kejut suruh mai" jawab gua sopan."wei,budak tu tak dak apa,saja panggey nak suruh buat megi" jerit sorang brader."hg ambik tupperware tu,pi boh ayaq panaih" brader tu sound sambil hulur tupperware.
gua pon turun isi air panas sambil mulut terkumat-kamit mencarut."celaka,bodoh btol,setakat nak buat megi pon nak panggil junior ke?".sejak malam tu,gua berazam,nanti gua naik form sikit gua kena buat revenge.
No comments:
Post a Comment