macam biasa, setiap hari selasa malam surau kat taman gua ade kelas ngaji tentang usuluddin.malam tadi masuk bab nabi nabi dan rasul.ada beberapa point yang ustaz tu bagitau yang gua baru tau.
1.jumlah sebenar nabi dan rasul tidak diketahui.yang disebut dalam Alquran cuma 25orang.
2.rasulullah saw,tidak boleh disamakan dan dibandingkan dengan manusia.ini kerana,dalam kalimah syahadah terdapat nama baginda.jadi maqam rasul jauh lebih tinggi dari sekalian makhluk.ustaz tu cakap,"maka celakalah mana-mana manusia yang membandingkan rasulullah dengan manusia lain".Sebagai contoh Micheal H. Hart ada tulis dalam buku dia.
dekat hujung kelas,ustaz ni pulak cerita macam mana nabi dilahirkan.rupa-rupanya masa Aminah melahirkan rasulullah, baginda dilahirkan secara berdiri.dan bila dahi rasul mencecah bumi, Muhammad terus mengucapkan "Alhamdullilah".
bila balik rumah gua ada terfikir,hebat jugak orang arab dulu.zaman tu gua rasa Isaac Newton tak hidup lagi.macam mana orang arab dulu dah boleh terfikir pasal aplikasi tarikan graviti? Bila datang pengaruh barat,hospital suruh baring ketika bersalin.gua rasa takde hospital yang buat bersalin berdiri sekarang ni.Gua fikir,dalam keadaan baring cuma nak menyenangkan kerja-kerja doktor nak menyambut baby.Design jamban, takde pon orang barat nak buat jamban stail baring.
Gua ingat kalo dapat jadi menteri kesihatan,gua nak ubah stail beranak.mesti geng ibu-ibu sokong gua.
No comments:
Post a Comment