Thursday, July 29, 2010

haluan hidup

"apa yang ko cari dalam hidup?" itulah soalan feymes member gua nama batek masa asasi UM dulu.soalan ni selalu dia tanya untuk buat lawak.kadang-kadang bila kitaorang lepak ramai-ramai atau tengah study,dia akan keluar soalan ni.bikin orang yang kena tanya jadi tercengang.kebanyakan orang tak ada jawapn untuk itu.

gua bukak cerita ni bukan apa,ada seorang pelanggan kat kilang gua ni.gaya dia memang warak,pakai serban,berbaju melayu,berkain dan berjanggut.kalau pegi mana-mana kenduri tak kira la kat kilang gua ke,sekolah pondok,memang dia ada dan selalu duduk depan masa tahlil.tapi apa yang membuatkan staf kilang gua sakit hati ialah,bila dia datang beli beras benda yang dia cerita ialah tentang harta dia.contoh macam pagi tadi,dia datang cerita pasal tanah yang dia baru beli minggu lepas dengan harga 100k.minggu depan dia nak beli lagi sekeping tanah harga 50k.tu tak masuk cerita pasal anak-anak beli kereta pulak.jugak cerita dia nak pegi haji untuk kali ke enam dan akan berenti pegi haji bila dah cukup 10 kali.

gua memang tak paham dengan pak haji ni.apa sebenarnya tujuan dia cerita apa semua tu? ingat semua orang nak dengar ke tentang harta benda yang haji kumpul? gaya dan pakaian dah islamik bagai macam gaya wali,tapi bila bercerita penuh dengan riak dan bongkak.tak perlu lah nak belagak,orang lain pon ada harta jugak.baik tanggalkan jela serban apa semua tu.buat malu orang warak yang lain je.

sebenarnya bagi gua,walaupon soalan dari batek tu cuma bertujuan untuk gurauan,tapi hakikatnya soalan tu la yang mencorak kan hidup seseorang.contoh kalo seorang kapitalis bertanya soalan itu kepada dirinya sendiri,dah tentu jawapan nya duit.sebab itu dimana saja ada peluang,dia akan rebut dan buat duit untuk kepuasan diri.yang jadi masalah bila seseorang tu dia tak tau apa yang dicari.sebab itu terjadi konflik dalam diri,bergaya macam wali tapi akhlak keji.

mula lah persoalkan diri kita.apa yang kita cari dalam hidup ini.masa depan belum tertulis lagi.satu soalan sudah cukup untuk mengubah hidup kita.jangan jadi macam orang-orang politik kat malaysia.pangkat pon mahu,bisnes pon mahu.yang jadi mangsa rakyat jelata.tapi jadilah macam ahmadinejad.dia tau apa yang dia cari dan apa yang perlu dia buat.

The Fox News TV (US) asked the Iranian President Mahmoud Ahmadinejad; " When you look into the mirror in the morning what do you say to yourself"?

He answered: I see the person in the mirror and tells him "
Remember, you are no more than a small servant, ahead of you today is the heavy responsibility, and that is to serve the Iranian nation".

Tuesday, July 27, 2010

muka hensem macam ronaldo pon tetap ada masalah begini

satu rahsia tentang diri gua ialah gua tak sikat rambut setiap hari.last kali gua sikat rambut secara betol tak silap gua masa tingkatan dua atau tiga.minyak rambut lagi la,gua tak ingat bila last kali gua beli.tapi yang semestinya gua tak pernah sikat rambut sejak dari bangku sekolah.

benda ni bermula bila gua bertukar dari seorang yang berimej kemas sikat rambut belah tepi kepada gaya seorang grunge.ya,gua masa sekolah berimej grunge.budak lain kalau outing masa asrama pakai kasut hitam atau kasut pejabat gua selambe pakai converse.budak lain pakai seluar slack tempah kaki 20-24 pastu siap iron,gua pulak pakai seluar dockers season.bila nak outing atau pegi sekolah,budak laen sikat rambut siap minyak berkilat yang kadang-kadang bila peluh pon menitik kaler putih,tapi gua tidak.abes mandi,gua lap rambut dengan tuala terus gua pakai baju.sampai dah besar gua buat tabiat sama.pegi kelas ke,pegi interview pon gua takde nak sikat-sikat rambut.bagi gua,rambut tak penting sangat yang penting imej lu menarik.rambut tak sikat pon kalo imej menarik tetap sedap orang nak tengok.kadang-kadang gua tak paham,gua tengok adik gua belik wax untuk rambut sampai puluh-puluh ringgit tapi takde menarik pon.

mak gua memang tak larat nak bising.sebenarnya gua tak sikat rambut pon sebab salah dia.dulu gua sekolah rendah,dia tolong sikatkan.tapi masuk asrama dia takde,sape nak sikat kan? tak kan nak suruh warden kot.jadi disebabkan gua yang tak berapa ambik kisah tentang rambut menyebabkan kepala gua kelemumur.mula bila gua tak sedar, tapi sampai hari ni kelemumur masih ada.banyak cara gua dah cuba,macam lumur air limau purut tapi tak berjaya.ntah apa degil bebenor kulit kepala gua ni.syampu dah macam-macam gua cuba.tapi tak berjaya jugak.gua tak risau sangat sebab gua tengok iklan syampu untuk basmi kelemumur model lelaki semua hensem contoh ronaldo iklan syampoo clear.setakat ni gua takde la jumpa lagi model syampu yang muka tak hensem jenis muka pecah rumah.mungkin tuhan nak bagi adil kot,yang muka hensem tapi kepala kelemumur...tapi takpe la kelemumur kat kepala buleh nampak,tapi kalau kelemumur kat tempat lain..tak ke rasa lain kihkihkih...

gua merepek ni bukan apa,gua baru beli syampu bawang sabtu aritu.gua angkat sekali dengan perapi.masa bayar gua terasa lelaki metroseksual gila beli syampoo dengan perapi.syampoo bawang macam celaka bau dia,bau bawang busuk..tapi mintak-mintak la berkesan..i malu la bila pakai baju hitam ada putih-putih kat bahu...

Sunday, July 25, 2010

dah besar baru nak sedar

dalam kereta semalam,lepas berjaya membuang duit sambil mencuci mata di bandar alor setar,gua balik rumah.hari dah mula nak gelap,nak dekat-dekat maghrib.radio kereta gua tengah bising cd nirvana maen lagu in bloom.sebab hormat waktu nak maghrib gua tutup cd,bukak radio.saja tune cari stesen yang sedap dilayan waktu senja.tekan-tekan dapat stesen IKIM.tengah ada bacaan quran sebelum masuk waktu maghrib.gua berenti tekan dan biar kan radio tu.otak gua melayang pegi balik lapan tahun lepas.

8 tahun yang lalu,di sebuah sekolah di tengah-tengah georgetown

tengah sedap main bola kat padang,dengar loceng bunyi.jam 6.30 petang,tanda waktu main dah abis.dari padang kami boleh dengar suara warden abg mus menjerit "okay boys,hurry up..." memanggil budak-budak supaya berhenti main dan naik bersiap-siap untuk makan malam dan ke surau.waktu yang sama surau menukar dari alunan nasyid kepada bacaan alquran.kami senior,tak naik dorm.kami pegi belakang dewan makan,cepat-cepat bubuh makanan dan makan dekat belakang DM atas court volleyball.warden dah letak syarat nak makan dalam DM kena pakai baju melayu.tapi shit lah peraturan,kami senior kena tunjuk rebel.kena melawan sikit,baru junior takut dan kagum.dari kagum ni la,junior akan buat benda sama bila jadi senior nanti.

abes makan,baru naik atas dorm.bunyi bacaan alquran kami buat tak tau.budak-budak junior dah mula penuhkan surau.atas dorm dengan perot yang kenyang kami pekena lepak bawah kipas untuk keringkan peluh atau mula cari port hisap rokok itupon kalau line clear.dah dekat gelap,baru nak mula gerak mandi.oleh sebab speaker dekat hujung bangunan,dan bilik air jugak dekat hujung kami mandi dengan dengan selang seli bunyi bacaan quran.tapi selalunya bacaan alquran tersebut tenggelam dengan gelak dan bising main tarik kain basah,carut-carut sebab tuala kena sorok,atau siram air atas orang tengah berak.selalunya abes bacaan quran atau bila warden abg mus atau en mael naik bawak rotan baru kami mula turun surau.bacaan quran yang geng surau pasang langsung tak bagi kesan dekat kami.

tapi semalam dalam kereta gua rasa lain.gua rasa macam bersalah,sayu bila dengar alunan bacaan quran dekat radio.gua sedar sejak tinggalkan sekolah,gua jarang dengar bacaan quran macam tu lagi.kalo dengar pon,masa lepas waktu azan berbuka ramadhan tak pon,gerai-gerai islam dekat pasar malam pasangkan.padahal,masa sekolah setiap hari setidak-tidak dua kali surau asrama pasang bacaan quran.tapi gua langsung tak rasa apa.bacaan alquran tu tak lebih dari panggilan ke surau,kalau tak ke surau kena tibai dengan warden.gua terpikir,kalau dulu masa sekolah gua ada feeling macam gitu,dah tentu sekarang gua ada dekat al-azhar mesir,tak pon gua buleh letak nama al-hafiz belakang nama gua.tapi benda dah lepas,gua berangan pon dah tak buleh jadi apa.gua nampak masjid sebelah kiri,gua terus bagi signal singgah sembahyang jemaah.....

Thursday, July 22, 2010

apa yang gua dapat di internet (1)

ustat gua dulu dah pesan.ada ilmu kasi turun sikit dekat orang lain.ilmu ni macam MLM jugak.ajar dekat tiga orang,lepas tu yang tiga orang tu akan ajar lagi kepada lagi tiga orang.jadi akan berganda la amalan gua.perghh,dah macam ayat nak jual jusmate 5 ddr plak..hahaha.ok,tak nak cakap banyak korang enjoy la ilmu yang gua nak ajar hari ini.

1. korang semua ingat komputer perfect ke? buleh buat semua benda ke? tak percaya?

bukak my documents atau kat desktop pon buleh>ketik mouse sebelah kanan (right click)>amek new>ketik folder>keluar folder baru>rename folder tersebut kepada "con" (tanpa quotes)>tekan enter...

ape jadi dengan nama folder? kihkihkih...

2. kali ni gua nak ajar korang buat magik

bukak notepad (kepada yang tak tau notepad,cari sendiri) > cuba korang taip "Bush hid the facts" (tanpa quotes)>save file>tutup notepad>bukak balik file tersebut

ape jadi? kihkihkih...haa,jangan nak pandai-pandai kata konspirasi yahudi pulak.gua pon jumpa kat internet.

3. buat magik guna word pulak

bukak microsoft word> dekat barisan pertama taip "=rand(200,99)"(tanpa qoutes)> tekan enter...

apa jadi? kalo rajin korang baca la.mana tau ntah bill gates ada nak bagi duit kalau orang jumpa benda ni.tiga benda yang gua ajar cuma relevan untuk microsoft..kalo yang lain gua tak tau la...

*gua rasa nak buat benda bersiri dengan tajuk ni..buleh banyak pahala sikit..ni asek kutuk kerajaan je..kihkihkih

Wednesday, July 21, 2010

pengaruh hitler

dari minggu lepas gua dapat email tentang thesis mengenai adolf hitler pro islam.tak silap 2-3 orang yang forward email yang sama.gua baca sekali,kemudian yang lain gua terus delete.gua cuba ambik beberapa benda yang gua rasa tak perlu diagungkan.

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

memang zionisme kejam kerana kisah israel-palestin,akan tetapi Holocaust itu satu perkara yang tidak diterima dalam islam.nabi dah pesan dalam perang jangan dibunuh wanita,kanak-kanak,dan orang tua.tapi bagaimana dengan Holocaust? kalo korang tonton filem seperti the pianist atau lagi best schindler's list kita boleh lihat bagaimana kanak-kanak dan wanita yang ditembak dan dibakar.dalam satu scene dalam schindler's list abu mayat yahudi yang dibakar melayang jauh macam salji.benda ni pro islam ke? gua bukan pro yahudi,tetapi kita harus ingat tak semua yahudi adalah zionis.ada jugak yahudi yang menentang zionis.tetapi disebabkan hitler,perang dunia meletus.dan jangan lupa,tanah melayu jugak terlibat sama.dan ada nenek moyang yang terbunuh masa itu.kenapa orang islam malaysia nak agungkan hitler?

2. Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

come on lah,siapa-siapa pon buleh petik ayat al-quran.tak kan korang dah lupa,macam mana wakil rakyat DAP guna ayat alquran tak lama dulu,bukan main melenting golongan serban dekat malaysia ni.abes,bila hitler ada orang kata dia guna ayat alquran nak di agungkan pulak.sepatutnya kita perlu risau,bagaimana dari dulu lagi terdapat manusia yang sanggup menggunakan ayat alquran untuk mendapat sokongan orang islam.pengaruh alquran cuma dalam ucapan,bukan dalam hidup Hitler.nak sibuk kan hitler dipengaruhi alquran,padahal yang kita ni.alquran nak baca sehari sekali pon liat.

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.

ini lagi kelakar,tak kan la sebab tak minum arak buleh nak claim dia pro islam? banyak lagi orang bukan islam tak minum.abes yang jenis vegetarian tak makan babi pro islam jugak ke? pendek sangat la pemikiran orang macam ni.yang artis malaysia,remaja muda-mudi yang lagi banyak tonggang arak tu lagi banyak perlu dipikirkan dari nak menyokong hitler yang tak minum arak.

jadi,tujuan gua tulis hari ini untuk menunjukkan macam mana fikrah sesetengah golongan terutama yang selalu pakai kopiah dan serban dekat malaysia ni.pemikiran terlalu mudah sangat dibeli dengan nama islam.asal ada nama islam je hebat,bagus.abes dosa yang menimbun dibuat hilang macam tu saja.kalo nak dikagumkan hitler dengan keberanian atau strategi perang tak apa lah.tapi kalau sampai nak dikaitkan dengan islam ni cari lah orang lain.ramai lagi orang islam yang buleh diceritakan.