Wednesday, April 27, 2011

rakyat malaysia miskin

gua terjumpa data ni dekat malaysian insider


siapa kata orang malaysia ni hidup senang? harga barang murah lebih murah banding negara lain.mungkin harga murah,tapi untuk dapat membeli berapa banyak usaha diperlukan oleh kita? kepada yang tak paham,data tu tunjuk berapa lama masa kita perlu kerja untuk dapat beli benda tempatan atau import.

tengok la betapa susah hidup sebagai rakyat malaysia.nak beli sekilo beras kena kerja lagi teruk dari rakyat negara yang nasi bukan makanan ruji.dah kalo bukan makanan ruji,tentulah mahal ye dak? macam kita nak makan spaghetti la.mana ade sepinggan seringgit macam sepinggan nasi.

itu cerita pasal beras.kalo benda import? tengok la berapa harga kereta import dekat malaysia. berapa beza dengan negara luar.dalam data tu ada letak,orang malaysia kalo nak beli ipod kena kerja hampir 7 hari baru boleh beli,banding dengan singapore dalam 3 hari lebih.

teruk kan hidup di malaysia?

nak tau benda lagi teruk? statistik bank negara menunjukkan 20% daripada hutang isirumah adalah untuk benda yang susut nilai.teruk jugak la.

Tuesday, April 26, 2011

pembayar cukai

gua baru selesai buat e-filling.tahun lepas gua kena pcb agak banyak berbanding tahun sebelumnya.kena ribu-ribu jugak la.agak banyak duit yang gua bagi kepada kerajaan.kalau dihitung dengan teliti,nilai duit yang gua bagi kepada kerajaan bukan pcb saja.cukai servis di kedai fast food,bil telefon,astro dan macam-macam lagi.banyak sebenarnya.ikut bajet 2011,tax tu naik lagi 1%.dem.

tapi kemana duit gua tu semua pergi? kemana duit kita semua pegi?

masalah di malaysia ni,kerajaan dan surat khabar cakap tak telus.pendapatan kerajaan melalui cukai,dianggap duit kerajaan.bukan duit rakyat.pernah kita dengar menteri atau dekat parlimen bila kerajaan umumkan sesuatu projek,mereka akan katakan bajet datang dari duit rakyat.jawapannya tak.sebab tu orang kampung tak tau kemana duit service tax yang dia bayar bila makan di kfc pergi ke mana.

kalau baca atau tonton berita dari luar negara seperti uk diorang tak ada perkataan duit kerajaan.duit kerajaan disebut tax-payer money.contoh dalam satu tajuk berita dailymail uk.


tengok macam mana negara luar punya tajuk berita.tax-payer cash.kerajaan beli arak pon rakyat boleh tau pakai duit siapa.cuba bayangkan kalo utusan atau berita harian tulis macam ni.mau tak terbeliak bijik mata orang kampung? sikit-sikit baca duit rakyat kerajaan buat itu ini.contoh ada berita, tulis bik mama beli spender pakai duit pembayar cukai kahkahkah.tak pon paling terbaru,kerajaan nak buat web email 1malaysia apa bala ntah.bayar juta-juta kat kompeni yang nak lingkup.dah la tu,buat akaun emel ntah apa-apa.ade ke patut nak hantar emel kena bayar 50sen.gila ke apa?
kadang-kadang gua rasa orang barat lagi bagus dan telus dari malaysia ni.

Saturday, April 23, 2011

durian oh durian

macam biasa setiap petang jumaat gua pegi pasar malam arau.pasar malam yang gua rasa agak best la kat sini.selain makanan yang dia jual banyak jenis,awek-awek yang datang pon buleh tahan ramai.ramai pon sebab budak-budak uitm dan matrik arau.ok la tu,daripada pasar malam kokdiang yang penuh orang tua je.

lepas tongkat motor steadi-steadi tepi jalan,gua gerak masuk pasar.belah depan penuh dengan orang jual durian.awal benar durian tahun ni.yang kat umah gua tak silap baru nak berputik.dua tiga kali gua pusing pasar sambil beli benda makan.lepas gua rasa cukup benda makan gua dah redi nak balik.

ntah nafsu apa yang rasuk,gua pon tak tahu.tiba-tiba terasa nak beli durian.tapi nak beli gua tak reti.sebab selalu bapak gua yang terer beli.kalo tak beli kang,takut kempunan pulak.gua gamble.gua cari gerai yang ramai orang.kalo ramai yang membeli,mesti buah elok ye dak.sebelum gua beli,gua tengok sorang brader ni beli.brader ni suruh orang tu kopek sikit,kemudian dia tekan isi tu sikit teros dia suruh bubuh dalam plastik.

tibe giliran gua.nak bagi nampak cerdik,gua tanya dulu buah kampung ke atau kawin.kemudian,gua folo je cara brader tu.orang tu kopek,gua tengok kaler isi,tekan sikit.rasa agak-agak lembut gua ok kan saje.iblis ni memang suka rasuk gua.sebijik lagi gua suruh brader tu kopek.dua bijik saiz sedang-sedang gua bawak balik.atas moto bukan main gua teliur tak sabar nak telan durian.ada jugak pikir-pikir,esok pagi kat pasar tani nak beli pulut kuning kosong makan dengan durian.pergghhh,memang mantap.mak gua pon tak pernah buat pulut kuning durian.

sampai saja rumah,gua cepat-cepat masuk terus nak ke dapur.elok bukak plastik baru gua perasan.macam mana nak kopek? mana ade golok,parang atau pisau besar nak kopek durian? dem....lama otak genius gua pikir.teringat pulak zaman asrama dulu,bila belah kelapa belakang surau.tengok kiri,kanan gua nampak sebatang screwdriver.pelan-pelan gua cucuk durian tu.dah rupa macam nak mengukir pon ade.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
tak sampai 10minit,sebijik durian habis.aahhh,nikmat..

Thursday, April 21, 2011

fashion victims

perasan tak sekarang banyak sungguh fesyen tudung pelik-pelik? yang ada batu ladung,disco ball dan nath apa bala lagi la.tapi paling gua getik menengok yang jenis kedut-kedut.yang tak gosok tu.minggu lepas masa gua pegi kursus kawen ada sorang budak pakai.geram gua tengok.kedut-kedut,nampak selekeh benar.balik kedah gua tengok dekat tempat kerja gua pon ada yang pakai.buruk la gua tengok.dah rupe kepala singa pulak gua tengok.jap gua nak google gambar tudung tu.


haaa,kire lebih kurang macam gini la tudung tu.lemas dan rimas gua tengok.tambah pulak yang pakai muka tak buleh blah.memang lemas perut la gua tengok.

lagi satu aritu time gua berjalan kat shah alam,jumpa pulak tudung yang pesen-pesen ada bubuh klip ke ntah apa benda besar-besar pulak.pelik la.gua tengok dah rupa piring astro pon ada.haisshh,macam-macam orang sekarang ni.

gua bukan ambik kisah sangat fesyen-fesyen ni.tapi tolong la kepada yang rasa nak cantik sangat tu.tak usah la nak buat benda pelik-pelik.pakai tudung biasa-biasa tu pon dah elok.muka tu kalo dah cantek,pakai tudung pegi pasar pon cantik.tak payah la nak gantung-gantung batu ladung ke,piring astro ke kat atas kepala tu.lagi satu niat pakai tudung kena betol.sekarang dah pelik-pelik fesyennye,orang mula pakai tudung sebab fesyen.bukan lagi sebab kewajipan dari tuhan.
yang penting kalo niat elok,elok la rupe tu.

Tuesday, April 19, 2011

hiatus

walaupon gua ni selalu cari pasal,komplen sana sini.suka-suka marah dan pikir diri ni sentiasa betol.jenis degil tak nak ikut arahan.tak pon buat kerja ikut kepala sendiri.

tapi kadang-kadang gua rasa otak gua ni genius dan ekselen jugak.memang sangat boleh di pakai.

ok.gua memang tengah megepek.masih penat mencatur kehidupan beberapa hari ni.

Monday, April 11, 2011

Saturday, April 9, 2011

cheapskate!

tadi gua selak tempat sangkut baju gua.bujang-bujang macam gua mana reti nak lipat baju.semua baju sangkut je pakai hanger.tshirt bodoh ke,kemeja kerja ke,semua gua sangkut.satu pon takde yang berlipat.jadi tadi lepas mandi gua selak cari baju nak pakai malam ni.

gua selak satu-satu.setiap baju gua peratikan.gua tengok,selama dah kerja dekat 3 tahun tak sampai 10 helai baju gua beli untuk pakai pegi kerja.gua masih pakai baju yang dibeli masa form 3 atau form 4 pegi kerja.tapi, kebanyakan baju pegi kerja semua sama yang gua pakai pegi kelas masa kat um dulu.

sama jugak dengan seluar.gua masih pakai seluar yang gua beli masa form 4.nampak sangat gua tak membesar.gua jugak masih pakai 2-3helai seluar yang gua beli kat bundle masa belajar dulu.yang gua beli masa dah kerja cuma 3helai.

kasut dengan stokin jangan cerita la.kasut kerja gua tak pernah tukar.masih pakai kasut yang gua beli untuk first interview dulu.stokin gua semua dah berlubang.tak pernah gua rasa nak tukar.

bila gua pikir,dari segi pemakaian pegi kerja gua tak ubah macam haji bakhil.seriyes selama ni gua tak perasan.mungkin sebab opis gua langsung takde awek,cuma ada golongan makcik-makcik jadi penampilan tak penting bagi gua.hahaha..

Thursday, April 7, 2011

setelah 9 tahun

setelah 9 tahun gua tinggalkan sekolah.minggu ni gua dapat merasa balik tido dalam dorm.tido katil double decker hitam macam katil sekolah.malam takde hiburan tivi.kena kawad kaki.bangun sebelum azan subuh.cukup time kena tutup lampu.

cuma yang takde scene fly pegi kedai snuker,dan hisap rokok lepas waktu padam lampu.kalo tak memang complete hidup macam kat asrama dulu.

kursus cuma empat hari.tapi gua dah tak sanggup nak duduk macam tu lama lagi.kalo dipikirkan apa benda yang seronok duduk asrama dulu? gila hebat boleh tahan 5 tahun hidup macam tu..

dah la gua penat.nak cover balik tido gua yang xcukup.

Sunday, April 3, 2011

movie:into the wild

dulu masa belajar,dalam rumah sewa gua ada sorang tukang donlod movie.dari dia, gua ada belajar sikit macam mana nak donlod, pilih mana satu, size yang sedap dan subtitle nak cari mana.sejak internet gua laju,gua ada ketagihan baru.medonlod movie untuk gua tengok masa boring.

sampai hari ni stok movie gua dah berlambak.yang tak tengok lagi pon ada banyak lagi.sebab gua tak sempat nak tengok atau masa tengok gua tengok terlelap.

gua suka movie yang berunsur biography.atau yang based on the true story.sebab bagi gua cerita-cerita terutama yang fantasi tu menipu.gua tak buleh terima.

anatara movie biography sedap tajuk 'Into the wild'.cerita tentang Christopher Mccandless (Alex Supertramp) yang mengembara ke alaska untuk hidup dalam keadaan bebas dalam hutan.bebas daripada masalah masyarakat macam duit,keluarga dan macam-macam lagi.keberanian dan kesanggupan dia untuk 'live free' membuatkan gua respek.gila apa,lepaskan duit,tak bawak apa menjelajah untuk hidup dalam hutan.kalo gua tak sanggup berjalan dari kokdiang ni untuk hidup sorang-sorang dalam hutan endau-rompin.

selain gua punya admiration of his courage tahap tinggi, movie ni jugak ada banyak lagu sedap. tambah lagi dengan suara eddie vedder.memang perfect.gua letak satu lagu daripada filem tu.society! society!