Friday, April 27, 2012

impian semasa kanak-kanak

masa kecik dulu especially ketika sekolah rendah gua tak dapat mostly apa-apa yang kawan gua ada.macam video game,kereta control,kereta dashankuro cap tamiya dan lain-lain lagi.ini disebabkan masa tu bapak gua tak kaya macam sekarang.yela,masa gua sekolah rendah bapak gua masih kerja dengan gomen dan adik beradik gua pon banyak masih sekolah.so gua tak boleh la nak mintak benda-benda yang mahal dan kurang berfaedah tu,

salah satu benda yang gua tak dapat masa sekolah rendah dulu ialah basikal mountain bike.sekitar gua darjah 4 scene basikal mountain bike atau time tu dipanggil basikal gear tengah up.ramai jugak member gua yang mana bapak kaya-kaya pegi sekolah datang dengan basikal Lerun.gear buleh tukar-tukar.gua? bapak gua belikan jugak basikal.tapi basikal mini saje.cap nishiki.ala basikal yang makcik-makcik naik gi pasar tu.

jadinye masa pegi dan balik sekolah,gua terliur jela tengok budak-budak lain bawak basikal mahal.nak mintak bapak gua belikan sure tak kan dapat.tapi setengah budak yang senasib dengan gua ade jugak yang kreatif.dorang tukar handle,tambah gear bagi jadi macam mountain bike.sampai la abis sekolah niat dan keinginan untuk bawak mountain bike terkubur macam tu saja.

sejak gua dah kerja,gua banyak membeli atau membuat balik benda yang gua tak dapat masa kecik dulu.yela gua dah berduit sekarang.memandangkan scene berbasikal semakin up sejak 1-2 tahun ni, keinginan nak basikal tu ada balik.3 minggu lepas bila member gua bawak pegi ke gudang distributor raleigh untuk survey,gua punya keinginan makin membuak-buak.tambah pulak harga kat situ lebih murah dari yang dijual kat kedai.

jadi petang tadi,selepas bersabar dari umur 10tahun,gua terus gi gudang tu.semalam gua dah test ride semua basikal.dengan bajet gua bawah seribu.target gua cuma nak kayuh petang-petang lepas balik kerja.bukan nak gi off road apa semua tu.bila gua study sikit kat internet,jadi gua terus angkat basikal macam kat bawah ni.


gua beli kaler puteh/hitam.kalo ikut harga market dalam RM1300-1400.tapi gua dapat below RM1000.ok la.tapi yang penting apa yang gua nak masa kecik dulu dah dapat hari ni.lepas ni takde dah la gua tidur-tidur sebelum maghrib lepas balik kerja.

next gua ingat nak beli ps tak pon remote control car pulak lah.

Wednesday, April 18, 2012

perihal PTPTN

sebagai seorang bekas student yang mengambil pinjaman ptptn gua tak bersetuju dengan penghapusan ptptn.tapi gua sokong pendidikan percuma dan penghapusan interest ptptn.

point pertama gua mengenai tak setuju tentang penghapusan ptptn ialah duit yang dipinjam itu ialah taxpayer money.kenapa nak habiskan duit pembayar cukai begitu saja? gua bagi contoh masa gua belajar dulu.satu semester gua dapat RM3,500.tolak yuran apa semua,bersih gua dapat dalam RM2,000.dengan RM2,000 tula gua bayar duit sewa rumah,minyak motor,tengok wayang setiap jumaat dengan wife dan beli top up.jadi, kenapa taxpayer money perlu digunakan untuk bayar duit tiket wayang gua,minyak motor,duit topup dan benda lain? itu dah kira salah.jadi sebab tu gua tak setuju dengan penghapusan ptptn sebab ia macam berdosa sebab guna duit rakyat bukan untuk rakyat.sama la macam kes nfc,rosmah beli cincin dan apa semua tu.

tapi yang gua sokong kalau diberi pendidikan percuma kepada semua peringkat.bagi pendapat gua, kesihatan dan pendidikan adalah perkara asas yang perlu disediakan oleh kerajaan sesebuah negara.sebab ia sebagai satu konsep pelaburan.bila negara ada penduduk yang sehat dan berpendidikan,rakyat tersebut yang akan menjana ekonomi negara tu balik.

sebagai bekas student,gua tahu kenapa student sangat marah dengan ptptn.student marah kerana perlu membayar balik 4% lebih daripada jumlah yang dipinjam.dan 4% tu akan dikira setiap tahun berdasarkan baki pinjaman.kalo check dalam penyata ia terletak dibawah kos pentadbiran.gua bayar ptptn sejak mula kerja setiap bulan walaupon kadang-kdang miss.tetapi lu orang tahu,even dah dua tahun lebih gua bayar,kos pentadbiran pon tak lepas-lepas lagi.demotivate tau gua nak bayar.itu yang membebankan.

itu cerita gua yang mampu bayar.tapi yang tak berapa mampu? penat siak.macam kena bayar hutang along pulak kadang-kadang gua rasa.tak bayar kang,kena blacklist pulak.

jadi kalo nak hapuskan ptptn boleh,tapi cuma hapuskan pinjaman yang bahagian bayar yuran saja.yang lebihan pinjaman untuk tengok wayang,makan,berak,karaoke,futsal, dan macam-macam lagi yang tu wajib dibayar balik.aiseh,lu orang dah seronok-seronok takkan nak free.itu duit pembayar cukai.lagipon,itu duit gua la woih! gua bayar cukai.

Tuesday, April 17, 2012

bersantai sekitar kota kinabalu

benda terbaik dan paling seronok untuk dilakukan di kota kinabalu selain dari makan seafood ialah pergi ke pulau.memang dari sebelum pegi lagi gua dengan wife perlu pilih sama ada nak pegi ke area gunung kinabalu/kundasang atau pegi island hopping.dalam kepala gua memang straight away nak ke pulau.

tapi hujan lebat masa touch down memang melemahkan semangat nak ke pulau.gua punya berharap kejadian bercuti pahang dan terengganu tak berulang.alhamdullilah,pagi kedua tu matahari secerah-cerahnya,pukul 7 kami dah gerak ke jesselton point.jeti nak ke pulau.

dengan bersemangat berjalan kaki 2km,kami terus tempah tiket,snorkling punye barang dan pegi ke dua pulau.manukan dan mamutik.bila sampai ke pulau je.perrgghhh,first time in my life gua tengok air laut crystal clear macam tu.tak le mcm laut penang,nampak obor-obor je.walaupon manukan dan mamutik ni tak secantik sipadan tapi air,pantai dan ikan di pulau ni memang memberi satu kepuasan.

dekat pulau ni la buat pertama kalinya gua snorkling and berenang bersama-sama dengan wife.gua memang enjoy snorkling.tengok ikan,tengok coral.sampai gua rasa macam nak berenang sambil bercakap dengan ikan-ikan.
Jesselton point-jeti naik bot.
crystal clear water.
pasir putih dan biru laut.perfect.
boleh nampak beza tone kaler air.
snorkleing!!

ke sabah adalah satu pengalaman yang memang menyeronokan.somehow gua dah jatuh cinta dengan kecantikan alam sabah.itu baru gi pulau.belum gi kundasang dan merata lagik lagi.before balik kl,gua sempat kata kat waifu kita kena datang balik ke sabah.

dalam banyak benda kat sabah,satu benda yang gua rasa nak cari balik kat semenanjung ni.tak pernah gua dengar atau jumpa benda ni kat semenanjung.dekat murni atau william pon tak pernah ada.benda yang gua cerita ni ialah roti cobra!

benda ni adalah roti canai + telur mata kerbau (kuning cair) + kari daging/ayam kuah pekat (stail mamak) + sayur kacang (saute).bila makan dia,perghhhh dia punya pegi.cuba bayangkan telur kuning lembik,jatuh atas roti canai campur pulak dengan kuah kari daging pekat.ambik daging seketul, pastu masuk mulut kunyah.mak aih dia punya feeling.tobat gua tengah kecur air liur ni.

dah gua lapar.

Wednesday, April 11, 2012

berjalan sekitar kota kinabalu

jumaat hingga ahad lepas,gua dengan waifu pegi bercuti ke sabah.kota kinabalu lebih tepat.percutian kali ini adalah yang paling best bandingkan masa pegi kuantan dan terengganu sebelum ni.

apa yang gua paling syok bercuti kali ni ialah sebab kami berdua pegi cuti main redah je.takde plan sangat,yang cuma diplan awal adalah tempah hotel,sebab kang nak walk in,full house nak tido mana la pulak.ini kali pertama kami berdua ke sabah.

kami stay dekat kampung air.kampung air ni sangat la strategik tempat dia.sebab semuanya in walking distance orang cakap.pasar filipina,pasar ikan masin,jesselton point,gaya street market dan shopping complex.semua buleh pegi dengan berjalan kaki saja.gua memang jenis tak kesah berjalan kaki 2-3km,dan apa yang buat lagi enjoy ialah my wife pon tak kesah untuk berjalan kaki bersama.

the best thing bila berjalan kaki,kita buleh tengok macam-macam.tepi jalan,celah lorong,dalam bangunan dan macam-macam lagi.masa berjalan jugak kita buleh menikmati street food.we love street food.terutama kueh-kueh tempatan.sebab tula agaknya tourist suka berjalan kaki instead of sewa kereta or naik transport.

di area kami stay ni,ada banyak pasar malam.pasar pulak ada setiap hari.tapi mostly jual benda-benda la,bukan food.benda paling banyak dijual,tak lain la mutiara.terlalu banyak orang jual mutiara.pasar paling best ialah pasar filipina.sebagai seorang penggemar seafood,pasar ni memang buat gua terliur.macam-macam ikan dengan harga yang agak murah.berhampiran pasar ade pulak gerai ikan bakar.perghh,memang terliur.memandangkan harga yang murah,setiap malam makan kat situ.kami berdua makan ikan jenahak,susu,kerapu,lobster,udang,sotong,umai,kerabu seaweed dan air paling sedap jus avokado.

pasar jual ikan.ikan tuna tu.

lobster for dinner.tengok saiz udang tu.besar!

pasar depan hotel

benda paling feymes disini.pearl.

street art.bila berjalan kaki je boleh perasan benda-benda macam ni.

gaya street market.penjual kat market ini sangat simple.

street food!.salah satu kueh yang dijual ditepi jalan.

selain berjalan-jalan sekitar kk.gua dan waifu jugak ke pulau untuk snorkling dan berenang-renang.tapi nanti la gua tulis lain.