Wednesday, April 11, 2012

berjalan sekitar kota kinabalu

jumaat hingga ahad lepas,gua dengan waifu pegi bercuti ke sabah.kota kinabalu lebih tepat.percutian kali ini adalah yang paling best bandingkan masa pegi kuantan dan terengganu sebelum ni.

apa yang gua paling syok bercuti kali ni ialah sebab kami berdua pegi cuti main redah je.takde plan sangat,yang cuma diplan awal adalah tempah hotel,sebab kang nak walk in,full house nak tido mana la pulak.ini kali pertama kami berdua ke sabah.

kami stay dekat kampung air.kampung air ni sangat la strategik tempat dia.sebab semuanya in walking distance orang cakap.pasar filipina,pasar ikan masin,jesselton point,gaya street market dan shopping complex.semua buleh pegi dengan berjalan kaki saja.gua memang jenis tak kesah berjalan kaki 2-3km,dan apa yang buat lagi enjoy ialah my wife pon tak kesah untuk berjalan kaki bersama.

the best thing bila berjalan kaki,kita buleh tengok macam-macam.tepi jalan,celah lorong,dalam bangunan dan macam-macam lagi.masa berjalan jugak kita buleh menikmati street food.we love street food.terutama kueh-kueh tempatan.sebab tula agaknya tourist suka berjalan kaki instead of sewa kereta or naik transport.

di area kami stay ni,ada banyak pasar malam.pasar pulak ada setiap hari.tapi mostly jual benda-benda la,bukan food.benda paling banyak dijual,tak lain la mutiara.terlalu banyak orang jual mutiara.pasar paling best ialah pasar filipina.sebagai seorang penggemar seafood,pasar ni memang buat gua terliur.macam-macam ikan dengan harga yang agak murah.berhampiran pasar ade pulak gerai ikan bakar.perghh,memang terliur.memandangkan harga yang murah,setiap malam makan kat situ.kami berdua makan ikan jenahak,susu,kerapu,lobster,udang,sotong,umai,kerabu seaweed dan air paling sedap jus avokado.

pasar jual ikan.ikan tuna tu.

lobster for dinner.tengok saiz udang tu.besar!

pasar depan hotel

benda paling feymes disini.pearl.

street art.bila berjalan kaki je boleh perasan benda-benda macam ni.

gaya street market.penjual kat market ini sangat simple.

street food!.salah satu kueh yang dijual ditepi jalan.

selain berjalan-jalan sekitar kk.gua dan waifu jugak ke pulau untuk snorkling dan berenang-renang.tapi nanti la gua tulis lain.

No comments:

Post a Comment