Sunday, July 31, 2011

sehari sebelum puasa

semalam (sabtu),gua datang keje.
chargeman gua cakap,tengok anak bulan hari ini (sabtu).
kalo nampak anak bulan ahad mula pose.

malam tadi terasa macam tak tengok pengumuman pose.
pagi ni berdebor gua nak makan coklat dalam kereta.
takut arini pose.

'selamat berpose kepada semua.'

Saturday, July 23, 2011

pengalaman meniaga karnival usahawan

semalam secara volunteer gua pegi meniaga beras di karnival usahawan jerlun kat alor biak,sungai korok.selalu takde mende nak buat tengah hari jumaat.sebab tu secara sukarela gua pegi menjaga booth biro ekonomi, kelab kompeni.kitaorang jual beras dengan produk koperasi kakitangan kompeni gua.sambil menjaga,buleh la jugak cuci mata tengok awek.

disebabkan semalam hari pertama karnival tersebut,majlis perasmian turut diadakan hari yang sama.kalo ikut yang rasmi menteri miti,mustafa mohamad.turut datang mukhriz mahathir.

jadi disebabkan semalam majlis perasmian,maka ramai la datuk-datuk,datin-datin,datuk wannabe,datuk yang beli title sendiri,bekas-bekas ahli politik,dan macam-macam lagi.memang ramai golongan meleis-meleis yang macam tu datang.kebanyakan datang dari kl,sebab gaya cakap langsung tak bunyi macam makcik-makcik dok pida bercakap.

sepanjang menjaga booth,golongan-golongan ni la yang paling wtf.yang paling gua geram,sebab ada yang belagak tak tentu pasal.ada yang belagak kaya,tapi kedekut.

ada sorang datuk gua tak silap,datang booth.dengan belagak,dia cakap.'saya datang nak beli semua beras.basmathi ke apa semua saya nak beli.tapi boleh dapat murah tak? sebab selalu kalo saya gi hq korang selalu dapat murah'.wth,dah la belagak kaya.pastu nak murah.ada lagi sorang datang 'saya kenal dengan md korang.selalu kalo pegi jumpa dia,selalu bagi murah'.ini lagi bangsat,dasar nak murah jual nama.ingat gua nak percaya ke?

ada sorang pulak,belagak pandai.diri terasa nak beli beras perang.tapi nak mintak murah,sebab katanya 'beras perang dah tak payah polish,kurang satu proses patut lagi murah'.gua pon balas,'beras perang ni memang tak polish.mahal sebab ada selaput dedak tak dibuang.sebab tu mahal,harga beras campur dedak'.'eh,bukan dedak kulit padi yang kita buang tu ke?'.'kulit tu sekam,bukan dedak'.

ini la yang buat gua geram dengan golongan datuk,datuk wannabe,meleis ni.belagak tak tentu pasal.pakai bukan main,semua jenama.tapi bila nak beli barang yang tak buleh menayang,semua nak murah.tak murah,nak free.nak beli benda berkhasiat punya berkire,tapi beli rokok dunhill mahal tak pulak berkira.

orang kampung,orang biasa datang masuk booth langsung takde nak mintak murah ke,apa ke.elok je datang beli dengan harga yang kitaorang letak.sebab tula gua tak suka golongan datuk-datuk,dan datuk-datuk wannabe ni.belagak,kedekut tak bertempat.

Friday, July 22, 2011

benda gua paling benci di kodiang setakat ini

kalo korang drive malam-malam dekat area kokdiang ni,terutama dekat jalan-jalan pida mesti lu banyak maki.bukan sebab ada hantu,bukan sebab ada road block,atau bukan sebab banyak lampu isyarat.

tapi banyak taik.tapi bukan taik najis.taik-taik yang bawak motor takde lampu.bukan sorang dua,tapi banyak terutama area jam 8-9 malam.jalan pida dah la takde lampu jalan yang banyak.memang bahaya.lagi bahaya jenis yang motor jenis pakej laampu belakang dan depan takde.memang macam celaka.nak lagi taik,bawak moto pulak macam orang mabuk.sekejap ke tepi,sekejap ketengah.bukan setakat orang muda,tapi selalu banyak orang tua.kang kalo nak hon,takut kang lemah jantung pulak.tertekan betol drive dekat sini.apa,lu orang ingat drive kat kampung ni tak tertekan ke macam drive dekat kl yang banyak jem?

oh,yang tak tau jalan pida tu apa.jalan kampung antara satu tali air dengan yang lain.ahh,lu orang datang la sendiri drive kat sini.

Monday, July 18, 2011

pengalaman exam ptd kali kedua

sabtu lepas gua pegi ambik exam ptd M41.mula-mula memang malas nak pegi jawab,tapi memandangkan bosan tak tau nak buat apa sabtu lepas,gua pon pegi.pagi-pagi dah pecut ke sekolah convent light street.kat tanjung tu.tapi berbekalkan keazaman nak kerja dengan kementerian rosmah mansor,pukul 730 gua dah gerak.

berbanding tahun lepas,tahun ni sepatah haram gua tak baca apa.kot keluar soalan tanya nama menteri pon gua belum kompom buleh jawab.

menjawab soalan paper pertama memang celaka dia punya soalan.macam-macam singkatan projek kerajaan yang keluar.NKEA,ETP,NKRA dan apa benda lagi lah.banyak benar la projek kerajaan ni.selepas jawab,gua terpikir kenapa terlalu banyak yang kerajaan nak buat,tapi langsung takde kesan pon kepada rakyat marhein macam kita ni.yang kita tau,harga barang makin mahal dan gaji tetap sama.

yang menarik perhatian ialah bila tiba soalan esei.dalam esei bahasa melayu gua pilih tajuk setuju tak malaysia nak pakai tenaga nuklear.cubaan tak mau mengutuk kerajaan dalam esei macam tahun lepas tak jadi.terpaksa kutuk jugak,at least orang yang mark paper tu tau pemikiran rakyat berpelajaran macam gua.gila apa malaysia nak pakai nuklear.buat stadium pon runtuh,buat bangunan siling buleh jatuh,paip pecah,ada hati nak pakai nuklear.gila.nak bagi malaysia jadi chernobyl ke.lebih kurang gitu la isi karangan gua.

datang pulak esei bahasa inggeris,gua pilih tajuk kesan teknologi dan komunikasi.sekali lagi gua nak elak tak kutuk kerajaan dengan bagi isi macam budak dah tak aktif,industri kecil buleh maju dan macam-macam lagi.tapi tak buleh jugak,terpaksa kutuk.gua tulis,kemajuan teknologi ni buat menteri-menteri jadi bangang.contoh,dia kata masa bersih polis tak tembak hospital.tapi kat youtube ada tunjuk hospital kena tembak.penipu kan?

berdasarkan jawapan exam ni,gua tak harap la buleh lulus.apa yang gua tulis ialah pemikiran sendiri.lagipon,betul apa benda yang gua tulis.

Wednesday, July 13, 2011

room for error

manusia sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan.tuhan beri nama kita insan,yang membawa erti lupa.jadi membuat salah,lupa,dan melakukan salah sekali lagi adalah fitrah seorang insan.

jadi kenapa langsung tiada ruang untuk orang lain melakukan kesalahan?

kita semua bukan maksum,bebas dari dosa dan kesalahan.

jangan terlalu ghairah menghukum orang yang melakukan kesalahan.kerana bila tiba giliran kita melakukan kesalahan,dari orang itu juga kita mohon belas ihsan.

~gua menulis ni sebab ada cerita tentang manager collapsed selepas dihentam dalam satu stressful meeting.katanya strok dan masuk icu.

Tuesday, July 12, 2011

humanity values

dua hari ni gua banyak menonton video tentang bersih kat youtube.menonton dan melihat sendiri benda-benda yang banyak disebut.macam tindakan ganas polis,tembakan ke hospital,geng patriot kena tahan tapi tak kena gari,dan macam-macam la.

tapi dalam banyak-banyak video,video kat bawah ni buat hati gua jadi sayu terutama yang part orang sakit separa mati tapi polis tak tolong tu.

it is hideous thing to watch.shock.tak sangka dalam sebuah negara yang konon penuh dengan adab dan sopan,how can benda ni buleh terjadi.kita ni walaupon berbeza pendapat,ideologi,tapi bila terjadi perkara yang berkaitan hidup mati,tolong tolak semua perbezaan tu.nyawa bukan buleh dijual beli.seriyes terasa nak menitik air mata gua tengok.

lagi satu,gua memang anti dengan orang yang suka menengking.gua tau lu buat keje,tapi kenapa perlu tengking? nak bagi nampak garang? menengking ni perangai buruk tau dak? lu cakap elok-elok tak buleh ke.



kat sini sekadar nak kongsi apa yang gua rasa.malaysia ni konon negara baik.tsunami,gempa bumi,palestin semua kita nak tolong.tapi bila jadi macam ni dekat negara sendiri.apa orang luar pikir bila tengok? tapi serius la,gua memang sedih tengok video ni.

"Most of us only care about money makin'
Selfishness got us followin' our wrong direction
Wrong information always shown by the media
Negative images is the main criteria
Infecting the young minds faster than bacteria
Kids wanna act like what they see in the cinema
Yo', whatever happened to the values of humanity
Whatever happened to the fairness in equality
Instead of spreading love we're spreading animosity
Lack of understanding, leading lives away from unity" - B.E.P (Where Is The Love)

Monday, July 11, 2011

selepas 9 julai

benda paling lawak ialah buletin utama.benda paling kelakar ialah utusan malaysia.semua ni laughing stock malaysia.tulis berita macam tulis cerita hiburan.semua nak di spin.antara benda-benda lawak yang gua jumpa masa wikend bersih.

'hanya 6000 sertai himpunan bersih' ketua polis negara.

'peniaga kerugian RM100 juta kerana perhimpunan bersih'

Braheng ali hangat-hangat tahi katak.Patriot ramai gagal dtg sbb x cukup bajet. plg ramai turun geng silat tp tak nmpk sbb pakai ilmu ghaib..'isham rais

tapi yang paling kelakar ialah pic bawah ni...


kah,kah,kah....


daripada apa yang dibaca,dan dari youtube yang banyak gua tengok.kesimpulannya kerajaan tak berjaya untuk menawan undi orang muda atas pagar macam gua ni.sebabnya,they look stupid dengan cara diorang.banyak putar alam,sedangkan bukti semua dah tunjuk sebaliknya.

lagi satu,diorang masih tak sedar ke sekarang zaman internet.dah tak buleh nak menipu macam dulu.cuba jadi cerdik sikit...

Monday, July 4, 2011

hasil kerja utama

minggu lepas dekat fesbuk,ada kawan masa kat u dulu tulis status.dia bangga bila tengok arm rest untuk myvi baru tu hasil drawing dia.lebih kurang macam tu la.sebab dia ada letak sekali cad drawing arm rest tu.

memang macam tu la rasa bila kita produce sumthing, orang lain dapat guna.itulah kepuasan bila jadi injineer.

status yang dia tulis tu buat gua terpikir.gua patut lagi berbangga.perot orang malaysia adalah hasil kerja gua.ada yang gemok,kurus,yang berlipat,lemak berlebihan.ada pulak yang sampai nak makan bersila letak pinggan atas lantai pon tak boleh.tapi kes yang lagi seram,ada yang nak berak bertenggong pon tak boleh.

semua tu sebab gua buat beras.semua perot malaysia makan nasik kecuali ada member gua masa asasi dulu tak makan nasik sebab dia bayang nasik tu macam ulat.heh,gua patut seribu kali ganda bangga.