Saturday, July 23, 2011

pengalaman meniaga karnival usahawan

semalam secara volunteer gua pegi meniaga beras di karnival usahawan jerlun kat alor biak,sungai korok.selalu takde mende nak buat tengah hari jumaat.sebab tu secara sukarela gua pegi menjaga booth biro ekonomi, kelab kompeni.kitaorang jual beras dengan produk koperasi kakitangan kompeni gua.sambil menjaga,buleh la jugak cuci mata tengok awek.

disebabkan semalam hari pertama karnival tersebut,majlis perasmian turut diadakan hari yang sama.kalo ikut yang rasmi menteri miti,mustafa mohamad.turut datang mukhriz mahathir.

jadi disebabkan semalam majlis perasmian,maka ramai la datuk-datuk,datin-datin,datuk wannabe,datuk yang beli title sendiri,bekas-bekas ahli politik,dan macam-macam lagi.memang ramai golongan meleis-meleis yang macam tu datang.kebanyakan datang dari kl,sebab gaya cakap langsung tak bunyi macam makcik-makcik dok pida bercakap.

sepanjang menjaga booth,golongan-golongan ni la yang paling wtf.yang paling gua geram,sebab ada yang belagak tak tentu pasal.ada yang belagak kaya,tapi kedekut.

ada sorang datuk gua tak silap,datang booth.dengan belagak,dia cakap.'saya datang nak beli semua beras.basmathi ke apa semua saya nak beli.tapi boleh dapat murah tak? sebab selalu kalo saya gi hq korang selalu dapat murah'.wth,dah la belagak kaya.pastu nak murah.ada lagi sorang datang 'saya kenal dengan md korang.selalu kalo pegi jumpa dia,selalu bagi murah'.ini lagi bangsat,dasar nak murah jual nama.ingat gua nak percaya ke?

ada sorang pulak,belagak pandai.diri terasa nak beli beras perang.tapi nak mintak murah,sebab katanya 'beras perang dah tak payah polish,kurang satu proses patut lagi murah'.gua pon balas,'beras perang ni memang tak polish.mahal sebab ada selaput dedak tak dibuang.sebab tu mahal,harga beras campur dedak'.'eh,bukan dedak kulit padi yang kita buang tu ke?'.'kulit tu sekam,bukan dedak'.

ini la yang buat gua geram dengan golongan datuk,datuk wannabe,meleis ni.belagak tak tentu pasal.pakai bukan main,semua jenama.tapi bila nak beli barang yang tak buleh menayang,semua nak murah.tak murah,nak free.nak beli benda berkhasiat punya berkire,tapi beli rokok dunhill mahal tak pulak berkira.

orang kampung,orang biasa datang masuk booth langsung takde nak mintak murah ke,apa ke.elok je datang beli dengan harga yang kitaorang letak.sebab tula gua tak suka golongan datuk-datuk,dan datuk-datuk wannabe ni.belagak,kedekut tak bertempat.

No comments:

Post a Comment