Monday, July 18, 2011

pengalaman exam ptd kali kedua

sabtu lepas gua pegi ambik exam ptd M41.mula-mula memang malas nak pegi jawab,tapi memandangkan bosan tak tau nak buat apa sabtu lepas,gua pon pegi.pagi-pagi dah pecut ke sekolah convent light street.kat tanjung tu.tapi berbekalkan keazaman nak kerja dengan kementerian rosmah mansor,pukul 730 gua dah gerak.

berbanding tahun lepas,tahun ni sepatah haram gua tak baca apa.kot keluar soalan tanya nama menteri pon gua belum kompom buleh jawab.

menjawab soalan paper pertama memang celaka dia punya soalan.macam-macam singkatan projek kerajaan yang keluar.NKEA,ETP,NKRA dan apa benda lagi lah.banyak benar la projek kerajaan ni.selepas jawab,gua terpikir kenapa terlalu banyak yang kerajaan nak buat,tapi langsung takde kesan pon kepada rakyat marhein macam kita ni.yang kita tau,harga barang makin mahal dan gaji tetap sama.

yang menarik perhatian ialah bila tiba soalan esei.dalam esei bahasa melayu gua pilih tajuk setuju tak malaysia nak pakai tenaga nuklear.cubaan tak mau mengutuk kerajaan dalam esei macam tahun lepas tak jadi.terpaksa kutuk jugak,at least orang yang mark paper tu tau pemikiran rakyat berpelajaran macam gua.gila apa malaysia nak pakai nuklear.buat stadium pon runtuh,buat bangunan siling buleh jatuh,paip pecah,ada hati nak pakai nuklear.gila.nak bagi malaysia jadi chernobyl ke.lebih kurang gitu la isi karangan gua.

datang pulak esei bahasa inggeris,gua pilih tajuk kesan teknologi dan komunikasi.sekali lagi gua nak elak tak kutuk kerajaan dengan bagi isi macam budak dah tak aktif,industri kecil buleh maju dan macam-macam lagi.tapi tak buleh jugak,terpaksa kutuk.gua tulis,kemajuan teknologi ni buat menteri-menteri jadi bangang.contoh,dia kata masa bersih polis tak tembak hospital.tapi kat youtube ada tunjuk hospital kena tembak.penipu kan?

berdasarkan jawapan exam ni,gua tak harap la buleh lulus.apa yang gua tulis ialah pemikiran sendiri.lagipon,betul apa benda yang gua tulis.

No comments:

Post a Comment