Wednesday, November 10, 2010

thank you 20legend



thank you ole for all your 126 goals.for wait patiently on bench.for creating supersub role.and above all for 'that goal' in nou camp 99.for the treble.thank you.come home soon,ole.

"and solksjaer has won it"- i still got the goose bump bila tengok 'that goal' berulang kali kat youtube...

Tuesday, November 9, 2010

AC Mizal dengan gelang yang buleh menyihatkan badan

itu hari masa gua kursus dekat penang dengan bekas director GLC tu,kami terpikir tentang satu persoalan.how on earth AC Mizal buleh beli kereta bentley?.ini kerana tuan director tu pon ada kereta bentley,dan kalo ikut kata dia kalo buat loan nak beli bentley,monthly installment at least RM9k selama 9 tahun.tapi macam mana AC Mizal yang baru start kompeni buleh beli bentley sebijik.tuan director tu takpe la,ada firm saham yang modal saje dah RM 33 juta.

tapi tadi tengah gua online cari pasal ogsm untuk buat presentation,gua buleh terjumpe pulak blog Aidid Mu'addib ni.akhirnya terjawab macam mana AC Mizal buleh beli bentley yang harga RM1 juta tu.bila gua baca,dengan komen-komen gua tergelak.terasa macam bodoh benar bangsa melayu ni.yang susah nak kaya cepat,yang kaya nak menipu.menipu pulak yang susah ni.paling bangang dah la nak menipu,letak pulak ayat ultramelayu nak tolong bangsa.wadefak.

kepada AC Mizal,nak bisnes elok-elok la.serius.ini maen kopipes je.bulat-bulat pulak tu.ape bodoh benar.



tengok,sebijik-sebijik perkataan diorang kopipes.ini bisnes seorang badut.menurut blog aidid tu lagi harga sebenar gelang tu cuma USD25 tapi kat sini diorang jual RM1000.kalo ikut skim bisnes dia pulak pulangan 43%.tengok la macam mana ultramelayu ni menipu.memang la buleh dapat 43% kalo dah jual harga berlipat kali ganda dari harga modal.kalo ikut fesbuk dia kata kos laen tak kire lagi.bongok la,kos lu bukan kos untuk satu gelang.lu beli dalam bundle,jadi bahagi-bahagi balik berapa la sangat kos-kos tu.

dan bila baca komen-komen pulak ada jugak yang menyokong.yang menyokong ni gua tak tau la dalam otak diorang dok pikir ape.benda ni logik akal je.lu jual gelang tak sampai 3 tahun,tapi dah buleh pakai bentley.mana lu cekau duit.dah tu,siap menayang-nayang lagi.yang bingai-bingai ni pon apa lagi,hari-hari berangan nak beli bentley.paling gua geli,bila ada penyokong siap bagi gelaran dato' kat AC.shit ah.lu tipu melayu lu nak bagi dato'.

tapi yang gua paling geram bila nak libatkan dengan alquran.melayu ni,bila nak menipu suka benar pakai alquran.kenapa? ooo,dalam bisnes baru nak rujuk-rujuk quran.dalam hal-hal lain takde la pulak nak bukak alquran.dah la lu menipu.lepas tu menyusahkan melayu lain pulak.nak masuk bisnes dia siap buleh bagi pinjaman.gua percaya,melayu yang otak senteng dia akan buat pinjaman.gua ada pengalaman.ada member gua,sanggup menipu kata keluarga kena bencana pastu nak pinjam duit.tapi bila dah masuk bisnes siap bulih beli kereta.sampai hari ini hutang pon tak bayar lagi.ada ke dalam alquran ajar macam tu?

kepada orang melayu,jangan la nak pikir cepat kaya je.bumi allah ni luas,rezeki ada mana-mana.carilah.itu yang tuhan ajar kita.banyak mana yang kita usaha,banyak tu la kita dapat.jangan pikir nak kaya cepat.kepada manusia macam aidid ni,keep on.tolong bukak lagi cerita pasal-pasal MLM yang banyak sangat menipu orang melayu.

#update:gua tengok dari tengah hari tadi beriya-iya orang serbu fesbuk ac mizal mintak explaination.siap ada grup anti dia.lagi banyak menipu,siap sangkut dengan mark&spencer dan maybank.lu orang nak join kutuk pegi r.gua malas.yang menjawab tu macam bengap.mintak penjelasan dok putar alam.

Sunday, November 7, 2010

politik banjir

tengah gua lepak-lepak tengok orang menjala ikan petang semalam,datang satu konvoi bantuan banjir.dari jauh gua tengok pick up dengan lori datang.tapi belakang lori,ada bendera parti.dalam hati gua kata,takpe lah janji orang dapat bantuan dan ada orang nak tolong.

lama lepas tu,lalu lagi satu konvoi.kali ni siap bawak sampan belakang pick up.lagi sekali belakang lori ada bendera parti.tapi bila gua tengok trend macam gini,gua rasa lain macam.kenapa kena bawak bendera parti nak tolong orang? kenapa? nak bagitau parti ini tolong,parti ni tak tolong.kenapa jadi sampai macam ni..

banjir apa semua ni national crisis.bila gua tengok berita malam bila gua tak ingat,lagi rasa hangat hati.ada satu menteri ni,datang melawat ke perlis.lepas tu kata kerajaan negeri lain lembap,tak buat apa-apa.menteri tu melawat perlis pon mungkin sebab parti dia memerintah negeri perlis.tapi kalo buleh datang melawat ke perlis,kenapa tak buleh datang ke kokdiang yang sekangkang dari perlis? 1malaysia la sangat.

kenapa benda-benda macam ni pon nak ada politik.berapa kali gua tulis,biar politik masa pilihanraya saja.dah abes pilihanraya,fokus jela dengan kerja.kalo dah menteri kabinet malaysia,tanggungjawab lu kepada semua rakyat malaysia.jangan la nak memilih.korang nak gaduh-gaduh politik,yang dapat susah rakyat marhein macam gua ni.itu belum lagi cerita pasal songlap benda-benda sumbangan.

malaysia ni baru kena banjir sikit,tapi yang orang politik dah gaduh-gaduh.kalo ada gunung berapi macam kat indon,tak tau la macam mana nasib rakyat.walaupon gua tak kena pindah,tak kena duduk ramai-ramai kat sekolah,tak rosak harta rumah tapi kerja gua dekat dengan masyarakat.diorang banyak bercerita.ahli politik mana yang datang,yang jenguk.semua diorang tau.apa yang gua tulis ni pon terbit dari sembang-sembang kedai kopi dengan orang kampung.

gua rasa kesian.itu baru cerita rumah masuk air,belum lagi padi yang tenggelam dek banjir.upah menanam padi yang kena cari semula untuk tanam balik padi.dan malangnya,mereka cuma hanya pikir wakil rakyat dan agensi kerajaan dapat menolong.wakil rakyat pulang asyik nak berpolitik.

Thursday, November 4, 2010

dilema tak buleh nak balik kampung

mula-mula highway changloon-alor setar tutup..

lepas tu,jalan jitra-alor setar tutup..

hari ni jalan jerlun-alor setar tutup..

hujan dah tiga hari berenti..

banjir makin banyak..setiap hari kawasan baru banjir..

mana datang air banyak-banyak ni?

freak betol kedah ni..

tak dapat gua nak balik penang kalo cam gini....

Monday, November 1, 2010

p.ramlee

malam tadi gua tengok bio tentang p.ramlee kat history channel.sebelum ni gua tak pernah baca tentang bio atau cerita lengkap tentang p.ramlee.dekat media-media atau rtm sendiri pon tak pernah buat dokumentari lengkap tentang manusia yang digelar seniman agung malaysia.yang kita tau,p.ramlee seniman yang berbakat,beliau buat banyak filem dan lagu.

tapi malam tadi,gua dapat tahu serba lengkap tentang p.ramlee,cerita hidup,kontroversi,kejayaan dan kemahsyuran beliau.tapi apa yang gua terkejut,ialah tentang macam mana seniman agung tu dilayan oleh orang malaysia kita.dalam dokumentari tu ada dikisahkan,bila mana p.ramlee pulang dari singapore beliau dicemuh dan dikritik.filem-filem dikutuk.dan lebih teruk beliau jugak diboo apabila buat persembahan.dan lagi sedih,bila ada yang mengisahkan dihujung nyawanya, beliau hidup sebatang kara.tak hidup mewah macam artis-artis sekarang.gua terkesima bila dapat tau kisah sebenar beliau.

dibandingkan kalo di hollywood atau bollywood,manusia seperti p.ramlee diangkat dan dijulang.karya-karya mereka dijadikan rujukan bukan cemuhan.tapi bila tengok malaysia ini pelik.artis-artis yang pakai seksi lebih cucuk botox sana sini diberi penghargaan.siap diberi pingat.tapi tidak kepada yang betul-betul berkarya.p.ramlee cuma dapat tan sri selepas meninggal.begitu jugak dengan sudirman.beginilah realiti di malaysia ni.

tapi kepada kita semua,jangan la terlalu mengangkat artis-artis yang lebih jual tubuh daripada karya.dan hargailah penggiat seni yang betul-betul memperjuangkan hasil seni kerana seni.bukan kerana duit.bak kata afdlin dalam dokumentari p.ramlee
"kita kena mati dulu baru orang akan hargai"..malangnya,itulah yang terjadi pada p.ramlee..