Friday, October 19, 2012

perihal bajet 2013



sejak bajet/belanjawan yang dibentangkan hujung bulan lepas,ramai yang kecoh tentang itu ini.ini tak kena,itu tak betul dan macam-macam lagi.kalo dulu sebelum zaman bekerja, bajet ni gua langsung tak ambik port tapi sekarang tidak lagi.gua mesti amek port,sebab setiap bulan gaji kena tolak pcb dan dengan duit tula gomen akan spend sama ada atas benda berfaedah atau membazir.pendek kata apa faedah yang gua akan dapat.


sistem di malaysia ini senang,lepas bajet dibentang,keluar pulak repot audit negara.jadi rakyat boleh tahu mcm mana gomen plan guna duit pembayar cukai dan di mana kesudahannya duit itu pergi.sebagai contoh,dalam bajet pm umum beberapa juta untuk kos pentadbiran pusat atau overhead cost,dan bila keluar laporan audit akan ada cerita beli laptop harga RM10k.tak tahu la apa peel orang gomen ni,setiap tahun mesti ada kes beli komputer/laptop/printer yang harga tak masuk akal.beli import dari kerajaan langit ayah pin ke apa.

ok,berbalik kepada bajet 2013 pada pandangan gua ia adalah bajet ini telah menukar negara seolah-oleh sebuah syarikat perniagaan.ini kerana terlalu banyak benda-benda yang diberi secara one-off.hukum mudah syarikat perniagaan atau kapitalisma ialah,tiada benda free.kalo benda itu diberi,mesti disebabkan oleh sesuatu transaksi.jadi dalam bajet ini,bila diberi sesuatu yang one-off yang diharapkan oleh gomen ialah undian semasa pilihanraya nanti.itu cara paling senang tetapi berselindung untuk membeli undi.bajet 2013 ada diberi rebat beli telefon,br1m untuk yang bujang dan macam-macam lagi.dengan harapan golongan belia yang baru mula nak mengundi,akan rasa berterima kasih dan akan pangkah gomen dlm pru nanti.

sebagai seorang pembayar cukai pendapatan dan service tax,gua terkilan sebenarnya.duit cukai yang diberi sepatutnya dibina bangunan sekolah,atau parit atau jalan tetapi kepala otak siapa yang boleh terpikir nak bagi duit untuk budak-budak baru nak up beli talipon? kalo gomen kaya,banyak duit tak kesah.tapi sekurang-kurangnya disuruh buat sesuatu untuk dapatkan rebat.contohnya suruh buat kerja masyarakat macam berkhidmat dekat rumah kebajikan barang sehari dua.

bukan apa,pembayar cukai kerja sampai berpeluh bontot,setiap bulan gaji kena tolak.macam tula jugak budak-budak yang nak dapat rebat tu perlu basah bontot jugak untuk dapatkan RM200.ini baru konsep yang betul.


No comments:

Post a Comment