dalam minggu lepas terjumpa short film ni di youtube.cerita menarik macam ni buat gua menonton berkali-kali hingga melekat lagu ahmad jais tu didalam telinga.makin tengok,makin gua rasa cerita ni macam kena dengan hidup gua.
dalam cerita ni cikgu roslan tu macam bapak gua.bapak berasal dari kl,datang berhijrah ke penang.kata bapak, lepas je abes menuntut dan belajar penanaman padi dengan sorang profesor jepun.dia teros apply untuk datang ke penang.menongkah arus,orang pakat nak ke kl,tapi dia ke penang.dan teros melekat di penang sehingga hari ini.tak kembali ke kl mungkin lebih tenang,selesa dan anak-anak kurang terjebak dengan pancaroba hutan batu yang selalu dipuja oleh belia sekarang.
ali pulak macam gua.kata hati gua selepas pmr,'harap-harap dapat ke kisas.boleh la pegi layan gigs dan konsert di kl'.masa tu jiwa butterfingers gua membuak.percubaan pertama selepas pmr gagal.percubaan kali kedua selepas spm.gua berjaya,belajar di pasum dapat jugak pegi 2-3 konsert.gua terus melekat di kl lebih enam tahun sampailah pekerjaan sekarang membawa gua ke kokdiang.
dah 4 tahun sikit demi sikit gua tersedar.sawah bendang,suasana tenang,jalan tak jam adalah paling sesuai untuk jiwa gua.'i can't stomach it, to live like this' kata gua kepada wife masa dia ambik gua balik kerja di hq,kl menggunakan lrt dan komuter beberapa minggu lepas.
komen mengenai film pendek : kenapa kadang-kadang gua rasa mutu video,sound dan cerita filem-filem pendek melayu ni jauh lebih baik filem-filem melayu yang masuk panggung?
komen mengenai film pendek : kenapa kadang-kadang gua rasa mutu video,sound dan cerita filem-filem pendek melayu ni jauh lebih baik filem-filem melayu yang masuk panggung?
No comments:
Post a Comment