Thursday, June 30, 2011

bersih 2.0

perhimpunan yang cuba diadakan asalnya sebuah perhimpunan aman.perhimpunan untuk rakyat menyuarakan ketakpuas hati terhadap beberapa perkara.lapan tuntutan tak silap.berkaitan pilihanraya,hapus rasuah dan politik kotor dan kebebasan media.hidup dalam sebuah negara yang media di control oleh kerajaan,menyebabkan rakyat takde proper channel untuk bersuara.sebab tu jalan terbaik ialah berdemo di jalan.

berdemo ini normal.di england misalnya,kakitangan awam akan turun ke jalan berdemo membantah perubahan dasar pencen oleh kerajaan.cikgu menutup sekolah,imigresen di airport turut tutup sebab semua mahu turun ke jalan.bezanya dengan malaysia,media sana turut menyokong perhimpunan tersebut.tapi malaysia?

cuba bukak berita jam 8 kang.bersepah-sepah malaon-malaon bangang yang nak bagi kenyataan.malaon-malaon ni la yang penyebab huru-hara.yang rasis,yang bercakap benda yang takde kaitan macam komunisme apa bala semua.rakyat nak bersuara,patut malaon-malaon ni bercakap untuk rakyat.

gua ada terbaca dalam fesbuk.cikgu bahass inggeris gua kata,orang yang turun bersih ni cuma jadi puppets untuk certain politician.no sir,memang ada setengah nampak macam puppets.tapi kebanyakan turun sebab tak puas hati dengan kerajaan.tak puas hati dengan duit cukai yang dah dibayar.minggu ni keluar pulak,berjuta duit digunakan untuk bayar bil elektrik rumah PM.juta,bukan ribu.itu baru bil elektrik,belum lagi belanja pegi lawatan luar negara.benda-benda macam ni takde pulak malaon-malaon ni nak lawan.

sebenarnya diorang yang sibuk bercakap tak pernah rasa apa rakyat rasa sekarang ni.macam hishamuddin hussein.u been born dalam keluarga yang luxury.masa kecik ada dayang tolong jagakan.tak pernah rasa hidup susah pon.najib pon sama.so,tak layak untuk bercakap mengenai kesusahan rakyat.

perhimpunan ni sebenarnya penanda yang bagus.nampak sekarang betapa matang rakyat malaysia.rakyat sekarang dah tak macam dulu.hidup dalam skrip kerajaan.rakyat dah pandai berfikir.so,salute kepada yang akan turun ke jalan 9 hb ni.

by the way,9hb ni malaysia book record patut ada.buleh catat rekod pemakaian baju kuning paling ramai.bukan suka ke rekod-rekod bengong macam tu.ahh,lagi satu.sekarang sibuk polis nak tangkap orang pakai baju kuning.jadi gua rasa apa salahnya tukar jadi nude protest ke.

Unggun-bersih (puisi A Samad Said)

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

No comments:

Post a Comment