jadi sejak beberapa kebelakangan ni satu-satu masalah terjadi kat atas kereta tu.dua bulan lepas,kunci kereta gua terjatuh.dari paras bahu,ke atas lantai.kunci pecah dua,immobiliser hilang.jadinya kereta gua tak boleh nak start.kepada pengguna kereta saga mungkin sedar,yang kunci kereta tu dibuat tak rapat.skru ada satu saja.bangang apa gua pon tak tau.buat produk yang tak boleh tutup rapat.tak kan quality department tak check benda simple macam tu.gua percaya,kalo kunci tu tertutup rapat,ia tak kan pecah dua.dan terkeluar semua isi perot dalam kunci tu.
sejak 3-4 minggu ni pulak,kereta gua buat bunyi pelik bila mula nak gerak.keluar bunyi nyaring 'sreettt,sreetttt'.lepas jalan 50-100 meter baru hilang.kenapa bunyi,gua pon tak tau.semalam,tengah hari masa gua pegi bank.tekan alarm nak kunci,tak berbunyi pulak alarm gua.mula-mula gua syak bateri dah kong,tapi check horn,radio,lampu semua ok.
lepas ni apa nak jadi pulak gua pon tak tau.nak kata gua bukan jenis jaga kereta,gua penghantar servis yang tegar.sampai je ke milage yang sepatutnya gua hantar servis.servis pulak kat proton.
hari tu,mahathir ada cakap beli proton macam buat amal jariah.sebab boleh bagi kilang proton operate,orang malaysia ada kerja.tapi sekarang,kenapa proton tak buat amal jariah kepada pengguna? buat kereta yang lebih kualiti? tak payah kata kereta,buat kunci kereta biar kualiti tinggi.baru ada give and take.
No comments:
Post a Comment