paling banyak ilmu ditampal,dekat papan kenyataan surau.selalunya yang tampal ajk-ajk surau la.tak pon geng-geng ustaz-ustaz wannabe.jadi berlambak lah ilmu-ilmu yang ditampal dari perkara remeh macam cara potong kuku sehinggalah benda yang berat-berat macam zina dan liwat.oh jangan terkejut dengan liwat,sebab sekolah gua semua lelaki.takde pompuan tapi ada jenis lembut.sebab tu ada ilmu tentang dosa liwat.
tapi,dalam banyak-banyak ilmu yang ditampal ada satu yang gua baca dan konpius.gua rasa sampai hari ni pon masih tak dapat nak pikir.ilmu yang ditampal adalah macam mana nak elak jadi pelupa.dekat surau asrama gua memang ramai yang tahfiz wannabe,jadi ilmu-ilmu cam gitu penting untuk diorang.antara pantang larang tak nak bagi pelupa ialah makan semut,tengok najis,tengok aurat orang lain dan macam-macam.
tapi yang mengkonpiuskan ialah salah satu amalan yang tak nak bagi pelupa ialah jangan gosok gigi sambil kencing.konpius ok.apa kaitan antara gosok gigi-kencing-dan memori otak? bengong nak dipikirkan...
No comments:
Post a Comment