Tuesday, May 31, 2011

karan naik harga,betul ke barang lain tak naik harga?

"Kadar tarif baru elektrik bukan alasan naikkan harga barang" muhyiddin yassin (berita harian)

tariff baru elektrik mula esok.pak menteri sebok kata elektrik rumah tak jejas.tak terasa kenaikan.kerajaan pikir kesusahan rakyat.harga barang tak kan naik.so,tak payah bising-bising.jangan nak politik-politik kan isu.ya,memang isi rumah tak terasa tapi macam mana dengan industri? industri makanan contohnya.

jadi pagi ni gua buat projected harga elektrik yang kilang gua kena bayar dengan tariff baru.kilang buat makanan ruji macam gua ni,menggunakan elektrik lebih kurang 12,000 ke 25,000 kwh untuk sebulan.elektrik kilang gua pakai tarif industri (033).jadi bila gua kira pakai calculator TNB,kenaikan melebihi 8%.lebih kurang dalam RM4-6k kenaikan dalam bil.kadar kenaikan tu perlu dikaver oleh 2 unit end product.maknanya kalo sebelum ni dengan penggunaan letrik yang sama,kilang gua boleh untung 12 unit.tapi bulan depan kilang gua cuma untung 10 unit.jadi persoalannya,siapa nak tanggung lost 2 unit tu? siapa yang meniaga nak rugi?

itu kita baru cerita sebab letrik naik.benda-benda lain yang berkaitan dengan industri mungkin ada kesan sama.so,tak kan nak bagi tnb saja yang buat untung.kompeni lain nak la jugak untung.malangnya,kalo nak untung atau nak kaver balik kos yang naik cuma satu je jalan mudah.paling simple.naik kan harga jualan.sebab nak cari alternatif lain seperti penghasilan tenaga sendiri, guna boiler apa semua memang rumit.dan perlukan investment juta-juta.

so,macam mana bila gua baca paper hari ni,muhyiddin yassin melabon kadar elektrik baru bukan alasan naik harga barang? pi mai,pi mai last sekali kita sebagai pengguna dan rakyat jugak yang kena tanggung.

Monday, May 30, 2011

scam

+60 14 280 7891

"Congratulation"
Your SIM-CARD B'jaye Menangi
RM17,000.00,"Nestle House"
From.PTG JY BHD.
No.3.Siri:778899
Sila call office:
017_8953289
"ORIGINAL"

perghh,tak pasal-pasal gua menang RM17,000.lu orang ni memang macam-macam.suka-suka je nak buat gua kaya.macam tahu je gua tengah berusaha keras cari duit sekarang ni.kalo gua redeem RM17,000 tu lepas jugak buat kawen.tak payah nak godek buku ASB.

tapi celaka apa la lu ni.suruh call ofis,tapi bagi nombor henfon.syarikat bukan main,tak kan line telefon pon tak boleh nak beli.tapi yang gua konpius.apsal ada tulis original? kira lu tak tipu la ni ek? ori betol la gua menang.

bangang.

Sunday, May 29, 2011

musim kahwin datang lagi

musim kahwin datang lagi.notice board ofis gua penuh dengan kad jemputan.kalo gua pegi semua,dah pasti 2minggu gua lunch free.itu pon kalo gua buat sengal salam tak selit sampul duit.member gua pon ramai kahwin cuti sekolah kali ni.kalo tak silap 5-6 orang kot.yang bujang,yang duda pon ada.apa? lu ingat gua takde ke member dengan orang-orang tua.

gua ucapkan kepada semua yang kawin.selamat pengantin baru.kali ni gua cuba pegi semua kenduri member kalo buleh.tapi yang buat hari ahad,sori la.gua keje,nak cari duit.gua pon nak le kawen jugak...

Wednesday, May 25, 2011

lynas


gua cuma nak kongsi je pasal video ni.tak tau apa motif sebenar mat salleh duduk australia,buat video tentang lynas tu.agak pelik jugak tiba-tiba ada pulak mat saleh cakap melayu buat video,letak kat youtube.bercerita pulak benda-benda berat.

pandangan gua,kepada mat saleh ni.dia patut tau budaya malaysia.dekat malaysia ni selagi takde masalah,selagi takde yang mati,semuanya ok.semua beres.tapi dah ada kes,baru sebok nak kaji itu ini.lagi terok mula nak tuding jari masing-masing pakat nak elak bertanggungjawab.

Sunday, May 22, 2011

Alfatihah dan takziah

Alfatihah dan takziah kepada mangsa-mangsa dan keluarga kejadian tanah runtuh semalam.tak silap 24 orang yang tertimbus terdiri daripada anak yatim serta kakitangan Rumah Anak Yatim Hidayah Madrasah Al taqwa di hulu langat selangor.

harapan gua supaya tidak ada nak campur aduk dengan politik.parti ni datang tolong la,parti ni tak datang tolong la.tolong jangan macam itu.

tapi pagi tadi dalam berita gua tengok shahrizat sebok nak semak pendaftaran rumah tersebut.kenapa? kalo tak daftar tak nak tolong ke? nak kata rumah tu salah ke? pelik la menteri-menteri kat malaysia ni.


Friday, May 20, 2011

hospital kuala lumpur

sabtu lepas gua ke hkl.bawak mak dan bapak melawat bapa sedara yang nak operate sebab kencing manis.kalo nak ke kl memang otomatik gua kena jadi driver,disebabkan pemahaman jalan kl gua yang agak ekselen.hasil 6tahun merempit masa student dulu.

hkl bukan tempat asing bagi gua.gua ni kire alumni hospital tu.lepas beranak gua kena hantar ke hkl.sebab perot gua masa baby sangat boncit atau kembung.masa tu gua terlalu kecik jadi gua tak boleh ingat dan tak tau pon cerita sebenar.yang gua tau,dari penang kena hantar hkl,kena bedah perot,duduk dalam inkubator dan macam-macam lagi la.gua tak pernah tanya mak pon.sebab takut nak dengar.tapi masa gua buat medical check up sebelum masuk u dulu.doctor tu ada cakap.kalo parut kt perut,kena operate masa baby,itu tanda kena penyakit biletary athresia.benda-benda berkaitan hati kalo tak silap.ntah btol ntah idak le gua eja gitu.tapi memang gitu la bunyi nye.doctor tu cakap,nasib baik gua cepat diselamatkan dan diubat.benda ni memang boleh bawak maut kepada baby.bila dengar macam tu memang buat gua seram.sebab tu gua malas tanya.

sambung cerita hkl ni,gua nak komplen la sket.kenapa la keadaan wad kat hkl tu langsung tak ceria.kasi la ceria dan happening sket.pasang lagu-lagu ke,letak tibi sebijik dua,ada playstation ke.koman-koman pon letak la tempat membaca ke.ini,langsung takde apa.boring tau.kesian la orang yang sakit tu.dah la sakit,asek terbaring je,apa pon takde benda nak buat.tido,makan ubat,layan orang datang ziarah.itu je.tak ceria,tak hepi macam mana nak cepat baik? bagi la ada aktiviti sket untuk pesakit tu.

ke memang diorang saja nak buat macam tu.nak bagi keazaman kepada pesakit,supaya lepas keluar jaga kesihatan elok-elok.supaya tak masuk balik hospital.lebih kurang macam lokap atau penjara la kot.mana la tau kan,psiko je lebih.kehkehkeh..

tapi apa pon,gua nak pesan kat diri sendiri dan semua,jaga la kesihatan elok-elok.makan dan minum jaga.kurangkan la benda manis atau masin.takut gua kalo kena kencing manis kena potong kaki apa semua.cuba bayangkan arini ada kaki,esok bangun pagi lepas operate satu kaki dah takde.menakutkan...

Thursday, May 19, 2011

subsidi kerajaan

mula-mula pengurangan subsidi.kemudian penyelarasan subsidi.sekarang rasionalisasikan subsidi.tergeliat lidah nak menyebutnya.ntah apa la orang kampung nanti paham dengan perkataan tu? kan senang tulis potong subsidi,kurang subsidi.senang la sikit orang kampung paham.

2-3 hari ni bising betol nak kaji harga minyak.nak rasionalisasikan subsidi kononnya la.

tapi, sebok kerajaan nak kurangkan subsidi,pernah tak diorang tunjuk plan,atau blueprint duit hasil pengurangan subsidi tu buat apa.

LRT masih sama,tak sambung-sambung.subsidi gula,beras tetap sama.

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru....mr beh kar sim

sempena hari guru hari ini gua nak salute seorang guru yang sangat legend masa gua sekolah menengah.

gua sekolah agama.jadi semua murid adalah agama islam.hampir semua melayu.cikgu pulak campur-campur.ada melayu,india dan cina.cikgu yang gua betol-betol respek cikgu cina.nama dia beh kar sim.pegi sekolah naik moto honda jipang C90.dekat sekolah ajar mathematic dan add math.dia jugak pengajar karate kat sekolah.semua budak memang takut.tak sape berani buat macam-macam dalam kelas.nak tersengguk tido pon tak berani.

nak jadi cerita,masa tu gua form 1.standard la lepas abes final exam.datang sekolah asek nak main.nak balik tido kat asrama kang tak pasal-pasal lepas isyak kena sebat depan surau.nak fly pegi komtar,tak berani sebab kecik lagi.takde lesen orang kata.jadi main dalam kelas.masa tu tengah musim PMR.kelas form 3 atas kelas form 1.kalo form 1 memekak kat bawah,memang budak-budak PMR terganggu.

tengah gua seronok main dalam kelas.ntah apa benda jadi,kitaorang gelak punya kuat sampai tak ingat dunia.tengah sedap-sedap dok gelak,mr beh datang depan kelas.satu kelas jadi senyap.sorang dia panggil ke depan beratur termasuk gua.ada la dalam 20 orang.tanpa banyak cakap sorang-sorang dia lempang gaya karate kat muka.pergghh,dia punya hasil tangan memang padu.panas je pipi lepas kena.tapi nak buat macam mana.memang dah salah sendiri.

sampai hari ni gua masih ingat peristiwa tu.gua respek bukan apa,cuba lu bayang seorang cina mengajar kat sekolah agama.berani lempang murid yang berbeza agama dan bangsa.tapi,zaman tu bukan macam sekarang.kena cubit dah nak buat repot.gua terima je lempang tu sebab memang salah sendiri.dan gua hormat sebab dia cikgu gua.sekarang dah tak sama,silap-silap politik campur jadi sentimen perkauman pulak.tambah lagi kat penang.

apa pon,gua terima kasih la kat mr beh.walaupon lepas dia pencen,dia tetap datang buat kelas tambahan waktu malam kat sekolah gua.sebab kelas dia la gua suka buat kira-kira sampai jadi macam hari ini.selamat hari guru.

Wednesday, May 11, 2011

life in bolehland

dari surat khabar japan times

'Prime Minister Naoto Kan said Tuesday he will give up his salary as premier until the Fukushima nuclear crisis is under control. The pay cut will start next month. He will still take his salary as a member of the Lower House. "I think the government is responsible for pushing nuclear power as national policy," Kan said.'

nak baca lagi panjang kat sini

korang rasa ada ke menteri atau perdana menteri 1malaysia akan buat benda yang sama kalo negara kita timpa bencana?

inilah yang dipanggil responsibility dan accountability.

tapi kat malaysia,bila ada kes stadium runtuh,bangunan bocor,banjir dan banyak lagi.ada dengar menteri nak bertanggungjawab? takde.bising sekejap,kemudian tutup cerita.diam.sama je skrip dalam setiap kes.

kadang-kadang gua berharap dapat hidup dekat negara lain.

Sunday, May 8, 2011

tips sempena hari ibu

kalo korang jenis baik dengan mak.selalu lepak dengan mak.selalu balik rumah jenguk dia.dok rumah pulak selalu lepak sama-sama kat dapur sambil potong daging,ikan dan sayur.selalu bawak dia pergi jalan-jalan ke market,pasar tani,pasar malam.merapu,sembang pon dah macam dia.percayalah.


nanti kalo lu terasa nak kawen,tak payah susah-susah,menggeletar nak pegi tanya...



tiba-tiba je mak korang yang akan tanya terus sendiri..


itu je.gua cakap betol bedasarkan pengalaman.

Saturday, May 7, 2011

cerita-cerita macam gini memang tak masuk panggung malaysia ke huh?

gua suka tonton movie yang berdasarkan true story tak pon autobiography.sebab movie macam gitu lebih realistik dan kita boleh belajar sumthing.berbanding cerita fantasi atau menipu gua tak berapa into sangat.minggu lepas masa tengok movie thor,gua buleh tibai tido separuh cerita.

hari tu gua ada cerita pasal movie into the wild,kisah tentang alex supertramp.wikend kali ni pulak gua berjaya mendonlod satu documentary movie mengenai Ayrton Senna.filem berbentuk documentary macam ni,first time gua layan.memang best and very inspiring.cerita dari mula ayrton senna terlibat dengan go-cart racing,hingga dia mati di Imola circuit tahun 1994.gua masih ingat masa kecik terutama masa darjah satu dua,nama senna sangat feymes di ruang sukan surat khabar.tapi sebab masa tu kecik,gua tak berapa nak paham.lepas tengok movie ni baru gua tau kenapa nama dia selalu jadi sebutan dulu.

memang best menonton movie ni.walaupon feel dia tak macam tengok cerita lain.tapi ia sangat bagus.kenapa gua tak pernah dengar pon cerita ni tayang kat malaysia huh? ke sebab orang malaysia tak kan tengok cerita-cerita macam ni? lebih suka tengok cerita seram hantu tipu...


Wednesday, May 4, 2011

terperangkap dalam lif

lelaki yang perv atau normal mesti pernah fantasi tentang satu hari tersangkut dalam lif dengan awek comel,kemudian dapat nakal-nakal.bohong la kalo takde.otak memang senang terpengaruh dengan cerita tivi tak pon dalam movie selalu tunjuk.

tapi lepas kejadian siang tadi gua dah tobat tak nak fantasi cam gitu lagi.dan gua nasihat kat yang lain tak payah la nak terpikir sangkut dalam lif dengan awek satu benda yang sweet.

sangkut dalam lif macam celaka tahu tak?? nak bernafas makin lama makin susah.kepala pening rasa nak pitam.orang kat luar tak boleh nak tolong kopak pintu lif.kena tunggu dalam setengah jam untuk bomba atau maintenance lift tu datang.itu pon kalo boleh dapat line telefon.merana tau.cukup la sekali gua rasa tadi.terperangkap dalam lif dengan 10orang yang lain selama setengah jam.sampai malam ni gua pening sebab tak cukup oksigen tadi.