Thursday, February 17, 2011

dekat dua bulan baru sedar

hari sabtu lepas,gua pegi kerja.oh,bukan pegi kerja tapi saja je ke kilang sebab hari jumaat gua tengok dekat board tampal kad kawen, ada satu kenduri customer hari sabtu.so,boleh jugak gua makan pree di hari minggu.panas-panas macam sekarang,layan sirap kenduri sedap jugak.gua pegi naik motor sebab nak save minyak kereta.lagipon kerja di hari cuti gua layak claim elaun mileage.naik motor lagi untung.

disebabkan jarak agak jauh,gua singgah pekan sehari kokdiang dulu beli kueh buat bekal makan atas motor.baru ada feel merempit sambil mengunyah.lagipon perot kena alas dulu,jadah eh nak pegi rumah kenduri jam 11 pagi.lain la kot gua nak pegi menyiang daging pegi awal-awal.

elok gua lap masuk simpang nak ke kilang ada polis buat road block.'celaka!' gua nyumpah dalam hati.motor gua ni road tax dah mati.gua lepas minyak kasi slow sambil dalam otak, gua tengah pikir nak patah balik atau korner masuk jalan tali air.dua-dua pilihan gua tak jadi.sebab kalo patah balik atau melencong ke arah lain nampak benar gua salah.lagipon brader polis semua pakai kuda putih.perah minyak dua kali pon dah boleh kejar motor cabuk gua.

gua pon straight je menuju ke arah road block.dari jauh polis suruh gua ke tepi.gua patuh,pelan-pelan berenti.datang polis agak veteran rapat ke motor.gua pon angkat visor,sambil senyum mesra sekali.dalam hati bedebor bukan main.
'nak ke mana encik.bagi ic' kata polis yang agak berumur.
'nak gi kerja cik.tu haa,depan tu kilang saya'gua balas sambil hulur ic
'bagi lesen' arah polis tu.
'jap saya ambik' gua godek wallet keluar lesen yang ade gambar tu terus bagi kat polis tu.
polis tu belek lesen gua sambil cakap 'yang slip renew lesen tu?'
gua godek cari.tak jumpa.gua godek lagi,lama gua cari jumpa terselit kat belakang kad medic gua.jumpa.terus gua hulur.sambil ada sorang brader polis lagi sorang datang tengok sama.
'dah kawen?' tanya polis tu sambil senyum.
'blom lagi encik' gua heran.dalam hati gua konpius.polis ni kenapa? tengok lesen tanya soalan peribadi pulak.
'bila nak kawen? kerja besar cepat-cepat la sikit kawen' kata polis tu sambil gelak kecil.
gua senyum nipis.sambil simpan balik semua benda gua borak dengan polis tu.rupanya diorang buat road block sebab ada budak belasan tahun maki hamun diorang.lepas borak lebih kurang,gua mintak diri.

malam semalam
gua ada nak isi form dalam internet.dimintak dalam form tu butiran tentang lesen memandu.gua capai wallet.tarik balik slip lesen yang gua simpan kemas lepas road block tu.form tu mintak tarikh lesen mati.gua tengok tarikh mati bulan 1/2012.gua terkejut.gua rasa,lesen gua mati bulan 6.apahal tahun 2012.gua tengok nama.wadehel.

bila masa pulak ic gua nombor last genap? nama gua pulak ada binti? magik apa pulak yang jadi ni.gua perati lama nama atas lesen tu.apehal lesen cik tunang boleh ada kat gua pulak ni? otak gua ligat pikir.lama gua pikir.baru gua teringat.itu hari masa tengok bola final cik tunang tak bawak purse.main tumpang dalam wallet gua.ini kes silap bagi ni.pergghh,hebat jugak dah dekat dua bulan baru perasan.patut la brader polis tu bukan main tanya soalan peribadi.kehkehkeh..

2 comments:

  1. meh cni dtg jepun claim u pnye lesen hahaha..
    bonget la sgt3 awk ni hahaha..

    ReplyDelete
  2. wesss..anta la sini..ni semua salah org xbwk purse..hahaha

    ReplyDelete