Monday, January 10, 2011

in the blood

dah lama gua tak tulis pasal bola.hari ni gua nak tulis sikit pasal bola.ok,gua nak ngaku.semalam,gua sanggup tak tengok bola sebab nak tengok juara lagu.jadi gua tak buleh nak cerita pasal bola.pasal king of the kop return ke,atau pasal howard webb 12th player untuk man utd.gua tak tengok sebab gua yakin man utd menang.

gua tengok juara lagu sebab tahun lepas gua seronok tengok.tapi tahun ni hambar.persembahan semua mengarut.dah serupa persembahan budak sekolah masa hari penyampaian hadiah.pengacara ntah apa-apa,buat lawak tak jadi.

dah gua malas nak cerita panjang-panjang.gua bukan blog artis-artis.tapi satu gua menyampah dengan orang malaysia ni.melayu gua rasa.asal pertandingan artis-artis ni,cepat betol tak puas hati.macam juara lagu ni,ada yang boo pemenang,baling kerusi ni apa cerita? ada tu pulak yang rajin pegi buat page kat fesbuk tak setuju ana rafali tu menang.melayu ni emo,tak paham konsep.juara lagu ni,pertandingan lagu.bukan bertanding nyanyi.yang nak butthurt kenapa? lu orang buat page tak puas hati tu,bukan dapat apa pon.bukan buleh tarik balik keputusan juri.lu dapat sejuta orang like pon memang tak dapat ubah apa-apa pon.

macam ni la orang melayu.benda-benda tak penting,benda-benda laghaa ni la yang disuka sangat.bukan pasal artis saja.kadang-kadang kat tempat kerja pon sama.terutama tempat kerja yang majoriti melayu macam kompeni gua.suka sangat buat benda tak penting.perangai macam gini la yang kadang-kadang mesyuarat sepatutnya buleh abes setengah jam,tapi cecah dua jam tak tentu hala lagi.cakap tak menyimpang memang tak sah.masuk tahun lepas,dah dua tahun gua tulis kat borang penilaian prestasi kelemahan diri gua tak tahan mesyuarat panjang.

tapi nak buat macam mana.it's in the blood omputeh cakap.

2 comments:

  1. biar la pun... tak sangka pulak ada page yg tak puas hati ana rafali menang... org melayu ni mmg bukan2..

    ReplyDelete
  2. org melayu suka yang popular saje.yang kena pikir diorang tak suke.sbb tu harian metro buleh laku.

    ReplyDelete