Tuesday, January 11, 2011

dR Rozmey buat hal lagi

pagi tadi dalam kereta masa nak pegi kerja gua dengar dalam radio.ada rumour yang mengatakan fesbuk akan ditutup,tapi tak jadi.gua suka sebenarnya kalo fesbuk tutup,sebab buleh ada yahudi lain pulak buat social network baru.gua dah buhsan dengan fesbuk sebenarnya.makin merepek.paling terbaru gua jumpa,ada network lesbian malaysia (melayu) kat fesbuk.jabatan agama,geng-geng ameno,tak ade la pulak nak bising-bising.buat demo ke.masalah serius ni.

sebab gua tak puas hati dengan berita fesbuk nak tutup,gua tanya lebai google.sememangnya rumour.fesbuk tak akan ditutup.gila apa nak tutup,dah berapa billion mark zurkenberg tu dah dapat tak kan la dia nak tutup.tengah gua selak-selak search result lebai google,gua jumpa bukan yahudi,bukan japanese dan bukan amerika.tapi orang melayu nak buat social network baru.memperkenalkan dR Rozmey.




sumber dari oh bulan

melompat gembira gua bila dapat tahu ada anak melayu nak buat social network.menggeletar tangan gua tak sabar nak sign up.kehkehkeh.macam mana la rupanya dRbook tu nanti.

walaupon dr rozmey ni selalu buat kita tergelak,kadang-kadang gua terasa respek dengan dia.gua kagum dengan self-belief dalam diri dia.cuba lu orang pikir,dia bukan artis,bukan ahli politik,bukan orang ameno.dia datang dari nowhere.tapi dia muncul dengan bisnes kempis perut.dari tak diketahui sampai la feymes satu malaysia.tapi paling gua sangat kagum dan respek,dia guna susuk tubuh dan gambar dia sendiri untuk market barang dia.tak ada artis sebagai duta,iklan bukan dihiasi muka-muka pan asia.tapi cukup sekadar muka dia,dengan rambut kelakar dan thumb up sign.cukup untuk dia jual produk dan buat orang beli.

kalo korang tak percaya sila pegi ke bandar darulaman,jitra.tengok body shop dia.penuh dengan gambar di setiap penjuru kedai.tak cukup dengan keyakinan menggunakan muka sendiri untuk promote produk.tengok macam mana masa dia nak terbit filem 2 alam.dengan yakin,dia cakap buleh capai kutipan 40juta.walaupon tak capai,sebab terlalu mustahil tapi cuba lu orang tengok macam mana yakin dr rozmey ni.gua rasa kalo lu orang tengok bill gates berucap pon tak seyakin dR rozmey ni.

jadi walaupon dr rozmey ni selalu jadi bahan ketawa,lu orang pikir la sama benda-benda yang positif dekat diri dia.cuba pikir,buleh ke lu orang buat macam apa dia buat.gua memang tak buleh...















ni kedai body shop dr rozmey kat jitra.cuba tengok berapa banyak gambar dia.

2 comments:

  1. tula.... macam mustahil je fesbuk nak tutup... takde fb bosan la hidup ni...

    ReplyDelete