Saturday, January 8, 2011

random

minggu ni wikend(kat kedah jumaat sabtu kira wikend) pertama gua spend kat kokdiang tahun ni.macam tahun-tahun lepas gua buat benda yang sama.hari jumaat,bangun pagi jam 10.lepak tengok tivi atau internet,kol 1 lebih pegi mesjid.balik mesjid beli roti buat lunch.petang pegi pasar malam arau.malam lepak rumah.

sabtu pulak,bangun kol9 tenyeh-tenyeh mata.pegi pulak pasar hari kat pekan kokdiang.beli makanan untuk sarapan merangkap lunch,pastu gua lepak tengok tivi.agak petang gua pegi kangar atau alor setar gi makan fast food.balik petang,malam lepak rumah tengok bola.abes wikend gua macam tu saja.

masuk tahun baru pon,gua tetap ulang benda sama.jadi tadi gua terpikir.hidup gua terlalu bosan.buat benda sama,makan benda sama.gua tak tau la kenapa gua buleh tahan hidup macam gini.tadi dalam kereta balik dari kangar gua ada terpikir.gua muda lagi,gua perlukan perubahan.muda-muda macam ni,belum kawen gua patut uji diri gua.

buat masa sekarang hidup gua terlalu selesa.kerja tak sibuk sangat macam orang lain.gaji besar untuk kawasan macam kokdiang ni.gua memang berada dalam comfort zone omputeh cakap.gua kena test diri ni.berada dalam comfort zone memang tak bagi apa-apa pengajaran dan pengalaman.gua nak kerja yang mungkin lebih mencabar.yang lebih injineer dari sekarang.yang banyak pening kepala,banyak pressure.yang lagi mencabar.gua kena hidup dekat bandar.yang sesak dengan orang dan kereta.harga barang-barang yang mahal.baru gua handle duit dengan betol.lagipon kat bandar banyak le sikit benda nak makan.ye dak?

mungkin tahun ni jadi turning point untuk gua.mungkin tuhan akan bagi peluang untuk gua mencabar diri sendiri.mungkin lepas ni gua tukar kerja lain? perhaps.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
khabar dari tokyo

sebelum cik tunang pegi jepun,gua ada suruh dia untuk tulis dalam blog ni.cerita pengalaman jalan-jalan kat sana,apa dia rasa bila duduk negara orang,macam mana feeling bila duduk jauh dari gua.gua siap bagi pinjam kamera untuk ambik gambar banyak-banyak lekat kat blog.tujuan gua bukan apa,saja nak bagi nampak sweet.yela,gua nak le jugak rasa ada orang tulis benda-benda sweet untuk gua.buleh gua baca 4-5kali hari-hari.tapi sebenarnya,gua nak dia tulis supaya nanti bila dah tua buleh la anak-anak tengok apa mak bapak diorang buat masa muda-muda.yela,bila document kan buleh la nanti belek sama-sama.

tapi hati gua jadi kecewa.bila mintak tulis,dia tulis lima batang ayat je.ambik masa berjam nak taip.itupon lepas gua paksa.gua siap offer tolong edit,bagi hint cari ayat-ayat sweet.tapi dah kalau lima ayat je tulis,nak klik publish terasa berat.gambar kamera pulak,lagi banyak gambar orang lain.haaiisshh,bertambah kecewa gua.tapi nak buat macam mana.gua tau dia memang tak pandai nak tulis-tulis.lagipon,mungkin takde rezeki gua ada orang nak tulis benda sweet kat gua.
tapi takpe,nasib baik dia hantar gambar yang sweet untuk gua.

"It is cold here. So cold,in a way that goes deep into your bones.
there's one place i can go to find warmth,
and that's to think of you"~The Pearl Harbour

4 comments:

  1. aiyohh... jgn la sampai nak tukar kerja... kerja nko dah elok la zaed oi.. berada dalam comfort zone mmg tak best... tapi cuba adjust sket la comfort zone nko tu kepada benda lain... Y not pegi wat part-time cikgu ka?? lecturering ka... tak la ko bosan sgt... tolong sket anak bangsa kat kokdiang tu... cadangan je..

    ReplyDelete
  2. haishhh,tak nak la ehsan oi..keje skarang pon dah pening kepala..inikan pulak nak ngajar anak orang hahahaha...

    ReplyDelete
  3. beb..i xpandai menulis huhu..
    sgt xpandai n sgt xsuke..u know me..MALAS haha
    ckp r i share dgn awk sorg ekk..

    ReplyDelete
  4. kihkihkih..... aku senyum je la...

    ReplyDelete