dalam berita tu ada tunjuk bik mama tengah berucap,oh bukan berucap tapi membaca teks.masa gua pegi training pasal public speaking,pengajar gua tu ada cakap bila rosm
ah mansor bercakap kita tak sepatutnya memberi tepukan.kerana dia tak pernah berucap,dia cuma membaca teks.jadi,dalam berita tu tunjuk bik mama membaca teks mengenai pendidikan dekat negara oman.
sebenarnye gua pelik dengan bik mama ni.dulu masa mahathir,atau pak lah gua rasa takde pon isteri diorang berucap dekat negara luar.kalo ada pon,bukan la isu-isu penting macam pendidikan ni.gua tak kesah nak membaca teks untuk isu-isu yang general atau persatuan-persatuan macam isu child abuse ke,kebuluran ke atau pon bercakap mengenai untuk persatuan macam pandu puteri.gua tak kesah.tapi bila bercakap mengenai pendidikan dekat luar negara
pulak,apa guna nya ada menteri pendidikan dan menteri pengajian tinggi? siapa menteri yang sebenarnya? atau pon,selepas ni akan ditubuhkan pulak kementerian isteri perdana menteri.yang menjaga portfolio kementerian luar dan kementerian pendidikan.tapi kalo ikut isham rais,najib ialah isteri,rosmah adalah suami perdana menteri.lagi satu yang gua pelik,kenapa bik mama disambut macam raja pulak dekat sana? atau persoalan lebih tepat,betul ke dia diberi sambutan begitu rupa?
risau gua tengok first lady wannabe malaysia ni.oh ya,bercakap mengenai first lady ni.gua nak lu orang semua cer bukak website pm office kat sini.cuba lu orang godek-godek sampai jumpa penerangan mengenai divisyen dekat ofis pm macam kat bawah ni.
F.L.O.M. tu stand untuk apa? first lady of malaysia ke? gua syak memang ye sebab dekat page home ada tab untuk previous first lady.hebat betol ofis pm kita.ini gua rasa memang kerja tak lain tak bukan bik mama.sebab dia saja yang promote diri sendiri sebagai first lady of malaysia.dulu kan ada kecoh dia buat iklan kat us mengenai first lady of malaysia.
sepanjang gua hidup dibawah 2 perdana menteri, tak pernah sekali pon malaysia ada first lady.bila bik mama je baru ada.gua tak kesah pasal first lady.sebab benda ni just common title dekat negara omputeh.tapi kalo nak diadakan pon di malaysia ni,bukan ke sepatutnya diberi kepada permaisuri agong.bukan ke agong ketua negara.malaysia bukan nya republik.orang ameno takde la pulak nak marah-marah,berdemo ke pasal bik mama merampas gelaran yang sepatutnya diberi kepada institusi raja.kalo kat selangor itu hari,bukan main lagi berdemo,report polis apa semua bagai.
makin tulis makin naik menyampah la pulak.tapi semua ni gua tulis pendapat gua sendiri.pendapat rakyat marhein malaysia.gua bukan apa,gua takut malaysia jadi macam tunisia satu hari nanti.gua takut bik mama jadi next leila trabelsi.bila rakyat marah,lari dari negara bawak emas 1.5 tan.tak percaya baca kat sini.tapi mintak-mintak dijauhkan la.
kat bawah ni ada gambar bik mama.photoshop memang hancur.tapi cukup buat gua gelak besar bila tengok.gua rembat dekat google.cube korang gi google images taip bik mama,gambar ni keluar dulu hahahaha.
suka2.... kali ni aku tak sedih baca.... kali ni aku gembira membaca... pasal bik mama.....
ReplyDeletehahaha...sape tak suke kalo ttg bik mama..hahaha
ReplyDelete