benda ni gua patut tulis masa besday aritu
jadi,masa lepas pmr dan kebetulan tak buat apa sebab dah lepas exam besar.gua mula merencanakan hidup gua ni.apa yang gua nak buat dengan hidup? lama gua pikir,akhirnya gua buat keputusan.bermula besday gua yang ke 15,gua akan buat tiga azam untuk setiap 5 tahun.maksud eh,masa umur 15 tahun gua buat 3 azam,umur 20tahun lagi 3 azam dan seterusnya.dalam 5tahun tu,gua kena capai azam tu.azam tu la yang akan drive gua dalam hidup.kalo tak hidup gua nanti tak ada arah.jadi sebelum gua bagitau azam untuk umur 25 tahun gua nak flashback balik azam-azam yang lepas.
umur 15 tahun
1. gua nak tukar sekolah.kalo buleh nak gi SBP
2. gua nak masuk universiti
3. gua nak belajar injineering
azam pertama tu gua tak berjaya tunaikan.separu jalan saja.gua dapat offer gi SBP,tapi bapak gua tak bagi last minit.dia nak gua sambung belajar sekolah agama.tapi gua pasrah,at least gua berjaya dapat offer.yang no dua dengan tiga tu memang gua ekselen.lepas spm gua teros masuk U.
umur 20 tahun
1. gua nak abes belajar on time
2. gua nak kerja injineer
3. gua nak kumpul duit untuk kawen
yang no satu tu memang gua berazam sangat.belajar kat u gua memang mencabar.kalo nak kira kos gua yang melayu nak abes on time memang tak banyak.tapi gua berjaya jugak.yang no dua tu,memang dah dari kecik gua nak jadi injineer.tapi ramai jugak yang gua dengar crite keje dua tiga bulan tukar keje lain.ada yang tak tahan pressure.ada yang jadi cikgu.tapi gua kalo buleh nak rilek je.yang no 3 tu,gua memang gatal.enuff said.
umur 25 tahun
1. gua nak kawen
2. gua nak beli rumah
3. gua nak ada anak
untuk result tunggu la besday gua yang 30 nanti.
No comments:
Post a Comment