Friday, September 24, 2010

Hamba Teknologi

malam tadi ada pelancaran iphone 4 kat kl.gua tak tahu,tapi gua tengok dalam berita je.tapi dalam berita tu ada tunjuk barisan manusia beratur yang panjang kononnya untuk menjadi antara orang terawal dapat guna Iphone 4.serentak tengok barisan tu gua mula terpikir.

kenapa ada manusia yang sanggup nak beratur panjang padahal dalam seminggu dua lagi berlambak iphone tu ada dekat kedai.

kenapa yang duduk JB or penang sanggup datang padahal seminggu dua lagi akan banyak dijual di merata tempat.

kenapa?

ini kerana manusia sekarang sudah jadi hamba kepada teknologi.zaman sekarang ni ialah zaman siapa lagi up to date paling cool.sebab tu kalau pegi kl tengok anak-anak muda sekarang di leher mesti ada DSLR,dalam poket ada Iphone/Blackberry dan telinga sumbat dengan Ipod.

sebenarnya,teknologi ni idea geng-geng kapitalis.mereka sedang membina satu budaya yang membolehkan manusia keep on spending money untuk beli latest model.contoh macam iphone.mula dengan Iphone,kemudian Iphone 3gs,lepas tu apa bala gua tak tau sampai malam tadi Iphone 4.dari perkembangan Iphone kita buleh lihat,macam mana budaya tu dah bermula.

bila budaya diri-perlu-up-to-date-latest-gadget,sebab atau tujuan untuk membeli sesuatu barang itu dah berubah.dulu masa tahun 1998 manusia membeli handphone sebab senang untuk dihubungi bila ada di luar rumah.sebab tu dulu dipanggil 'mobilephone'.mobile.tapi sekarang beli iphone 4 untuk apa? tak percaya ada orang cakap dia beli Iphone 4 sebab senang dihubungi bila dia keluar rumah.

ya,gua pon ada beli benda-benda teknologi ni.contoh henfon gua.tapi gua beli 2nd hand blackberry.itupon sebab handphone lama gua rosak.dan gua beli bukan sebab nak internet atau nak update status fesbuk 24/7,tapi sebab nak guna telefon dan sebab qwerty pad yang senang untuk gua type mesej masa tengah drive.itu je.oh ya,gua pon ada beli compact camera lumix LX 3.gua beli camera ni bukan untuk gantung dekat leher,tapi lebih kepada nak tangkap gambar dan belajar tentang kamera.

tapi cuba tahan budak-budak yang gantung DSLR dekat leher.cuba tanya tentang aperture.diorang tau atau tak.tak pon cuma tanya B&W tu apa.kalau itu pon tak tahu memang budak tu cuma terpengaruh kawan untuk beli DSLR.

sebenarnya,teknologi ni cuma cara nak kaut duit je.gua suka tengok teknologi TV.mula-mula dulu skrin besar,lepas tu flat screen,kemudian LCD,lepas tu LED,sekarang 4 colour.tapi yang banyak orang beli tetap jenis tiub.pakcik makcik dekat kodiang ni tetap berhutang dengan apek kedai elektrik beli jenis TV tiub.

teknologi ni bagus,ia buat kita lebih kreatif,lebih memikir.tapi macam mana kreatif sekalipon,macam mana canggih sekali pon.ia perlu kembali kepada tugas hakiki.

2 comments: