bandung mengekalkan semua bangunan lama yang diwarisi sejak zaman koloni belanda.kata pemandu teksi 'disini bangunan lama tak dibenarkan dipugar' ketika kami kagum melihat bangunan di sekitar kota.hinggakan pusat beli belah terkenal paris van java dibina daripada deretan bangunan lama.
contoh bangunan lama yang dijadikan factory outlet store
keadaan lalu lintas.gambar diambil dari dalam beca.lihat beca boleh melalui di tengah jalan besar,
barangan disana terutama kain dan pakaian sangat murah.malah,harga di factory outlet disana jauh lebih murah dengan harga di FOS atau Reject Shop malaysia.disebabkan murah,penduduk sana terutama perempuan sangat bergaya.dan more fashionable.
Bandung.pusat kain dan pakaian.toko tiga tempat jual jeans separuh harga.
tetapi terdapat juga perkara yang kurang terdapat di bandung jika dibandingkan di malaysia.antaranya kebersihan bandar.memang sana kurang bersih jika dibandingkan di malaysia.malah mahu jumpa lori sampah juga susah.kebersihan bandar bergantung dengan pekerja yang akan mengutip sampah menggunakan tangan.
selain itu, disana susah mahu jumpa sinki basuh tangan di restoran.mungkin bukan budaya atau memang kebanyakan makan tak gunakan tangan.dari 3-4 restoran yang kami makan,cuma satu saja yang mempunyai sinki.
di restoran Sang Kuriang terdapat sinki basuh tangan
tahukah kenapa sana banyak kenderaan mpv? sebenarnya disana terdapat satu undang-undang jalan raya yang mengenakan saman sekiranya menaiki kenderaan melebihi kapasiti.sebagai contoh,sekiranya kereta sedan dinaiki oleh enam orang.saman akan dikeluarkan oleh polis.
kebanyakan kenderaan adalah mpv
ohh,disana para penjual toko bercakap sangat lembut terutama yang wanita.kadang-kadang buat kami terbayang, indonesia yang datang ke malaysia ganas-ganas,tapi di sana kebanyakan bercakap secara lembut dan sopan.
laki atau pompuan yg jaga toko bercakap cukup sopan.'belanja lagi pak','harga pecah telur' adalah ayat common mereka tarik customer.
pengalaman pertama gua keluar dari tanah malaysia sangat membuka mata.sepanjang disana, gua membandingkan bagaimana orang bandung dan orang malaysia.sifat dan perangai.memang ada kelebihan dan kelemahan.tapi bila melihat keadaan sosial dan ekonomi penduduk bandung,kesyukuran dipanjatkan kepada tuhan.melihat bagaimana orang sana cuba menjual apa sahaja demi mencari rezeki.tapi kita disini senang, empat kali rabu cucuk di atm gaji dah masuk.
No comments:
Post a Comment