Wednesday, February 22, 2012

karma

lu tau dak.dulu masa sekolah,gua duduk asrama.bila hari last asrama,maknenya esok jumaat boleh balik rumah.gua dengan member-member lain mesti tidor awal.abes prep,tak amek supper teros naik katil.tutup lampu,teros tido.

alasannya.sebab bila tido terasa masa cepat berlalu.pejam mata,sedar-sedar dah dengar azan subuh jumaat.pegi sekolah dan sembahyang jumaat dah boleh balik kampung.tapi itu amalan masa form bawahan.

tapi bila naik form atasan,malam last selalu tido lambat.sebab selalu ada hiburan dan kenduri.hiburan paling kelakar ialah gegaran batin kepada budak form bawahan yang kitaorang tak puas hati.malam last dipilih sebab kalo jadi apa-apa,esok dah buleh lari balik kampung.

ok,malam ni gua tido awal.sebab sok nak balik jumpa waifu.karma kan?

No comments:

Post a Comment