Monday, February 20, 2012

jarak jauh

bulan februari dah pon nak abes.bulan yang konon-kononnya romentik,menyambut cinta apa bagai kononnya.bulan yang pejuang-pejuang islam kat malaysia ni sibok nak banteras maksiat.tapi bulan lain tak buat pon.tapi bagi gua bulan ni paling tak seronok.masuk minggu ni dah tiga minggu tak jumpa waifu.itu satu rekod.sebelum ni paling lama cuma dua minggu tak jumpa.

susah sebenarnya duduk asing dan jauh.tambah pulak pesen cuti mingguan dan cuti umum negeri tak sama.jauh beza.penat jugak la untuk junggle semua benda.tapi tak apa,susah dahulu senang kemudian.
kadang-kadang gua jeles jugak tengok member yang ada wife.pesen dulu lepas meeting lepak ngeteh sama-sama sampai maghrib,tapi sekarang lepas meeting teros pecut balik rumah.tak taulah takut bini atau balik lepak dengan bini lagi best kot.

enough of that.

oh,hari jumaat aritu masa gua drive balik k.batas dalam radio ada cerita pasal long distance relationship.agak ramai jugak yang tak setuju dan tak yakin dengan long distance relationship ini.2012 ni kira masuk tahun ke empat gua punya long distance relationship.kira boleh kawen maknanye berjaya la relationship ni ye dok?

jenis dok jauh-jauh ni memang semangat perlu kental sikit.mula-mula tu memang susah sikit.macam kitaorang,dah 3 tahun dok dekat.lepak pon selalu.tiba-tiba kena dok jauh.jumpa pon jarang.sangat susah pada mulanya.lu ngaku macho macam mana sekalipon memang tak tahan.usah menipu ler.

tapi masa tak tahan tu la kena kuat.setengah laki mungkin lemah,itu pasal dia mula cari hiburan lain.gatal-gatal test market.layan awek fesbuk,cari spare part.usah menipu lagi.mesti terasa punya.gua? terasa jugak la time tu.tapi sebab time tu dan sampai hari ni gua rasa my waifu adalah manusia terbest untuk gua borak apa saja dan merepek macam-macam.so gua lupekan jela hasrat tu.

long distance relationship ini hanya perlukan sincere heart je.it easy to say,tapi perlu cekal untuk buat nya.bukan senang untuk buat.tapi once kita buat,dan relationship itu berjaya.tiada kata boleh menjelaskan berapa bestnya perasaan tersebut.percayalah kerana ia benar!

gua dah jadi serupa dr love la pulak.

No comments:

Post a Comment