Wednesday, February 29, 2012

lynas,siapa yang bangang?



Siapa yang bangang? Lynas sebab tak tunjuk plan untuk disposal waste? atau gomen yang bagi free tax selama 12 tahun kepada lynas? macam orang datang rumah kita,tumpang berak pastu tak bagi apa-apa.atau malaysian yang sokong dan buat tak tahu tentang masalah bumi kita untuk next generation?

tolong jangan jadi bangang macam golongan samseng moron yang laung ameno! ameno! dalam video bawah ni.

Wednesday, February 22, 2012

karma

lu tau dak.dulu masa sekolah,gua duduk asrama.bila hari last asrama,maknenya esok jumaat boleh balik rumah.gua dengan member-member lain mesti tidor awal.abes prep,tak amek supper teros naik katil.tutup lampu,teros tido.

alasannya.sebab bila tido terasa masa cepat berlalu.pejam mata,sedar-sedar dah dengar azan subuh jumaat.pegi sekolah dan sembahyang jumaat dah boleh balik kampung.tapi itu amalan masa form bawahan.

tapi bila naik form atasan,malam last selalu tido lambat.sebab selalu ada hiburan dan kenduri.hiburan paling kelakar ialah gegaran batin kepada budak form bawahan yang kitaorang tak puas hati.malam last dipilih sebab kalo jadi apa-apa,esok dah buleh lari balik kampung.

ok,malam ni gua tido awal.sebab sok nak balik jumpa waifu.karma kan?

Monday, February 20, 2012

jarak jauh

bulan februari dah pon nak abes.bulan yang konon-kononnya romentik,menyambut cinta apa bagai kononnya.bulan yang pejuang-pejuang islam kat malaysia ni sibok nak banteras maksiat.tapi bulan lain tak buat pon.tapi bagi gua bulan ni paling tak seronok.masuk minggu ni dah tiga minggu tak jumpa waifu.itu satu rekod.sebelum ni paling lama cuma dua minggu tak jumpa.

susah sebenarnya duduk asing dan jauh.tambah pulak pesen cuti mingguan dan cuti umum negeri tak sama.jauh beza.penat jugak la untuk junggle semua benda.tapi tak apa,susah dahulu senang kemudian.
kadang-kadang gua jeles jugak tengok member yang ada wife.pesen dulu lepas meeting lepak ngeteh sama-sama sampai maghrib,tapi sekarang lepas meeting teros pecut balik rumah.tak taulah takut bini atau balik lepak dengan bini lagi best kot.

enough of that.

oh,hari jumaat aritu masa gua drive balik k.batas dalam radio ada cerita pasal long distance relationship.agak ramai jugak yang tak setuju dan tak yakin dengan long distance relationship ini.2012 ni kira masuk tahun ke empat gua punya long distance relationship.kira boleh kawen maknanye berjaya la relationship ni ye dok?

jenis dok jauh-jauh ni memang semangat perlu kental sikit.mula-mula tu memang susah sikit.macam kitaorang,dah 3 tahun dok dekat.lepak pon selalu.tiba-tiba kena dok jauh.jumpa pon jarang.sangat susah pada mulanya.lu ngaku macho macam mana sekalipon memang tak tahan.usah menipu ler.

tapi masa tak tahan tu la kena kuat.setengah laki mungkin lemah,itu pasal dia mula cari hiburan lain.gatal-gatal test market.layan awek fesbuk,cari spare part.usah menipu lagi.mesti terasa punya.gua? terasa jugak la time tu.tapi sebab time tu dan sampai hari ni gua rasa my waifu adalah manusia terbest untuk gua borak apa saja dan merepek macam-macam.so gua lupekan jela hasrat tu.

long distance relationship ini hanya perlukan sincere heart je.it easy to say,tapi perlu cekal untuk buat nya.bukan senang untuk buat.tapi once kita buat,dan relationship itu berjaya.tiada kata boleh menjelaskan berapa bestnya perasaan tersebut.percayalah kerana ia benar!

gua dah jadi serupa dr love la pulak.

Wednesday, February 8, 2012

perihal gaji

kompeni gua punya sistem gaji memang tepat.setiap bulan selepas empat kali rabu,maka akan masuklah gaji yang sepatutnya.tapi kadang-kadang gaji boleh masuk awal di sesetengah bulan.

Jika dalam bulan tu ada perayaan yang jatuh pada atau sebelum gaji dijadualkan masuk,konfem gaji masuk awal.sebagai contoh,bulan disember dan januari yang lepas.disember ada perayaan krismas dan januari ada tahun baru cina.jadi kedua-dua bulan gaji masuk pada 15 haribulan.

tapi yang gampangnya bila kembali normal iaitu bulan selepas bulan perayaan.sesak tuh sementara nak tunggu gaji.mana taknya belum tengah bulan gaji dah tinggal kurang dari sebelah tangan.dem.