apa lu ingat kawen dengan negeri laen takde ikut adat ke? in fact,perkahwinan melayu ni gua rasa 70% adalah mengikut adat.kawen la kat mana-mana pon.semua penuh adat belaka.
jadi kenapa gua nak kawen dengan orang negeri sembilan?
kalo lu orang nak tau,kahwin berlainan negeri memang bagus.pertama-tama nya sudah semestinya la lu orang boleh tengok dan rasa sendiri budaya negeri lain.sebagai contoh,lu orang bangsar,kl kawen dengan orang kodiang,kedah.baru la boleh tengok orang pegi bendang,mengail kat tali air atau pakatan semasa kenduri.ini takde la lu orang buat fitnah atau mengata macam-macam tentang negeri lain.
tapi yang paling berkesan ialah tentang bila kawen berlainan negeri lu orang boleh tengok evolusi di atas meja makan.ini berdasarkan pengalaman femly gua sendiri.mak gua orang teluk buloh perak,bapak gua pulak orang pj,selangor.bila kawen dorang pindah dan end up di penang sampai sekarang.jadi mak gua boleh masak masakan perak,selangor dan penang.yang dia masak pulak menjadi sangat maveles.yang seronok,of cos la perot anak-anak diorang macam gua ni.sebab tu anak-anak banyak yang gemok.
tak tau la orang lain pikir macam mana.tapi itulah yang gua nampak dan alami sepanjang hidup.bila kawen dengan bukan orang setempat,macam-macam kesan jangka panjang boleh berlaku dan dilihat.dan yang paling terasa kesan ialah anak-anak tu nanti.
dan point tentang makanan itu sangat betul dan serius.tak sabar nanti meja makan gua ada sentuhan dari negeri sembilan pulak.
No comments:
Post a Comment