Monday, January 24, 2011

utusan melayau

salah satu penyebab yang buat gua menyampah dengan surat khabar orang melayu ialah suka tulis benda-benda bodoh.ni gua tempek cerita dalam utusan melayau hari ini.

Tian Chua mulakan ucapan Assalamualaikum

LABIS 23 Jan. - Pas terus memberi laluan kepada pentas-pentas ceramahnya untuk membenarkan rakan sekutunya yang bukan Islam mempersenda amalan umat Islam termasuk membaca ayat al-Quran secara salah dalam bahasa Arab dan melafazkan salam 'Assalamualaikum' dalam ucapan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan usaha Pas untuk menunjukkan kepada umum kononnya sekutu politiknya yang bukan Islam kini lebih mendalami Islam.

Terbaru, di atas pentas ceramah kempen Pas di Taman Gunung Emas di sini malam tadi, Pas seolah-olah tidak kisah dan membiarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua memberi salam 'Assalamualaikum' ketika berceramah.

Ketika itu tiada seorang pun barisan pimpinan Pas yang berada di atas dan bawah pentas termasuk Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad yang bertindak menegur perbuatan Tian Chua itu.

Sebaliknya, pemimpin PKR itu sekali lagi dibiarkan mengucapkan 'Assalamualaikum' ketika mengakhiri ucapannya.

Walaupun perkataan Assalamualaikum itu bermaksud 'sejahtera ke atas kamu' tetapi ia adalah amalan orang Islam untuk memohon kepada Allah supaya melimpahkan sejahtera kepada umat Islam lain yang diucapkan salam itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping daripada DAP, Nga Kor Ming menyelitkan bacaan ayat suci al-Quran ketika berceramah dalam kempen pilihan kecil Bukit Gantang namun bacaannya dalam bahasa Arab ternyata tersasar jauh daripada bacaan yang sebenarnya.

Seorang lagi wakil rakyat DAP, Wong Kar Woh juga pernah menyelitkan bacaan ayat al-Quran ketika membahas pembentangan Bajet 2009 negeri Perak.

Ketika diminta mengulas mengenai isu itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, perbuatan Tian Chua itu jelas bermotifkan politik tanpa memikirkan perasaan penganut agama Islam.

"Orang Islam terutama daripada parti pembangkang harus peka dengan perkara-perkara yang berkaitan Islam.

"Jangan gunakan Assalamualaikum untuk tujuan politik, tarik sokongan atau semata-mata untuk meraih undi orang Melayu, ini perbuatan tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas majlis Pertandingan Nasyid dan Penyampaian Bantuan Khas Kepada Sekolah-sekolah Agama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Agama Pekan Ayer Panas di sini hari ini.

Zainal Abidin percaya, Tian Chua hanya menggunakan ucapan salam itu ketika berkempen dan bukan pada hari-hari biasa.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan petugas-petugas Pas yang tidak berani membuat teguran dan seolah-olah 'merelakan' Tian Chua mengucapkan demikian.

wadehel.lu orang baca la betapa bongok nya wartawan utusan ni.punya nak cerita benda tak elok,sampai sanggup tulis benda bodoh macam gini.takde akal ke? gua bukan geng serban atau utaz,tapi gua tau la jugak sikit tentang agama.

yang gua belajar,orang bukan islam tiada masalah dan tidak bersalah untuk ucap 'assalamualaikum'.orang islam pon wajib jawab.tapi hanya cukup menjawab dengan 'waalaikum'.lagi pon 'assalamualaikum' tu cuma tiga perkataan bahasa arab biasa,yang bermaksud 'salam ke atas kamu'.bukan ada kena mengena dengan akidah.

dalam quran pon ada tulis

When you are greeted with a greeting, greet in return with what is better than it, or (at least) return it equally. Certainly, Allah is Ever a Careful Account Taker of all things. (An-Nisa 4:86)

gua bukan butthurt pon dengan apa yang ditulis.tapi bagi gua, utusan melayau ni sangat tidak bertanggungjawab.kebanyakan orang kampung pembaca tegar utusan melayau.termasuk mak bapak gua.diorang takde internat.surat khabar saje sumber pengetahuan diorang.cuba bayangkan bila diorang baca,mereka percaya orang bukan islam tak buleh memberi salam? bukan ke dah menyimpang dari apa yang tuhan ajar? sape nak bertanggungjawab?
wartawan utusan melayau ni terlalu taksub nak sensasikan sesuatu perkara,tanpa memikir,tanpa selidik.dah nama pon orang melayu.memang suka benda sensasi,tapi tak suka nak berpikir.

No comments:

Post a Comment