kalo ikut perkiraan kalendar gregory,ini hari genap 2 tahun gua jadi penduduk kokdiang.gua mula kena posting kat kokdiang 1/12/2008.sejak 2008,gua tengok tak banyak sangat berubah.cuma dua benda je jalan 4 lane dari jitra-arau dah siap (sampai kokdiang je baru siap,arau idak lagi),lagi satu ada arked baru bukak dekat pekan kokdiang.itu je.yang lain masih sama seperti dua tahun lepas.sempena 2 tahun gua dah menghuni kokdiang ni,gua nak catat benda-benda menarik tentang kokdiang pada pandangan gua.
1. tiada jualan surat khabar bahasa inggeris di kokdiang.gua suka baca the star,sebab berbaloi.tapi gua tak tau kenapa satu pon tak dijual di kokdiang.yang pelik,surat khabar politik berlambak-lambak.
2.pasar malam di kokdiang tak menarik.tak banyak benda yang gua buleh telan.tak banyak variety.sepanjang dua tahun,setiap kali gi pasar malam,benda sama yang gua beli.
3.penjual apam balik di kokdiang menipu.diorang tak letak jagung.kalo nak jagung kena beli yang special harga 70sen.wadehel? apam balik wajib ada jagung!
4.kedai pasembor punya banyak kat kokdiang,tapi gua tak berapa berkenan.sebab dia tak buleh nak pilih-pilih.pasembor terbaik tetap di penang.
5.awek-awek kokdiang obses dengan muka putih.suka pakai pemutih muka,yang buat muka cerah dan merah-merah sampai gua kadang-kadang takut nak tengok.muka puteh,tapi bila tengok tangan dengan kaki gelap.weird.
6.yang lelaki pulak suka main motor.bajet mat rempit.kesukaan diorang suka lepak ramai-ramai sambil bukak lagu dekat henfon pakai speaker.diorang pikir diorang cool,bajet awek buleh sangkut,padahal annoying btol.
7.masjid kokdiang membenarkan orang meniaga di kawasan mesjid hari jumaat walaupon azan dah berkumandang.kalo ikut hukum/quran tak buleh.
8.kenduri kawen buleh dibuat setiap hari.tak perlu tunggu hari jumaat/sabtu/ahad.sebab tu time cuti sekolah gua buleh makan pree setiap hari.
9.makan di kokdiang masih murah.laksa sebungkus seringgit pon masih ada orang jual.
gua tak ingat dah apa benda yang menarik kat kokdiang ni.takde la menarik sangat kokdiang ni.tapi kira gua steady lagi la buleh tahan hidup dua tahun kat sini.
No comments:
Post a Comment