sebulan dua ni aku agak sibuk menguruskan hidup.pertama aku dah pindah rumah.sekarang aku duduk rumah manager di salah satu kilang kompeni aku.pindah duduk free.sewa free,api air pon free.aku cuma masuk bawak baju je.tapi duduk rumah ni aku rasa macam tinggal di hotel bajet.balik kerja,tengok tivi saiz kotak kasut,makan malam, tidur,bangun tidur pegi kerja balik.itu je rutin setiap hari.astro takde,internet pon takde,dan line telefon macam jilaka.hari minggu sama ada balik kepala batas atau balik shah alam.tak pernah terlintas di hati ni nak spend cuti kat situ.
kedua, lepas aku rejek satu offer kerja bulan lepas,wife pulak dapat interbiu kerja di prai, penang.2-3kali jugak la dia berulang alik balik sini.syukur kepada tuhan, minggu lepas dapat offer.so next month we will move to kepala batas yo! walaupon berusaha untuk cari kerja di kedah,tapi aku pon naik hairan.application seratus lebih,hampir more than half apply kompeni kedah.satu kompeni pon tak panggil interbiu.berlagak betol.tapi aku rasa ini semua rezeki dari tuhan.sebelum ni pon wife memang berhasrat nak duduk kepala batas,tuhan pon bagi la.mungkin la kot.
masih ingat tiga target aku sebelum umur 30 tahun? atau pelan 5 tahun yang aku set dulu masa besday yang ke 25.nombor satu nak kawen,nombor dua nak anak dan tiga nak beli rumah.jadi lepas kawen aku dah berazam, bila mana sahaja wife dah pindah ke sini aku nak beli rumah.yela,berulang kokdiang-shah alam banyak kos dia.mana mampu.so, memandangkan dia dah boleh pindah ke sini,aku kena la tunaikan azam tersebut.pada mulanya aku ingat nak tunggu bila dah lapang-lapang nanti dan increment gaji tahun ni dah dapat baru nak mula cari rumah.tapi satu hari,masa tengah jogging aku terpikir satu benda.'house price increment wouldn't wait your wage increment,and your wage increment wouldn't match the house price increment'.perghh,aku masa jogging memang selalu keluar speaking omputih dalam hati.
dengan terdetik ayat tu dalam hati,balik jogging.lepas sarapan terus aku capai motor bapak habis satu kepala batas dan bertam aku pusing tengok rumah dan taman yang ada.dari bertam indah sampai ke bertam putra aku pusing ambik gambar dan nombor talipon.dan ada satu yang aku sangat berkenan bila first time masuk kawasan tu.lepas compare dengan 2-3 bijik yang lain,terus kami proceed dan sekarang dalam proses untuk beli.nantilah bila dah setel semua aku cerita lain.
tak sabarnya nak tunggu bulan tiga.
No comments:
Post a Comment