Tuesday, October 18, 2011

rumah sewa pt 2

setelah runsing mencari rumah sewa,minggu lepas gua berjaya mendapat sebijik rumah.memang penat mengodek internet dan menelefon akhirnya kami setuju untuk menyewa flat di seksyen 19 dengan sorang kakak ni.baik kakak ni,cerita pum-pang-pum-pang tetang rumah dia.lepas setuju,dan gua pon dah tolak option lain.konfirm dengan akak tu jumpa jumaat malam untuk settle hal-hal deposit dan serah kunci.rabu selesai hal tentang rumah sewa,so kames gua buleh lepak-lepak dan tunggu untuk ke shah alam malam tu.

petang kames tu,tengah gua sedap tido waktu rehat,henset gua bunyi.apartment yang gua tanya awal dulu,tapi orang tu buat tak tau saja bila gua call,adea hantar mesej.satu unit apartment tu available,dan boleh masuk bila-bila masa.

time tu gua rasa geram tahap tinggi,'babita betol,itu hari gua call 5-6kali,tak angkat,ni gua dah konfirm dengan orang lain tetibe je kata rumah available' menyirap gua dalam hati.

selepas pujukan cik tunang,gua berlembut sikit.pelan-pelan gua reply mesej.set time jumpa,malam tu jugak cik tunang pegi jumpa dan tengok rumah.10 minit je tengok,teros bayar deposit.yelah,antara flat 2 bilik dengan apartment 3 bilik dengan kadar sewa yang sama.of cos la apartment lagi berbaloi.

tapi paling celaka bila nak cancel rumah dengan akak tu.gua punya rasa bersalah memang tahap tebal.belum sempat dapat idea nak cancel,akak tu sms offer peti ais penyewa sebelum tu dengan harga murah dekat gua.lagi gua rasa bersalah nak cancel.sebelum naik bus ke shah alam,gua karang sms baik-baik.kasi alasan keselamatan (sebab apartment tu ada security) dekat akak tu,gua jugak mintak maaf banyak-banyak.abes karang,send,lempar henset dalam beg,sumbat ipod kat telinga gua gi jalan-jalan.gua takut nak baca mesej atau dia telefon.

dalam hati terasa jahat,sebab dah berjanji bagai.kalo gua jadi akak tu pon,gua akan marah.atas bus,bila dah tenang gua baca mesej dari akak tu.mesej marah,sebab dah buang masa dan duit dia.mungkin kalo gua tak konfirm, dia boleh bagi sewa dekat orang lain.gua terasa macam nak reply balik.tapi tak nak lagi kecoh,gua biar je sms tu dan teros tido sampai ke shah alam.

rumah yang disewa sekarang sangat selesa,tenang dan selamat.rumah selesa menyebabkan keseronokan untuk mengisi barang.wikend lepas seribu lebih kitaorang abeskan untuk rumah.semua gara-gara eksited dapat rumah dan nak duduk bersama.macam-macam dibeli,katil,tilam,peti ais dan macam-macam lagi.tapi malang bagi gua,lagi sebulan baru dapat merasa semua tu.buat masa sekarang,tido lagi la atas tilam bujang nipis tu...

No comments:

Post a Comment