Sunday, September 25, 2011

kurang dua bulan

kurang dua bulan lagi gua nak nikah.sebok memanjang.topik sembang dengan cik tunang setiap hari pon pasal majlis.kehulu kehilir jugak la gua seminggu dua ni.buat itu ini.nak nikah memang seronok.tapi persiapan tu,ya rabbii.selagi tak sampai ke tarikh tu,selagi tu la dok kalut.

sebenarnya nikah ni kalo ikut rukun dan syarat agama senang je.sehari je boleh selesai.tapi bila nak bercampur dengan undang-undang dan budaya.benda jadi rumit.contoh sebelum nikah,kena buat permohonan dulu.sebelum nak pohon kena ambik ujian hiv.lepas tu nak pulak tandatangan imam dan pengawai masjid kariah.lepas tu kena hantar balik borang.dah hantar kena tunggu pulak surat kebenaran keluar.siap surat kebenaran kena hantar pulak untuk proses belah pompuan.bertingkat-tingkat proses.

memang benda tu bagus terutama ujian hiv tu.tapi kalo dapat diringkas lagi proses lagi bagus.lagi pulak,lain negeri lain pulak caranya.penang lain caranya,kedah lain pulak.kenapa la tak buleh seragamkan?

kalo mohon di penang,kena interbiu dulu sebelum dapat surat kebenaran nikah.jadi jumaat lepas gua pon pegi la hantar borang dan interbiu.walaupon gua ni bekas budak sekolah agama,bab interbiu ni memang agak berdebor.tambah benda-benda agama ni.bukan boleh buat main-main.nak ikut akal logik pon bukan boleh sangat.yang paling buat gua bedebor takut tersasul tentang bacaan atau niat.

contoh kot dia tanya niat mandi wajib yang 'nawaitu rafa 'al hadasi...'tu..kot kang dia tanya, gua tersasul jawab 'nawaitu sau maghadin...' tak ke punggah.sebab tu la sebelum ke pejabat agama,gua selak-selak sikit buku fardu ain.

jadi masa interbiu,mula-mula suruh mengucap,istighfar dan baca fatihah.memang ekselen gua jawab.lancar.tapi bila dia tanya rukun nikah.mula la nak gagap.pelan-pelan gua bagi empat tak cukup satu.dua orang saksi gua lupa sebut.kemudian datang soalan waktu haram bersetubuh.mak aih lagi gua gagap.pelan-pelan gua jawab haid,nifas,wiladah.lagi? tanya ustaz tu.agak lama gua terdiam,memang idea tak mari.pelan-pelan ustaz tu cakap 'bulan pose'.'malam boleh ustaz' gua jawab.'malam memang buleh,tapi siang jangan la..gelojoh sangat lu ni'...

setel.interbiu lulus dan direkomen untuk nikah.gua dah buleh menikah.sekarang tengah tunggu surat kebenaran je,untuk bagi belah pompuan..5 hari bekerja baru keluar surat kebenaran..haisshh,kena tunggu lagi.

Monday, September 19, 2011

new season

manchester united memulakan season seperti bermain di penghujung season.kena rasuk apa man utd ni?

dah lama agaknya tak tulis pasal bola.dah tak tahu nak tulis apa.jadi ini prediction gua untuk musim ni.

1. man utd tetap juara liga
2. man utd,man city dan chelsea akan jadi top 3
3. stoke city mungkin akan jadi top 4

liverpool dan arsenal....mid table gua rasa kehkehkeh

Wednesday, September 7, 2011

10 Tahun Sebelum Merdeka

disebabkan oleh mat sabu gua terasa nak membaca balik dan menengok balik cerita sejarah pasal merdeka kita.gua dengan sejarah memang tak berapa ngam.sejarah ni memang lame ass sangat untuk dibaca,gua pon cari jela dalam youtube.ada beberapa benda yang buat gua terpikir.

1. kenapa tak pernah ditunjuk full clip merdeka yang pertama kat stadium merdeka tu? balik-balik tunjuk tunku laung merdeka je?

2. kenapa selalu di katakan malaysia merdeka tanpa tumpah darah?

buku sejarah sekolah gua rasa macam cerita tak habis pulak.dan buku tu macam buku novel.semua yang ditulis indah belaka.jadi tadi gua jumpa video cool dibawah.dari cerita ni,gua baru dapat cerita sebenar sebelum merdeka.walaupon mungkin tak betul sangat,tapi idea sebenar macam mana malaysia nak merdeka ada dalam cerita ni.





kalo ikut cerita dalam siri ni,how great malaysia will be kalo merdeka mengikut kata rakyat? mungkin hari ini,takde perpecahan kaum sebab semua melayu.takde gaduh-gaduh pasal politik.dan lagi best,bendera negara kita lebih cool daripada bendera sekarang.bendera sekarang macam USA.gua langsung tak minat.

oh ya,disebabkan mat sabu jugak menunjukan betapa bodoh orang melayu yang berpolitik ni.kes dia ceramah geng-geng melayu politik ni berduyun-duyun buat repot polis.sampai 266 repot kalo tak silap.tapi kalo kes buang bayi,satu report pon diorang takde nak buat.politik melebihi kemanusiaan.what a shame.

Tuesday, September 6, 2011

raya 2011

-hari akhir ramadhan gua baru balik penang.sekali mak gua masak lauk itik untuk berbuke.selama nak masuk 26 tahun gua hidup,itula first time mak masak itik.

-malam raya,orang lain sibok bertakbir,pasang langsir atau tukar sarung kusyen.member sekolah rendah gua selamba ajak maen futsal.first time malam raya gua maen futsal.court memang lengang.orang pon tak ada.tengah maen pasang lagu raya.memang takde feel langsung nak maen.

-raya ke empat,geng-geng bujang rumah gua buat bbq.buat malam.ini pon first time.selalu buat makan-makan tengah hari.tapi sekali tahun ni buat bbq.pergghh,dia punya feeling memang puas.tambah dengan gelagat kanak-kanak anak buah gua.memang seronok.

memang banyak betul first time raya kali ni.
kemeriahan raya tahun ini

BBQ raya