Monday, August 29, 2011

lagu raya kegemaran

telinga gua langsung tak buleh terima lagu raya budak-budak sekarang..bunyi macam nyanyi sambil teran berak.



"Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin"

Sunday, August 28, 2011

catatan aidilfitri 1423

-hari raya cuma terasa bila duduk sorang-sorang,dengar lagu raya,dan bunyi mercun.lagu raya dan mercun memang ngam buat hati sayu tak balik kampung lagi.

-tahun ni last gua dapat raya rilek-rilek macam bujang-bujang yang lain.tahun depan punya raya mungkin gua pening nak atur persiapan dan balik kampung apa semua.

-ntah-ntah tahun ni raya bujang.tahun depan bertiga.punggah.

-pagi tadi gua terpikir.cuti am raya patut tiga hari.sebelum raya,hari raya,dan raya kedua.baru btol spirit sambut raya.

-orang opis gua kata,kampung gua bukan jauh mana.sejam setengah je drive.ya,memang dekat.tapi dekat raya ni lain macam kalo tak balik-balik lagi.datang opis lagi la.tak ikhlas langsung hati ni.

Tuesday, August 23, 2011

lagu penenang jiwa


masa sekolah menengah,asma-ul-husna adalah menjadi nasyid yang wajib.sama ada masa start perhimpunan dan selepas sembahyang isyak.tak tahu asma-ul-husna? jangan mengaku islam kalo macam tu.disebabkan dah menjadi nasyid yang rutin,asma-ul-husna memang terlekat dekat hati gua.sampai hari ini.dalam itunes dan ipod gua pon memang ada asma-ul-husna.tapi dekat sini ada satu jenis je.yang start dengan 'nas alu kaya' tu.kot nak lagi sedap,dengar yang hijjaz punya.

tapi tadi,dari fesbuk gua dapat video ni.nyanyian oleh sami yusof.perghhh,memang lain macam bila first time dengar.tenang jiwa.dan tegak bulu roma.tak percaya? cuba dengar.oh,kalo nak tahu nasyid ni jadi latar kepada iklan program ramadhan tv3.

Wednesday, August 17, 2011

klasik ramadhan : sekolah rendah

dulu masa sekolah rendah,
asal masuk bulan pose mesti pegi sekolah pakai songkok.
bulan pose je pakai songkok.
dah la mumayiz lagi,pakai songkok.
nampak mulia dan suci je..

naik sekolah menengah..
hari-hari wajib pakai songkok...

Sunday, August 14, 2011

anak muda disini

tahun ni,tahun ketiga gua berpuasa disini.sama setiap tahun.ramai anak muda yang tak puasa.siang hari bangga ke hulur hilir merokok tanpa rasa segan.kadang-kadang bila diintai didalam kereta,megah menghembus asap rokok walaupon cermin ditutup lebih dari separuh.

bila malam,masa orang sebok ke masjid.anak muda banyak menuju ke tempat lepak.mengodek motor.berkumpul.gelak dan ketawa mengalahkan selawat orang terawikh.

rugi hidup anak muda disini.

Thursday, August 11, 2011

menjadikan berbuka buffet lebih berbaloi

semalam gua baru balik dari kl.ada kursus disana.sepanjang di kl,2 kali rezeki gua dapat berbuka di hotel.buffet mahal.satu rm90 lebih,lagi satu rm100 lebih.satu hotel dekat putrajaya,satu lagi di tengah-tengah kotaraya kl.

kedua-dua buffet yang gua pegi ni free.kalo nak bayar sendiri,memang gua tak kan pegi.rm100 tu boleh lepas 2 minggu berbuka puasa gua kat kokdiang ni.

masa gua berbuka dengan geng sekerja ramai mengeluh,kata tak berbaloi.walaupon pilihan makanan banyak.masakan dan makanan sangat bagus.tapi sebab makan cuma sikit,rasa memang tak berbaloi.

bagi gua untuk rasa sedikit berbaloi,perlu ada stateji makan.strateji pertama,jangan teguk air setengah jug masa mula azan.strateji kedua jangan lu sumbat nasi dulu.nasi kasi last sekali.strateji ketiga makan benda pelik yang memang tak dapat di rumah lebih banyak.contoh,kalo dah kat kokdiang ni buleh dapat buah melaka.tak payah la nak telan buah melaka lagi.cari benda lain.

walaupon gua dah susun strateji cantek punya.sampai kawan gua puji.makan memang non-stop,tak berenti ulang alik ambik makanan.makan sampai nak masuk waktu terawih.gua tetap rasa tak berbaloi.memang nafsu makan besar.

gua still tak puas hati sebab ada makanan yang gua tak ambik.