Wednesday, June 8, 2011

kelaziman

kalo di setiap majlis-majlis kenduri perkahwinan,mesti akan ada yang bertanya kepada golongan-golongan bujang.
'ko bila pulak?','bila gilinran hang pulak?' atau soalan-soalan yang sejenis dengan itu.
yang dah kawin pulak akan ditanya soalan lain pulak.
'bila nak dapat anak?','dah ngandung ke?' atau dalam gaya kedah 'dah lekat perot ke?'
macam tu la soalan-soalan tipikal bila di tempat atau majlis kenduri kahwin.pegi la mana-mana kenduri pon.kedah,perlis atau kl.sama je soalan.

tapi yang hairan,bila di majlis atau masa menziarahi kematian.tak pernah pulak dengar soalan bertanya, 'ko bila nak meninggal?' atau 'bila giliran ko pulak?'

bukan ke jodoh,rezeki dan ajal adalah ketentuan tuhan?

No comments:

Post a Comment