Sunday, January 30, 2011

sempena pilihanraya tenang:demokratik kah malaysia?

bersempena satu pilihanraya kecil hari ini di johor,adakah korang rasa negara malaysia sebuah negara demokratik? yang betul-betul mengamalkan ciri-ciri sebuah negara demokratik.kalo korang kata ya,gua kata tunggu dulu.mari gua kenalkan lu dengan Geert Hofstede.

Geert Hofstede ialah seorang ahli siosologi belanda yang memperkenalkan 'five cultural dimensions'.lima dimensions tersebut ialah power distance (PD),Individualism (IDV), Masculinity (MAS), Uncertainty Avoidence (UAI) dan Long Term Orientation (LTO).lima dimension ini digunakan untuk menganalisa budaya sesebuah negara.

tapi apa yang gua nak cerita ialah tentang power distance (PD).PD ialah satu analisa untuk mengukur pengagihan kuasa (distribution of powers) dan kekayaan di dalam sesebuah negara,bisnes atau budaya.sesetengah orang menganggap PD ini adalah kadar perbezaan antara 'haves' dan 'have nots'

Geert telah membangunkan satu indeks iaitu power distance index (PDI) yang menyenaraikan indeks kadar kedemokratikan sesbuah negara di dunia.negara yang mempunyai indeks yang rendah menerima pengedaran kuasa yang lebih setara atau sama.orang putih kata flat power distribution.kalo orang tua melayu kata 'duduk sama rendah,berdiri sama tinggi'.dan kalo ayat feveret ameno ialah 'berjiwa rakyat'.di negara yang PDI nya rendah,orang bawahan atau marhein diberi peluang untuk mempersoalkan mereka yang berkuasa,malah orang atasan berusaha mendapatkan pandangan dari orang bawahan.bermakna negara yang indeksnya rendah sangat demokratik,rakyat bebas bersuara,serta surat khabar boleh mempersoalkan tindakan pemerintah secara terbuka.

bagi negara yang indeks PD yang tinggi rakyat menerima serta expect pengagihan kuasa yang tidak rata.tidak flat.bermakna terdapat hieraki dalam pengagihan kuasa.berbanding dengan negara PDI yang rendah,suara rakyat di negara yang PDI tinggi,sangat tidak bebas.mempersoalkan tindakan dan keputusan yang dibuat oleh orang atasan atau pak menteri adalah suatu yang tidak normal.masyarakat pula menerima dengan hati yang rela status mereka sebagai orang bawahan atau orang biasa.

jadi mari kita lihat berapa PDI untuk negara kita,dan di tangga berapa negara kita dikalangan negara dunia.

Power Distance Index
1-2021-4041-6061-8081-100101-120

CountryPDIIDVMASUAILTO

Malaysia104265036
Guatemala95637101
Panama95114486
Philippines9432644419
Mexico81306982
Venezuela81127376
China80206640118
Egypt80385268
Iraq80385268
Kuwait80385268
Lebanon80385268
Libya80385268
Saudi Arabia80385268
United Arab Emirates80385268
Ecuador7886367
Indonesia78144648
Ghana7720465416
India7748564061
Nigeria7720465416
Sierra Leone7720465416
Singapore742048848
Brazil6938497665
France68714386
Hong Kong6825572996
Poland68606493
Colombia67136480
El Salvador66194094
Turkey66374585
Belgium65755494
Ethiopia6427415225
Kenya6427415225
Peru64164287
Tanzania6427415225
Thailand6420346456
Zambia6427415225
Chile63232886
Portugal632731104
Uruguay613638100
Greece603557112
South Korea6018398575
Iran58414359
Taiwan5817456987
Czech Republic57585774
Spain57514286
Pakistan55145070
Japan5446959280
Italy50767075
Argentina49465686
South Africa49656349
Hungary46558882
Jamaica45396813
United States4091624629
Netherlands3880145344
Australia3690615131
Costa Rica35152186
Germany3567666531
United Kingdom3589663525
Switzerland34687058
Finland33632659
Norway316985020
Sweden317152933
Ireland28706835
New Zealand2279584930
Denmark18741623
Israel13544781
Austria11557970
sumber dari sini
janganlah terkejut tengok malaysia champion dalam PDI ni.kalo korang paham dari mula,dah buleh agak dah berapa indeks malaysia.gua tak pernah pegi negara lain,jadi gua tak buleh compare.tapi gua kenal sangat negara kita ni.cuba lihat keadaan negara kita.yang berpangkat datuk,tan sri berlambak.dalam satu-satu majlis mereka sangat diraikan.dengan kompang,bunga rampai apa bala semua.lepas tu,kalo naik kereta escort polis berapa ramai? rakyat biasa kena beri laluan kepada mereka.

cakap datuk-datuk,pak-pak menteri wajib dipatuh.rakyat langsung tak boleh persoal dan bantah.cuba tengok media-media di malaysia.mana ada dalam buletin utama kutuk tindakan pak menteri.mana ada dalam utusan melayau persoal lawatan bik mama.kalo ada media yang bantah nescaya kena tangkap.syarikat penerbitan kena tutup.

jadi,tengok macam mana negara lain.sezalim-zalim israel,tapi diorang lebih demokratik kepada rakyat mereka berbanding malaysia. gua harap,semua rakyat malaysia sedar dengan situasi ini,dan berusaha untuk mencapai jurang yang lebih kecil antara yang berkuasa dan tidak berkuasa.

2 comments:

  1. Posting yang berani... hati-hati dengan akta hasutan.... eheheheheh...

    ReplyDelete
  2. this is fact hahaha...lepas ni semua kena license..even blog and facebook..

    ReplyDelete