hari ini 30 jun 2010,bermakna dah separuh tahun 2010 berlalu.kalau nak disamakan dengan bola sepak,ini bermakna separuh masa pertama sudah abes.waktu rehat untuk pemain dan manager,untuk menyusun semula strategi dan menaikan semula semangat.macam kat kilang gua,arini sebok dengan 'stok take' pertengahan tahun.semua benda perlu dikira berapa yang tinggal.tengah gua golek-golek dalam surau (musim bola,gua banyak tido dalam surau waktu rehat),terpikir benda-benda yang gua dah buat sepanjang 2010.
tak banyak benda menarik yang berlaku sepanjang 2010 bagi gua.yang paling menarik gua rasa bila gua dapat bonus bulan empat lepas.sepanjang hidup gua,tak pernah gua dapat duit seketul banyak tu.gua bersyukur kepada tuhan.tapi benda yang lain-lain,gua rasa biasa je.gua rasa hidup macam bosan,setiap hari buat benda sama.same old,same old.pagi bangun,pegi kerja,balik kerja,tengok tv pastu tido.esok sambung buat benda sama jugak.duduk kokdiang,tak banyak benda yang gua buleh buat.wayang takde,kedai makan best-best takde.sebab tu,setiap kali balik kepala batas gua entertain diri sendiri.pegi tengok wayang sorang-sorang macam loser,beli makanan yang sedap-sedap,balik rumah.gua jadi hepi.
masuk second half 2010,maknanya usia gua naik lagi setahun.hidup gua dah suku abad bulan 12 ni.umur macam gini gua kena pikir untuk naik lagi satu 'step of life' iaitu kawen.member-member gua dah ramai dah berkelamin.tahun depan semua dah ambik gilir.tak buleh jadi,gua kena berusaha.jadi kelmarin gua suruh makwe sweet buat satu benda,pegi tanya kos member gua yang baru kawen itu hari.malam tadi makwe sweet terang satu-satu "hantaran 10k,baju 3k,khemah 780,yada,yada...semua sekali busuk-busuk rm30k"...."gulp" gua telan air liur banyak sekaligus...sambil memandang diluar jendela.....tak buleh jadi,gua kena buat macam gua plan itu hari.getus hati nurani gua...
Wednesday, June 30, 2010
Tuesday, June 29, 2010
kambing hitam
tahun 1998..david beckham

tahun 2006..cristiano ronaldo

tahun 2010..wayne rooney

macam ni lah england setiap kali world cup.setiap kali gagal mesti cari kambing hitam.masuk tahun ni dah tiga kali england telah mengkambing hitamkan pemain man utd.disebabkan inilah gua memang tak suka dengan england.padahal game lawan jerman,memang england outclass dan outplay oleh pasukan lawan.salahkan gol tak dikira? tapi apa jadi dengan dua gol oleh thomas 'miss' muller.pertahanan england memang hancur sepanjang piala dunia.
tapi gua paling tak suka bila rooney di kambing hitamkan.semua surat khabar hentam rooney.diorang sepatut tahu,england bukan man utd.man utd bukan england.cara main,disiplin,taktikal memang tak sama.tapi bagi gua,jerman main memang macam man utd.gol counter attack muller mengigatkan gol rooney ketika lawan arsenal.kalau rooney main untuk jerman gua rasa dia buleh sukses.ini tidak,main dengan england nak dapat bola pon susah.kalau lawan korea pon gua rasa england tak kan menang.
abes dengan england,sabtu ni jerman lawan argentina.game yang terlalu awal gua rasa,sepatutnya game macam ni bila separuh akhir,baru sedap.dua-dua team feveret gua,tak kisah siapa yang menang.tapi hati gua ada soft spot untuk jerman.tak sabar gua nak tunggu hari sabtu..

maksud eh "unshakable,determine to fight,certain of victory!"

*gua sekarang suka tengok poster nazi.memberahikan semangat hahaha
Thursday, June 24, 2010
malaysia dan judi
sekarang ni musim bola,jugak musim judi di seluruh malaysia.hari-hari tengok dekat berita tv dan akhbar tentang pembongkaran dan penyelesaian kes judi bola sepak.setiap hari ada je bookie atau tauke yang kena tangkap kerana judi haram.ya,dekat malaysia ada judi haram dan ada judi halal.tapi kenapa bila musim piala dunia je baru kecoh-kecoh nak tangkap? kalau bukan musim tak ada pon operasi yang membanteras judi ni.
sebenarnya judi ni dah sebati dengan orang malaysia.sejak kecil kanak-kanak didedahkan dengan judi.tak percaya? korang pernah dak beli jajan plastik kaler hitam,dalam ada keropok kaler kuning pastu ada kad kecik.bukak kad kecik tu ada tulis menang apa atau tak dapat apa-apa.kadang-kadang hadiah yang nak menang tu tak logik langsung dengan tikam cuma 20sen.tapi, itulah ketagihan kanak-kanak zaman gua dulu.gua masih ingat,hadiah paling besar gua pernah menang ialah RM2.gua tikam masa bulan puasa.takut rasa berdosa,gua guna duit tu beli mercun.sebab dah sebati dari kecik,sebab tu la terbawak-bawak bila besar.
sebab tu la ramai orang malaysia suka dengan judi.sebab sejak kanak-kanak otak dah dididik dengan judi.kadang-kadang benda nampak senang dan kecil,tapi sebenarnya dari benda kecil tu yang membentuk masyarakat sekarang ni.kalau kita tengok suratkhabar pon ada buat judi.contoh,teka bola dalam satu surat khabar melayu.kumpul gambar,kemudian teka bola tu sepatutnya ada dekat mana.dengan teka kalau betul buleh menang duit ribu-ribu.bukan ke itu satu judi jugak? tapi tak pulak kena serbu oleh polis.sebab itu la tadi gua ada bagitau,dekat malaysia ada judi halal dan haram.satu contoh judi halal,yang dalam surat khabar la.
jadi tak payah la polis nak kalut-kalut banteras judi bola sepak world cup.sebab masa bukan musim bola,banyak lagi judi-judi yang tak dibanteras.epl,la liga pon gua rasa diorang dok main bet.tapi gua pikir polis ni mungkin nak tolong diorang cover balik silap bagi lesen judi itu hari.tak pon,pak menteri baru perasan judi tu haram..

Wednesday, June 23, 2010
Tuesday, June 22, 2010
sebab kerajaan nak hapus UPSR dan PMR
korang semua tau tak kenapa kerajaan nak mansuh UPSR dan PMR?

Via: Online Schools
Belajar kat internet lagi best dow.dulu cekgu biologi gua malu-malu nak ajar.hahaha...

Subscribe to:
Posts (Atom)