Thursday, January 3, 2013

selamat tinggal 2012

tahun 2012 yang penuh dengan dugaan dan cabaran telah pon tamat.mula tahun dengan hati yang gembira kerana baru lepas kahwin,selepas beberapa ketika mula mencabar.dengan tinggal berjauhan, menyebabkan aku mula belajar dan struggle untuk menyeimbangi antara kehidupan,tanggungjawab dan kerja.it's not an easy task.dalam usaha untuk menyeimbangi semua benda,aku terpaksa meletakkan kerja at the back seat.ya,aku terpaksa.selepas lebih daripada setengah tahun baru aku berjaya menyeimbangi dan serasi dengan semua benda dan keadaan.dan kerja yang aku tinggalkan at the back seat memberi kesan.

tahun 2012 bukan tahun yang cemerlang dalam pekerjaan aku.sampaikan masa bos aku bagi penilaian pon aku tak berani nak counter apa-apa.bermacam-macam masalah timbul sepanjang 2012.tahun lepas  jugak aku mengalami temuduga,temusoal,makian dan cemuhan dari bos.mulanya memang terasa frust,tapi on the positive side, itu yang jadi pengalaman.dalam masa kawan-kawan yang lain tak ada pengalaman macam tu,tapi aku ada.if i am a big bos,aku akan cari pekerja-pekerja yang biasa kena benda macam ni semua untuk consider promotion.sebab yang takde pengalaman macam tu,dia tak pernah belajar apa-apa dan kurang pengalaman.

tapi sebenarnya bagi aku,itu lumrah kerja sebagai injineer.bagi aku,injineer kerja dia cuma dua saja.create masalah dan selesaikan masalah.create masalah tu sebab nak ensure bisnes berjalan.sebagai contoh kompeni antivirus komputer.it is antivirus company punya injineer yang create virus,so they can sell the antivirus.selesaikan masalah pon sebenarnya injineer yang kena handle.dalam kerja aku,jarang mintak tolong daripada bos-bos yang duduk hq.sebab opis boy pon boleh jadi injineer kalo asyik mintak tolong bos.

disebabkan berdepan dengan masalah yang banyak dengan wife pon duduk jauh,sekali sekala ada jugak aku mintak kerja.adela aku berjaya dapat kerja as asisstant manager.tapi terpaksa tolak setelah berbincang panjang dengan wife dan parents.it is a hard decision to make.tapi disebabkan offer tu menyebabkan kena move to kawasan hulu pantai timur,and my parents especially bapak perlukan pertolongan dalam kerja bendang dan kebun dia,aku terpaksa tolak.as my father said when you have to choose either career or family,choose family.duit dan pangkat akan datang kemudian katanya.masa dia berbincang, aku buat-buat macam tak dengar sambil tahan sedih.kali kedua dikecewakan setelah dulu dapat offer ke spb dan bapak suruh stay di sekolah agama.

begitulah ceritanya tahun 2012 aku.tapi tak semuanya sedih dan berat hati.ada jugak yang menyeronokan seperti kali pertama sambut raya berdua dan kali pertama aku ke luar negara.tapi semua tu dah diceritakan.

harapan aku tahun 2013 ni dapat la aku bounce balik terutama dalam kerja.dan harap wife pon dapat kerja di penang.sebab minggu lepas masa kami berborak tentang perkara-perkara hidup,kami macam setuju nak settle down di penang,kepala batas to be exact.sebab wife aku pon dah jatuh hati dengan kepala batas yang semakin happening sekarang.dah ada mcd sekarang..yeahh!!!

Monday, November 19, 2012

pengalaman di bandung

Last week, bersama waifu kitaorang berjalan ke kota bandung, Indonesia.Pengalaman pertama gua keluar dari malaysia.Dengan konsep main redah berpandukan internet dan foursquare, dengan selamat dapat bercuti selama 4 hari.terdapat beberapa perkara yang sangat menarik dengan kota bandung ini.

bandung mengekalkan semua bangunan lama yang diwarisi sejak zaman koloni belanda.kata pemandu teksi 'disini bangunan lama tak dibenarkan dipugar' ketika kami kagum melihat bangunan di sekitar kota.hinggakan pusat beli belah terkenal paris van java dibina daripada deretan bangunan lama.


contoh bangunan lama yang dijadikan factory outlet store

lalu lintas kota bandung sangat sesak dengan kenderaan.hon digunakan sebagai peringatan/signal bukan marah seperti dimalaysia.tiada had laju.dan kamera aes.walaupon begitu pemandu di bandung tidak seperti di malaysia.mereka sangat hormat kepada motor,basikal atau sepeda,beca dan pejalan kaki.jika pejalan kaki melintas,kereta akan berhenti.jika motor beri hon mahu lalu,kereta akan biar motor jalan dulu.susah rasanya nak jumpa eksiden disana.

keadaan lalu lintas.gambar diambil dari dalam beca.lihat beca boleh melalui di tengah jalan besar,

barangan disana terutama kain dan pakaian sangat murah.malah,harga di factory outlet disana jauh lebih murah dengan harga di FOS atau Reject Shop malaysia.disebabkan murah,penduduk sana terutama perempuan sangat bergaya.dan more fashionable.

Bandung.pusat kain dan pakaian.toko tiga tempat jual jeans separuh harga.

tetapi terdapat juga perkara yang kurang terdapat di bandung jika dibandingkan di malaysia.antaranya kebersihan bandar.memang sana kurang bersih jika dibandingkan di malaysia.malah mahu jumpa lori sampah juga susah.kebersihan bandar bergantung dengan pekerja yang akan mengutip sampah menggunakan tangan.

selain itu, disana susah mahu jumpa sinki basuh tangan di restoran.mungkin bukan budaya atau memang kebanyakan makan tak gunakan tangan.dari 3-4 restoran yang kami makan,cuma satu saja yang mempunyai sinki.
di restoran Sang Kuriang terdapat sinki basuh tangan

tahukah kenapa sana banyak kenderaan mpv? sebenarnya disana terdapat satu undang-undang jalan raya yang mengenakan saman sekiranya menaiki kenderaan melebihi kapasiti.sebagai contoh,sekiranya kereta sedan dinaiki oleh enam orang.saman akan dikeluarkan oleh polis.

kebanyakan kenderaan adalah mpv

ohh,disana para penjual toko bercakap sangat lembut terutama yang wanita.kadang-kadang buat kami terbayang, indonesia yang datang ke malaysia ganas-ganas,tapi di sana kebanyakan bercakap secara lembut dan sopan.

laki atau pompuan yg jaga toko bercakap cukup sopan.'belanja lagi pak','harga pecah telur' adalah ayat common mereka tarik customer.

pengalaman pertama gua keluar dari tanah malaysia sangat membuka mata.sepanjang disana, gua membandingkan bagaimana orang bandung dan orang malaysia.sifat dan perangai.memang ada kelebihan dan kelemahan.tapi bila melihat keadaan sosial dan ekonomi penduduk bandung,kesyukuran dipanjatkan kepada tuhan.melihat bagaimana orang sana cuba menjual apa sahaja demi mencari rezeki.tapi kita disini senang, empat kali rabu cucuk di atm gaji dah masuk.

Tuesday, November 6, 2012

salah tanggapan

zaman sekolah dulu, selepas pmr kelas dipecah ke 3 tiga aliran sains, akaun dan agama.sebab cemerlang dalam pmr dan berangan nak jadi engineer gua masuk aliran sains.duduk aliran sains bangga lain macam.berbanding kelas agama yang spm 9 subjek kalo tak silap,gua kena ambik 11 subjek.sebab sekolah agama,dia jadi aliran sains agama.ada tambah subjek syariah,quran sunnah dan bahasa arab.

sebelum pmr sebenarnya otak gua dah set satu benda.apa jadi pon dengan result pmr, gua tak nak masuk aliran agama.selain gua tak nak ambik dua subjek bahasa arab,gua pikir aliran agama ni masa depan dah nampak satu jalan.abes spm sama ada pegi ke matriks uia, atau ke nilam puri, kalo lagi power gi maahad tahfiz masjid negeri penang, atau last choice kalo tak dapat offer mana-mana masuk form 6 amek stpm.lepas tu automatik jadi ustaz.

memang masa tu, hanya tu je laluan senior-senior gua yang masuk aliran agama.masa tu gua tengok, senior yang masuk aliran agama ni memang jenis betol taat dan patuh ke ajaran agama.yang berserban bila ke surau,lepas subuh baca quran,petang baca mathurat, dan bila hari minggu buat program taubat dan qiamullail untuk junior.

tapi raya haji yang lepas,semua tanggapan gua sebelum ni jadi tak betul.tak kala keluar takbir raya maybank di tv,keluar muka senior gua yang dari aliran agama tengah mengepalai takbir.mula tengok, ingat dia cuma ustaz jemputan sebab masa gua kat um, dia pon di akademi pengajian islam, UM.tapi bila kali kedua gua tengok, pergghh rupanya dia ketua syariah maybank islamic.selama ni tak pernah terpikir kalo dari aliran agama boleh masuk ke aliran korporat.tapi kalo dalam 10 tahun lepas, memang tak akan orang percaya benda sebegini akan terjadi.

jadi kepada budak yang amek spm,masa depan bukan terletak kepada result spm.bila interbiu kerja nanti baru akan sedar yang spm tu adalah useless.tak berguna pon.macam sekeping tiket je.

in before, senior yang takbir kat tv tu dulu ketua pelajar masa gua form 2.masih ingat macam mana gua disuruh hafal surah, pakai serban, ketuk ketampi sampai peha sakit.dan paling gua ingat,kena sapok biki dalam bilik prep lepas balik surau sembahyang isyak.. deng

Thursday, October 25, 2012

filem pendek



dalam minggu lepas terjumpa short film ni di youtube.cerita menarik macam ni buat gua menonton berkali-kali hingga melekat lagu ahmad jais tu didalam telinga.makin tengok,makin gua rasa cerita ni macam kena dengan hidup gua.

dalam cerita ni cikgu roslan tu macam bapak gua.bapak berasal dari kl,datang berhijrah ke penang.kata bapak, lepas je abes menuntut dan belajar penanaman padi dengan sorang profesor jepun.dia teros apply untuk datang ke penang.menongkah arus,orang pakat nak ke kl,tapi dia ke penang.dan teros melekat di penang sehingga hari ini.tak kembali ke kl mungkin lebih tenang,selesa dan anak-anak kurang terjebak dengan pancaroba hutan batu yang selalu dipuja oleh belia sekarang.

ali pulak macam gua.kata hati gua selepas pmr,'harap-harap dapat ke kisas.boleh la pegi layan gigs dan konsert di kl'.masa tu jiwa butterfingers gua membuak.percubaan pertama selepas pmr gagal.percubaan kali kedua selepas spm.gua berjaya,belajar di pasum dapat jugak pegi 2-3 konsert.gua terus melekat di kl lebih enam tahun sampailah pekerjaan sekarang membawa gua ke kokdiang.

dah 4 tahun sikit demi sikit gua tersedar.sawah bendang,suasana tenang,jalan tak jam adalah paling sesuai untuk jiwa gua.'i can't stomach it, to live like this' kata gua kepada wife masa dia ambik gua balik kerja di hq,kl menggunakan lrt dan komuter beberapa minggu lepas.

komen mengenai film pendek : kenapa kadang-kadang gua rasa mutu video,sound dan cerita filem-filem pendek melayu ni jauh lebih baik filem-filem melayu yang masuk panggung?

Friday, October 19, 2012

perihal bajet 2013



sejak bajet/belanjawan yang dibentangkan hujung bulan lepas,ramai yang kecoh tentang itu ini.ini tak kena,itu tak betul dan macam-macam lagi.kalo dulu sebelum zaman bekerja, bajet ni gua langsung tak ambik port tapi sekarang tidak lagi.gua mesti amek port,sebab setiap bulan gaji kena tolak pcb dan dengan duit tula gomen akan spend sama ada atas benda berfaedah atau membazir.pendek kata apa faedah yang gua akan dapat.


sistem di malaysia ini senang,lepas bajet dibentang,keluar pulak repot audit negara.jadi rakyat boleh tahu mcm mana gomen plan guna duit pembayar cukai dan di mana kesudahannya duit itu pergi.sebagai contoh,dalam bajet pm umum beberapa juta untuk kos pentadbiran pusat atau overhead cost,dan bila keluar laporan audit akan ada cerita beli laptop harga RM10k.tak tahu la apa peel orang gomen ni,setiap tahun mesti ada kes beli komputer/laptop/printer yang harga tak masuk akal.beli import dari kerajaan langit ayah pin ke apa.

ok,berbalik kepada bajet 2013 pada pandangan gua ia adalah bajet ini telah menukar negara seolah-oleh sebuah syarikat perniagaan.ini kerana terlalu banyak benda-benda yang diberi secara one-off.hukum mudah syarikat perniagaan atau kapitalisma ialah,tiada benda free.kalo benda itu diberi,mesti disebabkan oleh sesuatu transaksi.jadi dalam bajet ini,bila diberi sesuatu yang one-off yang diharapkan oleh gomen ialah undian semasa pilihanraya nanti.itu cara paling senang tetapi berselindung untuk membeli undi.bajet 2013 ada diberi rebat beli telefon,br1m untuk yang bujang dan macam-macam lagi.dengan harapan golongan belia yang baru mula nak mengundi,akan rasa berterima kasih dan akan pangkah gomen dlm pru nanti.

sebagai seorang pembayar cukai pendapatan dan service tax,gua terkilan sebenarnya.duit cukai yang diberi sepatutnya dibina bangunan sekolah,atau parit atau jalan tetapi kepala otak siapa yang boleh terpikir nak bagi duit untuk budak-budak baru nak up beli talipon? kalo gomen kaya,banyak duit tak kesah.tapi sekurang-kurangnya disuruh buat sesuatu untuk dapatkan rebat.contohnya suruh buat kerja masyarakat macam berkhidmat dekat rumah kebajikan barang sehari dua.

bukan apa,pembayar cukai kerja sampai berpeluh bontot,setiap bulan gaji kena tolak.macam tula jugak budak-budak yang nak dapat rebat tu perlu basah bontot jugak untuk dapatkan RM200.ini baru konsep yang betul.