Wednesday, September 19, 2012

tuhan maha adil

masuk bulan sembilan maknanya cukup tahun gua bekerja dengan kompeni sekarang.untuk tahun ini,dah cukup empat tahun gua bekerja.empat tahun bersama kompeni ini,macam-macam gua belajar.tak kira benda baik atau buruk.tapi satu benda yang gua baru belajar adalah mengenai gaji.

walaupon gaji gua tak berapa besar kalo nak dibandingkan dengan bekerja dalam sektor lain macam o&g, tapi ada sesuatu yang gua tak pikir selama ni.sebenarnya konsep gaji dan bekerja ni adalah berlandaskan kepada sifat tuhan maha adil.kenapa dikatakan begitu?

bak gua bagi satu contoh untuk menerangkan konsep ini.apa bezanya seorang nelayan yang bekerja penat bawah terik matahari,dengan seorang bos bekerja di menara-menara yang ada kat kl,naik kereta yang diberi kompeni dan kerja dalam bilik dengan air cond dan kerusi kulit empuk? bezanya yang nelayan tadi hasil pendapatanya tak menentu,tapi yang bos tadi setiap bulan dapat gaji lima angka.

jika berlandaskan sifat tuhan maha adil adakah adil bagi nelayan dan bos tadi? dua-dua kerja berat dan banyak tapi gaji tak sama.tidak kan? tapi, manusia tend to forget sebenarnya.tuhan maha adil.tak semestinya gaji atau ganjaran bagi kerja yang dibuat dibayar dengan cash.ganjaran daripada kerja-kerja si nelayan tu tuhan salurkan ke arah lain.mungkin tuhan beri anaknya cemerlang dalam pelajaran, semua anaknya belajar di universiti. sebab tula setiap kali bila keputusan exam keluar most of top student datang dari keluarga yang susah.

jadi berbalik kepada gaji gua.apa yang gua rasa ialah walaupon gaji tak besar sangat,tapi tuhan maha adil diberikan kepada masa yang berharga untuk spend bersama my parents.gua kadang-kadang terpikir,kalo pegi kerja di kl, kejar gaji besar-besar, adakah gua ada masa dua kali sebulan untuk balik penang jenguk my parents? silap-silap mungkin nak balik sekali pon gua berkira atau malas.tapi tak macam gua kerja sekarang.

jadi, mungkin dari segi itu gua rasa tuhan kurniakan dekat gua.mungkin ada lagi yang tuhan kurniakan macam contoh beras sumbangan yang diberi kepada masjid atau orang susah, mungkin ada la gua dapat pahala sipi-sipi.yela,kalo kilang buat arak dari penanam anggur sampai ke penghidang boleh dapat dosa.so kira sama la kilang yang buat benda yang halal.

jadi sebab tula,kadang-kadang gua tak berapa nak pikir sangat pasal gaji ni.sebab gua percaya konsep kalau gaji kita dua ribu,tapi kita bekerja macam orang yang bergaji dua puluh ribu nescaya lagi tuhan akan balas dalam bentuk lain untuk baki lapan belas ribu tu.tapi kalo gaji dua puluh ribu,tapi buat kerja macam gaji dua ribu.benda terbalik la mungkin terjadi.

Sunday, September 2, 2012

Merdeka

sudah 55 tahun Malaysia merdeka.kalo ikut umur manusia dah kira masuk umur pencen.makna kata dah betol tua dan matang.tapi adakah malaysia serta rakyatnya betol2 merdeka?

merdekakah kita,bila pemimpin dan rakyat 24/7 berbicara tentang parti politik?

merdekakah kita,bila pemimpin lebih suka selesaikan masalah dengan memberi wang tanpa mencari penyelesaian jangka panjang.

merdekakah kita,bila media lebih suka mensensasikan berita-berita politik yang berat sebelah?

merdekakah kita,bila tiba hari merdeka media menunjukan portugis dan jepun yang jahat menjajah kita.tetapi tidak pernah kita menyalahkan british..

merdekakah kita,bila sejarah negara tidak tulis dengan betol? lebih banyak bercerita tentang kesultanan melaka.walhal kesultanan kedah lebih mahsyur.

merdekakah kita,bila ulamak dan mufti lebih mementingkan fatwa remeh berbanding rasuah?

merdekakah kita,bila islam hanya dijadikan modal politik?

merdekakah kita,bila cerita pasal artis masuk berita utama dan laporan akhbar?

merdekakah kita,bila kereta buatan malaysia dijual lebih murah diluar negara berbanding yang dijual didalam negara?

merdekakah kita,bila memandu tetapi tidak bagi signal ketika nak masuk selekoh?

merdekakah kita,bila membawa anak atas motor,bapak pakai helmet tapi anak tak pakai?

merdekakah kita,bila kita menghisap rokok dihadapan kanak-kanak kecil?

merdekakah kita,bila selepas makan di mcdonalds atau ikea tetapi tidak membersihkan meja yang kita guna?

merdekakah kita,bila membiarkan anak-anak keluar merayau malam sehingga pagi?

dan banyak lagi persoalan yang menyebabkan kita berfikir betolkah kita ini merdeka sebenarnya? negara mungkin merdeka dan bebas tetapi minda para rakyatnya belum lagi merdeka sepenuhnya.tak kira sama ada pemimpin kerajaan mahupon pembangkang atau warga marhaen sekalian.lebih malang, bila hari kemerdekaan yang sepatutnya dijadikan hari patut disambut oleh segenap masyarakat tetapi telah hijack oleh parti politik tertentu.kadang-kadang buat kita terfikir.adakah malaysia benar-benar merdeka? ataupon malaysia tidak merdeka,cuma mengambil alih tampuk pimpinan dari penjajah...


Thursday, August 16, 2012

Ramadhan dan syawal 1433

Sepanjang bulan puasa tahun ni, ada dua persoalan yang gua asek terpikir dari hari pertama puasa.sampai la ke hari ini.

yang pertama ; kenapa kita tak niat puasa sebelum masuk waktu maghrib? kalo ikut niat puasa kan ada perkataan 'esok'.dan kalo ikut islam, hari baru bermula selepas masuk waktu maghrib.jadi sepatutnya kalau ikut bahasa dan logik.kita patut berniat puasa sebelum berbuka.

yang kedua ; tentang lailatul qadar. bayangkan ada dua orang yang berpuasa.seorang ni puasa dengan betol, terawih setiap malam buat 23, buat sembahyang sunat lagi.tapi bila lailatul qadar, dia tak terbangun atau sakit yang menyebabkan dia tak boleh beribadah.yang sorang ni pulak,puasa macam biasa,terawih jarang pergi dan tak pernah buat 23.tapi bila tiba-tiba dia rajin untuk buat 23 kena pulak malam tu lailatul qadar. adakah yang pertama tak dapat ganjaran 1000 bulan tapi yang yang kedua tu dapat ganjaran 1000 bulan?

itu saje yang gua terpikir bulan puasa ni....



gua bukan nak bias sebab iklan ni iklan raya kompeni gua.tapi, inilah iklan yang berjaya buat gua sebak. mau tak sedih bila budak tu cakap "kami anak yatim,kami nak tumpang".perghhh,keluar manly tears gua.

tapi sedih-sedih jugak bila tengok.realitinya kat luar tu.ramai anak yatim,oku, dan orang tua yang perlukan pertolongan.kita ni yang berkemampuan dan cukup sifat cuba lah bantu.walaupon hanya memberi secupak beras.

selamat hari raya aidilfitri.maaf zahir batin.

Monday, July 30, 2012

sekali lagi

dua ramadhan sebelum ini iaitu tahun 1994 dan 2008, terdapat kematian dalam keluarga gua.ramadhan tahun 1994, atuk sebelah bapak gua meninggal.ramadhan 2008,beberapa hari sebelum raya opah gua sebelah mak  meninggalkan dunia ini.

jumaat lepas,satu lagi kematian terjadi.kali ini disebelah keluarga wife gua.wan (nenek) wife gua meninggal di pagi hari.pengalaman yang sama seperti ketika opah meninggal, ketika bangun kami dapat berita mengenai kematian tersebut.

alfatihah kepada kesemua arwah...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

berdasarkan kepada pengamatan, yang ketiga iaitu anak yang soleh adalah paling penting.ini kerana,dari anak yang soleh akan menghasilkan cucu yang soleh dan akan turut mengirim doa kepada arwah.

Monday, July 23, 2012

puasa pertama

sebagai seorang yang memegang kepercayaan bahawa kebahagiaan sesebuah rumah bermula dari dapur,jadi  juadah berbuka pon dimasak semuanya secara sendiri.sepanjang dua hari berbuka bersama-sama buat kali pertama sebagai suami isteri langsung takde makanan yang dibeli di param.keseronokan dan kesungguhan untuk masak bersama sungguh berbaloi.ada pulak tu kadang-kdang bergaduh tentang resepi.

wife ada jugak mengajak untuk berbuka luar,beli buffet atau pegi ke restoran-restoran yang selalu di pegi masa bulan puasa sebelum-sebelum ini.jawapan gua kepada dia "dah 7 tahun kita asyik berbuka diluar,atau restoran.cukup-cukup la".memang gua lebih selesa berbuka di rumah.lapang,tak perlu kalut nak sembahyang maghrib.nak bekejar pegi terawih pulak lepas tu.sebab tu gua lagi senang berbuka depan tv di rumah.dan paling penting puas makan masakan sendiri walaupon kurang menjadi.

selalu wife mintak rate brp bintang masakan dia.as always gua bagi 3/5 bintang.bila dia tak puas hati, gua pon jawab "mak kita dah masak lebih dari 40 tahun.memang la sedap.mungkin masa diorang sebaya kita masak tak sesedap sekarang".penuh diplomatik dan rasional gua jawab.tak percaya? tengok la bila dah tua nanti.

sedihnya,hari ini gua kena menghadap param semula.membeli lauk dan kuih untuk berbuka serta sahur.seperti tahun-tahun sebelum ini.

Juadah hari pertama : ayam masak madu,terung sambal,temenung masak lemak dan kuih keria.all homemade!