Thursday, May 24, 2012

six packs is so 90's

disebabkan gua sedang giat berbasikal dan jogging kini.gua rasa nak set satu target yang cantek punya.nak turun berat badan hingga bawah 70kg hujung tahun ini.sekarang berat badan gua 73kg.jadi tak banyak sangat yang perlu gua bawak turun.

setelah banyak benda dibaca, gua dah jumpa formula untuk turun kan berat badan.formula dia gini,untuk turunkan berat badan 0.5kg, gua perlu bakar sebanyak 3500 kalori.dengan syarat kalori yang terhasil tak boleh la melebihi 3500 kalori sebulan.

cuma yang menjadi masalahnya, macam mana gua nak kira kalori yang terhasil melalui makanan? lagi pon sekarang sejak berkahwin, food consumption agak tinggi.sebagai contoh, bila ari kames gua sampai shah alam jam 12 tgh malam,gua dijamu masakan sedap oleh waifu.sesuatu yang langsung gua tak pernah buat sebelum kawen.so, kalori yang generate agak tinggi.

untuk pembakaran kalori gua tak berapa ada masalah.


dah 5 ribu lebih kalori gua bakar dalam bulan ini.walaupon gua rasa badan makin sehat sama macam zaman belajar dulu, yang mana dekat UM dulu hampir setiap petang gua maen bola dengan set-set kelantan, tapi gua rasa berat badan macam takde perubahan.mungkin kalori terhasil tak habis bakar le kot.

mungkin lepas ni gua kena kaji dan kira kalori makanan dengan betol.baru buleh berjaya nak turunkan berat badan.tapi gua takde la nak badan sampai ada six pack.sebab six pack to so 90's.zaman sekolah asrama dulu,punya nak dapatkan six pack.gua sanggup buat sit up kaki letak katil atas,kepala turun bawah.tapi tak jadi jugak six pack.mungkin faktor keturunan kot.gua tengok bapak dengan adik beradik laki laen semua perot besar hahaha.


Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Cikgu

hari ibu yang lepas,bukan main ada orang tulis kat fesbuk hari ibu tu haram la,ikut tradisi agama lain la dan macam-macam lagi.untuk hari guru ni pulak,takde la orang post dekat fesbuk kata haram setakat tengah hari ini.jadi sebelum ada keluar sejarah hari guru tu dari agama lain,gua nak ucapkan

"selamat hari guru kepada semua guru yang mengajar saya.terima kasih kerana kalian semua tak pernah letih,penat dan mengantuk mengajar saya.walaupon saya selalu letih dan kadang-kadang sampai terlelap mendengar cikgu mengajar di depan"

Selamat Hari Guru

terutama yang mengajar di SMKA Al-Mashoor (L).cikgu di sana yang paling banyak bersabar dengan gua.


Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman 31:14)


Khutbah jumaat yang lepas bila khatib tersedu-sedu memberi khutbah pasal ibu.ramai jemaah termasuk gua pon jadi tak tahan.ramai yang keluar manly tears.ayat di atas memang power dan memberi kesan yang mendalam kepada kita semua yang masih berakal.


Selamat Hari Ibu 

Friday, April 27, 2012

impian semasa kanak-kanak

masa kecik dulu especially ketika sekolah rendah gua tak dapat mostly apa-apa yang kawan gua ada.macam video game,kereta control,kereta dashankuro cap tamiya dan lain-lain lagi.ini disebabkan masa tu bapak gua tak kaya macam sekarang.yela,masa gua sekolah rendah bapak gua masih kerja dengan gomen dan adik beradik gua pon banyak masih sekolah.so gua tak boleh la nak mintak benda-benda yang mahal dan kurang berfaedah tu,

salah satu benda yang gua tak dapat masa sekolah rendah dulu ialah basikal mountain bike.sekitar gua darjah 4 scene basikal mountain bike atau time tu dipanggil basikal gear tengah up.ramai jugak member gua yang mana bapak kaya-kaya pegi sekolah datang dengan basikal Lerun.gear buleh tukar-tukar.gua? bapak gua belikan jugak basikal.tapi basikal mini saje.cap nishiki.ala basikal yang makcik-makcik naik gi pasar tu.

jadinye masa pegi dan balik sekolah,gua terliur jela tengok budak-budak lain bawak basikal mahal.nak mintak bapak gua belikan sure tak kan dapat.tapi setengah budak yang senasib dengan gua ade jugak yang kreatif.dorang tukar handle,tambah gear bagi jadi macam mountain bike.sampai la abis sekolah niat dan keinginan untuk bawak mountain bike terkubur macam tu saja.

sejak gua dah kerja,gua banyak membeli atau membuat balik benda yang gua tak dapat masa kecik dulu.yela gua dah berduit sekarang.memandangkan scene berbasikal semakin up sejak 1-2 tahun ni, keinginan nak basikal tu ada balik.3 minggu lepas bila member gua bawak pegi ke gudang distributor raleigh untuk survey,gua punya keinginan makin membuak-buak.tambah pulak harga kat situ lebih murah dari yang dijual kat kedai.

jadi petang tadi,selepas bersabar dari umur 10tahun,gua terus gi gudang tu.semalam gua dah test ride semua basikal.dengan bajet gua bawah seribu.target gua cuma nak kayuh petang-petang lepas balik kerja.bukan nak gi off road apa semua tu.bila gua study sikit kat internet,jadi gua terus angkat basikal macam kat bawah ni.


gua beli kaler puteh/hitam.kalo ikut harga market dalam RM1300-1400.tapi gua dapat below RM1000.ok la.tapi yang penting apa yang gua nak masa kecik dulu dah dapat hari ni.lepas ni takde dah la gua tidur-tidur sebelum maghrib lepas balik kerja.

next gua ingat nak beli ps tak pon remote control car pulak lah.

Wednesday, April 18, 2012

perihal PTPTN

sebagai seorang bekas student yang mengambil pinjaman ptptn gua tak bersetuju dengan penghapusan ptptn.tapi gua sokong pendidikan percuma dan penghapusan interest ptptn.

point pertama gua mengenai tak setuju tentang penghapusan ptptn ialah duit yang dipinjam itu ialah taxpayer money.kenapa nak habiskan duit pembayar cukai begitu saja? gua bagi contoh masa gua belajar dulu.satu semester gua dapat RM3,500.tolak yuran apa semua,bersih gua dapat dalam RM2,000.dengan RM2,000 tula gua bayar duit sewa rumah,minyak motor,tengok wayang setiap jumaat dengan wife dan beli top up.jadi, kenapa taxpayer money perlu digunakan untuk bayar duit tiket wayang gua,minyak motor,duit topup dan benda lain? itu dah kira salah.jadi sebab tu gua tak setuju dengan penghapusan ptptn sebab ia macam berdosa sebab guna duit rakyat bukan untuk rakyat.sama la macam kes nfc,rosmah beli cincin dan apa semua tu.

tapi yang gua sokong kalau diberi pendidikan percuma kepada semua peringkat.bagi pendapat gua, kesihatan dan pendidikan adalah perkara asas yang perlu disediakan oleh kerajaan sesebuah negara.sebab ia sebagai satu konsep pelaburan.bila negara ada penduduk yang sehat dan berpendidikan,rakyat tersebut yang akan menjana ekonomi negara tu balik.

sebagai bekas student,gua tahu kenapa student sangat marah dengan ptptn.student marah kerana perlu membayar balik 4% lebih daripada jumlah yang dipinjam.dan 4% tu akan dikira setiap tahun berdasarkan baki pinjaman.kalo check dalam penyata ia terletak dibawah kos pentadbiran.gua bayar ptptn sejak mula kerja setiap bulan walaupon kadang-kdang miss.tetapi lu orang tahu,even dah dua tahun lebih gua bayar,kos pentadbiran pon tak lepas-lepas lagi.demotivate tau gua nak bayar.itu yang membebankan.

itu cerita gua yang mampu bayar.tapi yang tak berapa mampu? penat siak.macam kena bayar hutang along pulak kadang-kadang gua rasa.tak bayar kang,kena blacklist pulak.

jadi kalo nak hapuskan ptptn boleh,tapi cuma hapuskan pinjaman yang bahagian bayar yuran saja.yang lebihan pinjaman untuk tengok wayang,makan,berak,karaoke,futsal, dan macam-macam lagi yang tu wajib dibayar balik.aiseh,lu orang dah seronok-seronok takkan nak free.itu duit pembayar cukai.lagipon,itu duit gua la woih! gua bayar cukai.